• A S L A N • 4️⃣6️⃣

1K 91 8
                                        

"Esok kita nak pergi bercuti dekat mana?" tanya Saffaraz, matanya memerhati Elrah yang sedang duduk di hadapan cermin sambil menyapu losyen di lengannya. Haruman strawberi memenuhi ruang bilik.

"I ikut you." Ringkas jawapan Elrah, namun senyuman kecil di bibirnya cukup membuktikan dia tidak kisah ke mana pun asalkan suaminya ada bersama.

"El suka pantai tak?" tanya Saffaraz lagi sambil menyandar pada kepala katil.

Elrah mengangguk kecil, matanya tetap tertumpu pada losyen yang diratakan.

"Pantai memang tempat favourite I," luahnya sambil memusingkan badan menghadap Saffaraz.

Saffaraz tersenyum, dalam kepalanya sudah ada rancangan sendiri. "Kalau macam tu, saya dah tahu nak bawa El ke mana."

Elrah yang sedang meletakkan botol losyen di meja solek segera bangun dan menghampiri suaminya, matanya bersinar penuh minat. "Kita nak pergi mana?"

Saffaraz mengangkat-angkat kening sambil menjongket senyum. "Adalah..."

Elrah memuncung. "Apa you ni..." suaranya sedikit manja, dia memeluk tubuh seakan berjauh hati.

Saffaraz memeluk erat tubuh isterinya. "Esok El tahu. Dah, jom tidur." Tangannya menarik Elrah ke sisi, dan tubuh kecil itu rebah bersama dengannya di atas katil.

"Eiyhhh... apa peluk-peluk pula ni?" Elrah cuba melepaskan diri, kedua-dua tangannya menolak perlahan, tetapi cengkaman Saffaraz tetap utuh.

"Peluk isteri sendiri, apa salahnya? Selalu El buat saya, okey je." Balasnya bersahaja, sambil memeluk lebih kemas.

"You..." Elrah cuba menoleh, namun tangan Saffaraz di pinggang menghalangnya bergerak.

"Tidur, El." Kali ini nada suaminya sedikit tegas, tapi masih disulam kelembutan.

Elrah diam. Tak apalah, malam ni giliran Saffaraz menang. Esok lusa, dia pula ambil alih. Perlahan-lahan, matanya mula memberat. Dalam dakapan lelaki itu, lenanya datang tanpa sedar.









Sejak subuh tadi, hingga beg pakaian siap dimasukkan ke dalam bonet kereta, Elrah masih setia melancarkan perang dingin. Saffaraz tahu benar puncanya, isterinya itu sedang merajuk. Tapi dia biarkan saja. Dia mahu beri kejutan. Biar Elrah simpan rajuk itu dulu, nanti bila sampai destinasi, pasti wajah itu akan kembali berseri.

"Ma, ayah. El pergi dulu," ujar Elrah sambil mencium tangan kedua orang tuanya, tubuh mereka didakap erat. Hangat. Lama.

"Jaga diri dekat sana, El. Jangan risaukan mama dan ayah kat sini. Kami okey," pesan Puan Farida, sambil menghulur senyuman untuk meyakinkan anak tunggal mereka.

"Baiklah, Ma. Ayah, jaga mama ya," ucapnya sambil menepuk lembut bahu Superintenden Aminuddin.

"Ya, ayah tahu. Sana, ayah nak jumpa menantu ayah pula." Usik lelaki itu sambil menolak tubuh Elrah perlahan.

Elrah memuncung. 

'Sampai hati ayah.'

Dia menjeling tajam ke arah Saffaraz yang sedang mencium tangan ayah.

'Dasar lelaki beku, isteri sendiri merajuk tak reti nak pujuk.' Rungut Elrah dalam hati, dalam tak sedar dia melepaskan keluhan berat.

"Aiii... nak pergi bercuti pun mengeluh?" tegur Puan Farida sambil mengangkat kening.

"Hehehe... El teringatkan butik tu, Ma." Bohongnya, cuba menyembunyikan perkara sebenar.

"Ya Allah, budak bertuah ni. Kan Mama dah pesan, jangan fikir semua tu," bebel Puan Farid. 

Elrah tersengih dan mengangguk. "Okey, Ma."

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang