• A S L A N • SPECIAL CHAPTER (unedited)

950 69 8
                                        

I'll protect whats mine


"Kita buat apa dekat sini?" entah kenapa hari ini Saffaraz bawanya ke hospital

"nak melawat orang sakit" lengannya yang di peluk oleh Elrah tiba tiba menerima cubitan

"aduhh, sakit" Saffaraz menggosok lengannya

"itu la padahnya, I tahu la kita nak pergi melawat orang sakit tapi siapa?" bukan ke tadi Elrah tanya kita buat apa dekat bukan siapa yang kita nak jumpa.

Perempuan semuanya nak betul

"kawan saya" malas mahu memanjang cerita, Saffaraz memberitahu Elrah

"siapa?" dahinya di tepuk, ingatkan bila dah bagitahu melawat kawan, isterinya akan diam

"someone special" Elrah membulatkan mata

"apa maksud you someone special, you jangan main main" Elrah memberi amaran

"ya Allah sampai ke situ El fikir, bukan someone special untuk saya tapi untuk El" Saffaraz nampak dahi Elrah mula berkerut, wajahnya keliru

"dah sampai" Saffaraz pantas bersuara apabila dia lihat mulut isterinya ingin bertanya soalan lain.

Saffaraz membuka pintu sebelum memberi salam dan salamnya di jawab oleh yang lain

"mama? ayah?" Elrah lihat supt. Aminuddin dan puan Farida sudah berada di dalam cuma dia tak nampak siapa yang berada di katil kerana di halang oleh kawan kawan Saffaraz

"mama dengan ayah buat apa dekat sini?" Elrah mencium tangan kedua orang tuanya

"El pergi la tengok siapa dekat atas katil" puan Farida menggosok lembut bahu Elrah, bila dia pandang ayahnya.

Supt. Aminuddin mengangguk dan menghadiahkan senyuman

"El" Saffaraz menggamit isterinya.

Yang lain memberikan ruang untuk Elrah melangkah ke arah katil pesakit.

Sebaik sahaja melihat gerangan yang berada di atas katil, air matanya tumpah. Tak sangka yang Allah memberikannya peluang sekali lagi untuk menatap wajah yang sudah lama di rindui

"abang" Elrah memeluk tubuh Elhan erat

"aduh sakit sakit" tiba tiba Elhan mengadu kesakitan

"El hati hati, abang kamu tu baru lepas kena tikam dekat perut" wajah Elrah jelas terkejut

"abang kena tikam?" Elhan mengangguk perlahan

"ya Allah El minta maaf abang, El tak tahu" kesal dengan perbuatannya yang main redah saja

"tak apa, meh sini dekat abang" Elhan mendepangkan tangan, Elrah memeluk abangnya namun kali ini dia lebuh berhati hati

"Alhamdulillah abang tahu tak yang El dapat rasa abang masih hidup lepas El berjaya gabungkan code yang abang bagi dalam note terakhir masa Saffaraz hilang" Elhan tersenyum

"abang tahu El pandai" dia mencuit hidung adiknya

"alah kalau setakat code macam tu, budak lima tahun pun pandai" apa punya code la senang sangat Elhan bagi padanya, buat la yang mencabar sikit

"ada je jawapan El, dari dulu sampai sekarang tak berubah" Elrah tersengih menampakkan gigi

"abang tak nak cerita pada El macam mana abang masih hidup padahal El, mama dengn ayah yang buat pengecaman mayat abang dan kami juga yang kafankan abang masa tu" puan Farida menggeleng dengan perangai gelojoh anak perempuannya

"El, cuba bagi abang tu berehat dulu. Ini baru jumpa dah macam macam soalan El tanya pada abang" Elrah menggaru kepala, itulah teruja sangat jumpa Elhan sampai lupa yang abangnya sekarang sedang terbaring di katil hospital

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang