• A S L A N • 5️⃣7️⃣ (unedited)

836 70 14
                                        

I'll protect whats mine

Pihak berkuasa berjaya menaikkan kereta yang di naiki oleh Denniz dan Saffaraz namun mereka berdua tiada di dalam kereta tersebut.

Iden yang sedang bercakap dengan seorang anggota polis Thailang menganggukkan kepala, sesekali dia membuka mulut. Oleh kerana sudah bertahun dia berada di sini, dia sudah fasih berbahasa Thailand.

Mereka lihat Iden sudah menamatkan perbualan dan menuju ke arah mereka

"macam mana, polis tu cakap apa?" soal Keane

"pihak mereka akan cuba sebaik mungkin untuk cari Denniz dan Saffaraz mungkin mereka dah berjaya keluar tapi arus sungai ni yang bawa tubuh mereka ke tempat lain" Iden memberi penjelasan

"peratus yang mereka masih hidup?" Hud bersuara, dia yang pada mula agak terkejut dengan apa yang berlaku kembali tenang

"haihhh" Iden melepaskan keluhan, serasa bibirnya di gam sewaktu ingin menjawab soalan Hud

"10% sebab arus sungai deras, kalau mereka pandai berenang dan boleh tahan dingin air sungai mungkin mereka masih hidup tapi..." mereka menunggu ayat seterusnya

"kebanyakkan mangsa yang pernah terlibat dalan kemalangan dekat sini, tak ada sorang pun yang berjaya survive" kendur suara Iden.

Yang lain tertunduk ke bawah

"tapi kita tak boleh berputus asa selagi ada harapan kita akan cuba sebaik mungkin" terangguk angguk mereka selepas Hud meniupkan semangat.
















7 hari kemudian...

Elrah mula di terpa rasa tidak enak kerana sudah seminggu Saffaraz tidak membalas satu pun mesej yang dia hantar.

Dia sudah cuba hubungi Saffaraz namun telefon lelaki itu mati. Bila dia telefon Natasha bertanya soal Hud, wanita itu menjawab dia juga tidak dapat menghubungi Hud namun tiga hari lepas Hud ada menghantar mesej mengatakan bahawa dia akan pulang pada hari ini.

Jadi Elrah menunggu kepulangan Saffaraz, tidak sabar rasanya dia mahu melepaskan rindu pada kesayangannya. Hari hari dia tak jemu melihat gambar Saffaraz yang menghiasai muka depan telefon bimbitnya.

Rumah ini terasa sunyi tanpa Saffaraz, dia juga tak ada teman mahu berbual dan mengusik biasanya kalau Saffaraz ada, lelaki itu yang akan menjadi temannya di rumah.

Bukan puan Farida dan supt. Aminuddin tidak mengajaknya tidur di rumah namun dia yang menolak dengan alasan takut rumah berhabuk 
kalau lama di tinggalkan.

Loceng pintu berbunyi, Elrah tersenyum girang kerana dia pasti itu mesti Saffaraz, kakinya melangkah ke muka pintu, lalu dia membukanya.

Kerutan di dahi mula kelihatan apabila Natasha, Hud, Iden, ahli Hazard yang lain bersama... Ben?

"Ben? Kau buat apa dekat sini?" wajah masing masing usah kata semuanya mempamerkan wajah kelat dan sugul termasuk Natasha

"panjang ceritanya El tapi kami ada nak bagitahu sesuatu dekat kau" tentang dia nanti dia boleh cerita mungkin El tak mahu dengar pun selepas ini

"Saffaraz mana, kenapa dia tak ada?" Elrah tersenyum pada mereka, dia mengusir perasaan tidak enak yang bertandang di hati

"dia dekat Thailand lagi ya" Elrah masih lagi berseloroh

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang