Pintu bilik Superintenden Aminuddin diketuk. Setelah mendapat keizinan, Saffaraz menolak pintu perlahan, tubuh tegapnya muncul di sebalik pintu.
"Haraz, tadi Keane cakap kamu nak jumpa saya petang sikit?" Superintenden Aminuddin memandang jam dinding, tepat jam 2.30 petang.
Saffaraz tersenyum kecil sambil mengangguk. "Betul, Tuan. Asalnya saya dan Hud bercadang nak ke lokasi yang kami dapat dari Zero, tapi kami putuskan untuk pergi esok."
Superintenden Aminuddin mengangguk memahami. "Duduk, Saffaraz."
Tanpa berlengah, Saffaraz menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Hanya ketika itu Superintenden Aminuddin menyedari sebuah sampul coklat bersaiz A5 di tangan Saffaraz.
"Saya bawa keputusan makmal tentang dadah yang berada dalam badan Ashrif," ujar Saffaraz sambil menyerahkan sampul tersebut.
Superintenden Aminuddin menarik keluar dokumen di dalamnya dan membaca dengan teliti. Dahinya berkerut seiring dengan setiap baris yang dibacanya.
"Jadi, dadah Royal Blue ini bukan sahaja mengakibatkan halusinasi dan membawa maut jika diambil berlebihan, tapi nampaknya ia juga terkenal kerana keistimewaannya yang unik dan berbahaya?" Soalnya dengan nada berat.
Saffaraz mengangguk sebelum meneruskan penjelasan. "Betul, tuan. Dadah ini memberikan kelebihan sementara yang sangat menarik perhatian penjenayah, ia meningkatkan kekuatan fizikal, mempercepat penyembuhan luka, dan menekan rasa takut. Dalam dunia jenayah berisiko tinggi, ciri ini membuatkan ia sangat dicari."
Superintenden Aminuddin menghela nafas panjang. "Keistimewaan ini nampaknya hanya umpan, kan? Kesan sampingannya pula bagaimana?"
"Sangat serius, tuan," balas Saffaraz. "Royal Blue menyebabkan ketagihan ekstrem, perubahan personaliti yang agresif, serta kesan emosi melampau selepas penggunaannya. Satu lagi yang kami sahkan, dadah ini meninggalkan jejak biru pada mata atau kulit pengguna, terutama bila dosnya tinggi. Ini memudahkan identifikasi pengguna."
"Saya nak kamu cari dalang di sebalik dadah Royal Blue ini dengan segera. Kalau di biarkan lebih lama, mungkin ramai lagi yang bakal terjebak." ujar Superintenden Aminuddin tegas.
"Baik, tuan," Jawab Saffaraz.
Superintenden Aminuddin menyandarkan tubuh ke kerusi, berfikir sejenak sebelum bersuara lagi. "Saya juga akan panggil pasukan dari JSJ untuk berbincang strategi. Kita perlu mempertingkatkan operasi penyamaran dan penangkapan, terutamanya di kawasan lorong gelap dan kelab malam."
"Baik, tuan." Sekali lagi Saffaraz memberi respon.
Puan Farida menggosok mata beberapa kali. Dia terasa seakan-akan bermimpi apabila melihat Elrah berada di dapur, sibuk mengaul sesuatu di dalam kuali.
Boleh kira dengan jari, dalam setahun hanya beberapa kali sahaja anak gadisnya itu menjejakkan kaki ke dapur.
"Mama tak mimpi, kan? Tengok anak mama sekarang ni tengah masak. Kamu masak, El?" Soalnya dengan nada yang penuh ragu-ragu, sambil mendekati anak gadisnya. Kata-kata itu disampaikan seolah-olah hendak memastikan inderanya tidak menipu.
"Yes, mom. Bangga tak?" Elrah menjawab tanpa menoleh, sudip di tangannya tidak henti-henti menggaul spaghetti. Senyuman nipis bermain di bibirnya, namun matanya fokus pada kuali.
"Ini mesti ada sesuatu. Tiba-tiba saja kamu masak," ujar Puan Farida, seakan-akan dapat menghidu niat anaknya.
Elrah lupa, sudah 25 tahun dia hidup dengan Puan Farida. Sudah semestinya mama tahu ada sesuatu di sebalik tindakannya.
"El nak minta ayah bagi spaghetti yang El masak ni pada pegawai yang dah tolong El hari tu, sebagai tanda terima kasih." Dengan Puan Farida, dia jujur. Tidak mahu pusing-pusing cerita.
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Aksi📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
