• A S L A N • 3️⃣

2.1K 115 19
                                        

"Ini je kan, Khuz?" Elrah menyoal pekerjanya sambil memandang penuh perhatian ke arah bonet keretanya yang hampir tidak tertutup kerana penuh dengan gulungan kain.

Khuz mengangguk, senyum tipis di wajahnya. "Ya, Miss Elrah. Ini je barangnya," jawabnya, sambil mengangkat gulungan kain terakhir dan memasukkannya ke dalam kereta.

Elrah mengeluh perlahan, matanya melirik bonet kereta. "Fuh, nasib baik tak banyak. Kalau penuh lagi, I kena sewa lori ni, Khuz."

Khuz tertawa kecil. "Memang banyak pun ni, Miss Elrah. Tapi dah biasa kan?"

"Okey lah, kalau macam tu, I minta diri dulu. Terima kasih sebab tolong angkat kain-kain ni," ucap Elrah dengan senyuman manis, sambil menghidupkan enjin kereta.

Kalau tiada Khuz, memang patah pinggangnya mengangkat berpuluh jenis gulungan kain ini.

"Tak apa, Miss El. Bukan selalu," jawab Khuz, sebelum melangkah pergi.

Sebaik sahaja Elrah masuk ke dalam kereta dan menutup pintu, telefon bimbitnya berbunyi.

"Mesti Tasha ni. Risau lah tu aku tak ada dekat butik," gumamnya sambil melihat nama pemanggil di skrin, tepat tekaannya.

"Helo," Elrah bersuara.

"Helo, kau dekat mana? Kenapa tak tunggu aku, El?" suara Natasha kedengaran, dengan nada cemas bercampur sedikit marah.

Elrah menyandarkan kepala di kerusi. "Aku dekat kilang kain ambil tempahan, tengah on the way balik. Kau tak payahlah risau," dia memusingkan stereng kereta, memulakan perjalanan pulang.

"Aku tunggu kau dekat butik. Jangan singgah mana-mana!" Natasha menutup talian begitu sahaja.

Elrah tahu Natasha pasti risau. Lagipun, jika menunggu Natasha habis makan tengah hari dengan tunangnya, dia tahu kerjanya akan lambat siap.

Elrah terus memandu pulang, kalau lambat nanti, sebakul dia kena bebel lagi.

Tiba di sebuah jambatan besar, sebuah kereta memotong dan menghalang laluan Elrah. Hatinya berdebar. Dia ingat kereta ini yang mengekorinya malam kelmarin.

Dua lelaki keluar dari kereta dengan langkah yang tidak terburu-buru, tetapi jelas penuh niat. Elrah mula panik apabila seorang daripada mereka membawa sebatang kayu besbol. Tanpa amaran, dia menghampiri cermin kereta di bahagian pemandu.

Elrah sempat melihat ke arah kayu besbol yang sudah diangkat, dan dalam sekelip mata, crack! Cermin keretanya berderai. Dia menunduk pantas, mengelak serpihan kaca yang berterbangan, namun tangannya sedikit sakit akibat terkena serpihan kaca.

Lelaki itu tidak membuang masa. Dia membuka pintu kereta dari dalam dan menarik Elrah keluar dengan kasar, mengheretnya ke hujung jambatan.

Kereta lain mula berhenti di tepi jalan, namun penumpangnya tidak berani bergerak, hanya menyaksikan kejadian yang berlaku.

"Kalau sesiapa berani telefon polis, aku tembak kepala dia," Ren berkata, suaranya keras dan tegas. Selesai memberi amaran, dia melepaskan tembakan ke udara. Bunyi tembakan itu membuatkan orang ramai ketakutan.

Elrah yang diseret oleh Rudy sempat mencuri pandang ke bawah jambatan. Di sana, sungai mengalir deras, dengan air yang kelihatan begitu menakutkan.

"Kau nampak sungai tu?" Rudy memaksa Elrah untuk menoleh ke bawah, tangannya mencengkam pipi Elrah, memaksa matanya tetap memadang air yang mengalir.

"Sungai tu bakal jadi tempat untuk malaikat maut cabut nyawa kau," Rudy berkata sambil tersenyum sinis, jelas menikmati ketakutan yang terpapar di wajah Elrah.

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang