Sudah tiga hari sejak kejadian Elrah melamar Saffaraz. Kini wanita itu senyap, tiada mesej dan tiada kemunculan di IPD. Saffaraz tahu dia salah kerana menolak lamaran tersebut, tetapi bukankah semua yang dia lakukan demi kebaikan Elrah?
Dia tidak mahu wanita itu ditimpa bahaya kerana kerjayanya sebagai seorang polis. Bila difikirkan semula, ayah gadis itu juga seorang polis, dan Elrah pernah berada dalam situasi bahaya. Oleh itu, dia tidak mahu menambah beban. Dia sedar sudah mula timbul perasaan cinta, tetapi keselamatan Elrah lebih penting baginya.
Red Cobra adalah kumpulan yang kejam. Memburu mereka bermakna semua orang terdekatnya dalam bahaya. Malah, Elrah mungkin juga berada dalam bahaya kerana Superintendent Aminuddin turut terlibat dalam kes ini.
Kepalanya mula kusut memikirkan semua ini, fikirannya bercelaru membuatkan dia sekejap-sekejap mempertimbangkan keputusannya.
"Raz," suara garau Hud menyentak lamunannya. Hud mengambil tempat duduk di sisi mejanya.
"Beberapa hari ni aku perasan muka kau macam ada masalah. Apa yang kau fikirkan? Cuba cerita dengan aku," walaupun dia dapat meneka, dia mahu mendengar daripada mulut tuan badan sendiri.
"Entahlah Hud, aku sendiri tak tahu macam mana nak mulakan cerita," sungul wajah Saffaraz.
"Ini pasal Cik Elrah ke?"
Saffaraz menaikkan kepalanya memandang Hud. "Kau tahu?"
Hud senyum seraya menganggukkan kepala. "Isteri aku kawan baik dengan Cik El, mestilah aku tahu," Hud menyandarkan badan, tangannya menyilang ke dada.
"Jadi kau tahu la Cik El melamar aku?"
Sekali lagi Hud menganggukkan kepala. Dia diam, menunggu ayat seterusnya keluar dari mulut Saffaraz.
"Kau rasa aku buat keputusan yang betul?"
"Sebelum aku jawab, aku nak tanya, kenapa kau tolak Cik El?"
"Aku tak cintakan dia," Saffaraz ego, tidak mahu Hud tahu tentang perasaannya. Namun, dia lupa yang Hud telah mengenalinya sejak mereka berada di bangku sekolah lagi.
"Pftt, orang lain boleh la kau tipu, Saffaraz. Aku ni pernah sebantal, sekatil. Baju kau pun aku pernah pakai. Aku kau nak tipu? Jujurlah Raz, aku bukan baru kenal kau semalam," Hud menggeleng.
"Aku tak sanggup tengok dia dalam bahaya, Hud. Dah berapa kali dia alami situasi yang buat nyawa dia terancam," Saffaraz akhirnya meluah.
Hud mengetuk dagu, dia merasa sahabatnya ini sudah tidak boleh berfikir dengan waras. "Raz, kau tahu kan Cik El tu kalau tak kahwin dengan kau pun, diri dia akan sentiasa dalam bahaya. Kau ingat kejadian pertama masa dia kena tembak dekat jambatan tu?"
Saffaraz angguk.
"Sebab apa dia ada dalam situasi tu? Sebab ayah dia Superintendent. Ayah dia polis. Itu memang dah takdir dia, Raz." Hud akan terus menerangkan sehingga Saffaraz faham. Kalau tidak faham juga, dia mungkin perlu bawa Saffaraz naik helikopter dan tolak lelaki itu dari udara.
"Situasi kedua masa atas kapal. Kau sendiri tahu kenapa Elan buat macam tu. Sebab dia cemburu dengan Cik Elrah dan kerjaya dia sebagai seorang pereka fesyen. Kau ingat kerjaya polis dengan tentera je ke berisiko? Semua kerjaya berisiko, Raz. Kerjaya sebagai rider food delivery pun berisiko." Hud sudah memikirkan hujah-hujah ini sebelum bersemuka dengan Saffaraz.
"Kalau kau fikir kahwin dengan dia akan mengancam nyawa dan keselamatan dia, kau salah. Sebab dari dulu dia dah hadapi situasi tu."
Saffaraz sedar akan perkara itu, cuma dia perlukan seseorang untuk menyedarkannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Боевик📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
