• A S L A N • 4️⃣3️⃣

1.4K 101 3
                                        

Sewaktu pengacara memanggil nama Elrah untuk naik ke atas pentas, dia melangkah dengan penuh keyakinan, beriringan bersama seorang model terkenal. Namun, dalam dadanya, degupan jantungnya berdentum hebat. 

Cahaya limpahan lampu sorot membutakan sedikit pandangannya, tetapi matanya sempat menangkap kelibat Saffaraz yang berdiri tegap di sebelah kanan, menjaga pintu. Lelaki itu tersenyum tenang, memberikan isyarat bahawa dia ada di situ. Sebagai balasan, Elrah melambai kecil sebelum melayangkan flying kiss, sengaja mahu menggoda suaminya.

Namun, detik manis itu musnah dalam sekelip mata.

Bunyi desingan peluru memecah keheningan. Suasana berubah huru-hara sekelip mata. Elrah terpaku. Dari sudut matanya, dia melihat seseorang bangkit dari tempat duduk dan menghalakan pistol ke arahnya. Nafasnya tersekat di kerongkong. Seolah-olah waktu bergerak perlahan, dia melihat jari si penembak menarik picu.

Bang!

Tembakan dilepaskan.

Jeritan orang ramai bersahut-sahutan. 

Terrance yang memegang senjata itu terhuyung-hayang, seolah-olah dia sendiri tidak percaya dengan apa yang telah dilakukan. Matanya dipenuhi dengan reaksi serba salah. Namun, tembakannya tersasar, hanya merobek bahagian sisi pentas.

Zero yang berada berdekatan, tidak membuang masa. Dengan gerak pantas, dia menerkam ke arah Terrance dan melayangkan tumbukan padu tepat ke rahangnya. Lelaki itu tumbang serta-merta.

Saffaraz yang mahu berlari mendapatkan Elrah terganggu apabila seorang lelaki lain berjaya menyusup masuk melalui pintu yang dikawal Ansh. Dia melihat lelaki itu mengangkat rifle, jelas sasarannya adalah Elrah yang sudah berusaha berlindung di belakang tabir.

Tanpa membuang masa, Saffaraz merempuh lelaki itu. Namun, dalam kekalutan, tembakan sempat dilepaskan. Pandangan Saffaraz terus mencari Elrah, tetapi kelibat isterinya sudah hilang di balik tirai.

Namun, dia tiada masa untuk terleka. Lelaki bertopeng itu tidak memberi peluang. Sepakan deras dihalakan ke arah Saffaraz, namun dia sempat mengelak. Mereka bertarung sengit, bertukar tumbukan dan tendangan dalam jarak dekat. Saffaraz menangkap pergelangan lawannya, mengilasnya ke belakang sebelum menolak lelaki itu ke lantai dengan kasar.

Tetapi musuh tidak mudah menyerah. Dia bangkit dengan cepat dan merempuh Saffaraz sehingga tubuhnya menghentam dinding dengan kuat. Rasa ngilu menjalar ke seluruh badan, namun Saffaraz mengabaikannya. Dia tidak boleh tewas.

Tiba-tiba, kilatan besi berkilau di tangan lawannya. Sebilah pisau terhunus, dihalakan tepat ke perutnya. Saffaraz mengerah tenaga menahan pergelangan lelaki itu, cuba menolak mata pisau yang hanya beberapa inci dari tubuhnya. Kedua-duanya bertarung dalam ketegangan, urat-urat Saffaraz mula timbul, tangannya menggigil menahan tolakan lawan.

Namun, Saffaraz lebih pantas.

Dengan satu gerakan, dia mengilas tangan lelaki itu ke belakang dan menikam bahunya sendiri dengan pisau tersebut. Lelaki bertopeng itu menjerit kesakitan, terhuyung-hayang ke belakang. Tetapi dia masih berdaya. Dengan nafas kasar, dia menarik pisau dari bahunya, darah mengalir deras dari luka.

Saffaraz tidak menunggu lebih lama. Dia mencapai pistol yang terjatuh tidak jauh darinya dan melepaskan tembakan tepat ke arah kaki musuh. Lelaki bertopeng itu tumbang, mengerang kesakitan. Ansh segera mengambil alih, menguruskan lelaki itu.

Saffaraz terus berlalu untuk mencari Elrah di belakang pentas.













Di dalam sebuah bilik kecil di belakang pentas, Elrah menahan nafas, menyembunyikan diri. Tangan kirinya menggenggam dadanya yang berombak deras. Dia tidak tahu di mana yang lain. Bunyi tembakan masih kedengaran dari luar, dan dia tidak berani keluar.

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang