• A S L A N • 4️⃣4️⃣

1.2K 93 5
                                        

Saffaraz terasa usapan lembut di rambutnya. Dia yang terlelap di sisi katil terjaga. Pandangan pertamanya jatuh pada senyuman lemah isterinya. 

"El..." Kepala yang direhatkan atas tilam hospital tadi diangkat perlahan. Wajah Elrah ditatap sayu. "Ada rasa sakit dekat mana-mana?" soalnya. 

Elrah menggeleng, bibirnya masih menguntum senyuman tipis.

"Nak air?"

Elrah mengangguk lemah. Saffaraz segera menuang air putih ke dalam gelas dan membantu isterinya duduk dengan menyokong belakang tubuhnya dengan bantal.

Cawan dihulurkan ke bibir Elrah, tangannya sendiri menyokong hingga isterinya habis minum.

"Baru pukul empat pagi. El nak baring balik?"

Elrah tidak menjawab. Sebaliknya, jemarinya menggenggam tangan Saffaraz erat. Dahi lelaki itu berkerut.

"You okay? Ada cedera dekat mana-mana?" Itulah soalan pertama yang keluar dari mulut Elrah.

Saffaraz tertawa kecil.

"Kenapa gelak? I serius ni." Nada Elrah sedikit marah.

"Sorry, El. Sepatutnya saya yang tanya soalan tu. Saya risau bila tengok El tak sedarkan diri." Dia tidak berniat ketawa, cuma soalan Elrah tadi membuatkan hatinya tercuit lucu.

"You risaukan I?" Elrah seolah-olah tidak percaya.

"Suami dayus je yang tak risau bila tengok isteri dia terbaring lepas kena tembak." Jawapannya tegas, tapi lembut. 

Boleh pula isterinya tanya soalan macam tu, sudah tentulah dia risau.

Elrah tiba-tiba menepuk tilam. Saffaraz memandang, keliru.

"Duduklah sini... tahu tak yang I rindu dekat you. I ingat I dah tak dapat jumpa lagi dengan you..." rengek Elrah manja, matanya mula berkaca. Drama air mata pun bermula dan Saffaraz tahu, itu bukan sekadar lakonan. 

Elrah memang benar-benar ketakutan.

Tanpa banyak bicara, dia terus duduk di sisi Elrah, menarik tubuh itu dalam pelukannya.

"Hey... jangan cakap macam tu. Tak baik." Dia mengusap bahu isterinya, memujuk. "Alhamdulillah... Allah masih beri peluang pada kita untuk terus jadi suami isteri." Ubun-ubun Elrah dikucup lembut. Air mata isterinya diseka perlahan.

"Dah, jangan nangis lagi."

Elrah mengangguk kecil dan mengesat baki air mata dengan hujung jari.

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

"Sebelum I pengsan... someone saved me. He put a note in my hand." Dia mula mencari-cari kertas kecil yang diselitkan dalam genggaman tangannya sebelum dia pengsan.

"I found that note."

"Dia tulis apa?" matanya memerhati Saffaraz, setia menunggu balasa lelaki itu.

Elrah cuma mahu tahu, adakah orang yang sama tinggalkan nota semasa dia keluar makan bersama Natasha kelmarin.

"He says, I told you beware of snake venom."

Elrah sudah dapat mengagak, namun wajah lelaki itu sahaja yang tidak sempat ditangkap memori.

"But he change the name not T anymore but E," sambung Saffaraz lagi.

Elrah mula menggali memori sekiranya ada nama yang dia kenal mempunyai abjad-abjad tersebut.

"Ada sesiapa yang Elrah syak hantar nota tu?" mata Saffaraz dapat menangkap wajah keliru Elrah.

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang