I'll protect whats mine
"Bos" Drake memandang kedua orang anak buahnya,tergesa gesa mereka mendekatinya
"kami dah jumpa bukti" seorang dari mereka menunjukkan sehelai baju lusuh
"ini kami dapat sebelum pihak polis jumpa, baju yang Denniz pakai pada malam terakhir sebelum kereta mereka terbabas" Drake meneliti baju itu kemudian dia terangguk angguk sambil menayang senyum kemenangan
"maknanya dia memang dah mampos, korang dah tak payah susah susah lagi pergi ke sana, bukti ini saja sudah cukup" kedua anak buahnya mengangguk
"baik bos" mereka keluar selepas Drake memberi keizinan untuk mereka beredar
"Denniz, Denniz memang budak tak kenang budi. Bapak aku kutip kau tapi kau sanggup tikam belakang aku, tengok la sekarang kau bermain dengan api dan kau sendiri terbakar, hangus" selepas ini dia bakal menjalankan perniagaan haramnya tanpa apa apa gangguan lagi.
Denniz dan Hazard sudah berjaya di hapuskan, selama ini mereka sahaja yang beria ria mahu menjatuhkannya , pihak polis yang lain tidak ambil peduli langsung tentangnya ehh bukan tak ambil peduli tapi gerun akan red cobra kerana organisasinya semakin berkembang.
Elrah masih menjalani rutin hariannya seperti biasa dia keluar bekerja, balik ke rumah orang tuanya sekali sekala, dan kalau ada kelapangan dia akan berjumpa dengan Natasha.
Ya sudah hampir dua bulan sejak Saffaraz meninggalkannya dan lelaki itu masih belum pulang, pihak polis juga sudah menghentikan operasi pencarian.
Jujur dia kecewa dan jiwanya hampir separuh gila merindui Saffaraz Aslan namun hatinya kuat mengatakan suaminya masih berada di luar sana. Suatu hari nanti pasti Saffaraz akan pulang dan dia sentiasa menanti saat saat itu.
Andai kata hanya jasad Saffaraz sahaja yang pulang, dia juga akan terima dengan hati yang terbuka, harapan agar dirinya tabah jika benar itu terjadi
"boss" Neeta mengetuk pintu sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat Elrah
"yes Neeta" badan yang bersandar pada kerusi kulit di tegakkan
"ini design yang boss minta I lakarkan untuk klien" Elrah memeriksa ketiga tiga design yang di hantar
"I rasa yang ni sesuai dengan permintaan puan Asnah, nampak klasik dan elegant" terangguk angguk Elrah melihat lakaran baju yang di hasilkan oleh Neeta
"apa pendapat you kalau I dah tak nak butik kita hasilkan pakaian yang seksi senang kata pakaian yang terdedah sana sini" Neeta berfikir sejenak dengan idea Elrah, dia perasan sejak Saffaraz tiada Elrah mula berubah ke arah kebaikkan.
Pakaian wanita itu sudah tidak seksi seperti dulu dengan skirt pendek atas lutut, baju tidak berlegan. Sekarang Elrah lebih sopan dengan memakai blazer dan seluar slack, sudah lama dia tak nampak wanita itu menggayakan skirt
"for me it's a good idea boss but we have to face the consequences untuk kehilangan pelanggan kita like ms Dee and other model yang selalu tempah rekaan pada kita" betul kata Neeta, ms Dee merupakan klien utama mereka yang kerap menempah pakaian di butik ini namun setiap rekaan yang mengikut permintaannya boleh membuatkan lelaki lelaki bermata keranjang terpesona
"I dah fikirkan tentang perkara ini tapi you tahu kan yang tak ramai pelanggan kita macam ms Dee lagipun I yakin kalau niat kita baik mesti Allah akan permudahkan urusan kita" Saffaraz pernah menyampaikan ayat itu padanya sampai sekarang dia masih ingat dan akan disimpan kemas segala bait kata kata suami kesayangannya
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Aksi📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
