Saffaraz mengemas baju untuk di bawa ke Thailand nanti, dia kemas ala kadar sahaja, mereka bukan nak bercuti tapi ada operasi di sana.
"Ni..." Elrah menghulurkan sebuah beg kecil. "Dalam ni ada ubat gigi, berus gigi, dan barang keperluan you dekat sana."
Saffaraz menyambutnya, senyuman tipis terukir. "Thanks."
Elrah duduk bersila di sisi, kepalanya dilentokkan di bahu sasa suaminya, lalu lengan sasa itu di dakap seolah-olah enggan melepaskannya.
"El." Tergendala kerja Saffaraz. Dia cuba menilik wajah Elrah, tetapi wanita itu menyembunyikan wajah di ceruk lehernya.
"Kenapa ni?" Jemarinya menyelak helaian rambut Elrah, mengusapnya lembut.
"I okey." suara Elrah tenggelam, ada getar yang tak dapat disembunyikan. "Cuma... nanti mesti I rindu bau you." Matanya digenangi air, cepat-cepat dia tunduk supaya tangisan itu tidak terlihat.
Saffaraz ketawa kecil, cuba menceriakan suasana. "Rindu bau je, tuan dia tak?" Usikan itu kedengaran ringan, tapi hatinya sendiri berat. Dia tahu, jauh di sudut hati, dia juga sukar melepaskan Elrah. Tapi tugasan Hazard memburu Red Cobra adalah janji dan amanah yang perlu dia lunaskan.
"Tuan dia?" Elrah mengangkat wajah, meletakkan jari di dagu, pura-pura berfikir.
"Ouuhh... okey, saya faham." Nada suara Saffaraz mendatar, seolah berjauh hati.
Elrah tergelak kecil. Sejak bila Saffaraz Aslan pandai merajuk ni.
Dia memusingkan wajah lelaki itu agar menghadapnya. "Mestilah I akan rindu you. Bau you... perangai you yang kononnya malu-malu tapi nakal jugak." Hidungnya digesel manja ke hidung Saffaraz.
"Yeke?" Lelaki itu merangkul pinggang ramping Elrah, menatap sepasang mata di hadapannya. Tatapan penuh cinta, seolah-olah hanya Elrah yang wujud dalam dunia ketika itu.
"Ya," jawab Elrah yakin.
Namun tiba-tiba, keningnya berkerut. Dia menarik tangan kanan Saffaraz. Jari manis itu kosong.
"Cincin you mana?" suaranya berubah serius. Sebelum Saffaraz sempat menjawab, mulutnya terlebih dahulu melontarkan tuduhan.
"Ouuhhh... I tau! You nak tinggalkan cincin kahwin kita sebab nak cari perempuan lain dekat sana, kan?" Tangan kecilnya mencubit-cubit perut Saffaraz.
"You tau tak dekat Thailand tu banyak perempuan silikon!" bebelnya sambil bercekak pinggang, wajah cemberut.
Saffaraz menepuk dahi, tawanya bergema. "Ya Allah, El. Saya ke sana bukan suka-suka. Kerja, sayang. Ingat saya ada masa ke nak cari perempuan lain?" Dia menggeleng kepala, sampai ke situ isterinya beranggapan.
"Habis tu, mana cincin kahwin kita?" Elrah masih tak berpuas hati.
Tanpa menjawab, Saffaraz bangun. Dia membuka laci di sisi katil, lalu kembali dengan sesuatu di tangannya.
"Saya nak Elrah jagakan cincin ni masa saya tak ada, boleh?" Di telapak tangannya terletak cincin kahwin itu, tergantung pada seutas rantai halus.
Elrah menggigit bibir. "Kenapa you tak pakai? Kalau you pakai, you boleh sentiasa ingat dekat I."
Saffaraz hanya tersenyum. Dia menarik tangan Elrah, meletakkannya di dada kiri. "Ingatan saya pada Elrah bukan terletak pada cincin ni, tapi dekat sini. Selamanya, sampai jantung ni berhenti berdetak."
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Aksi📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
