• A S L A N •5️⃣2️⃣

920 72 8
                                        

“Macam mana kau tahu aku ada ruang bawah tanah?” kening Brian bertaut. Dia rasa... tak ada sesiapa pun tahu laluan rahsia itu.

Saffaraz tersengih kecil. “Kau ingat lagi tak dua tahun lepas, aku pernah bermalam dekat sini?”

Brian mengangguk perlahan.

“Malam tu, aku tersepak alas kaki dekat hujung tangga. Bila aku selak, aku nampak macam ada ruang. Aku tolak lantai kayu tu, tiba-tiba muncul tangga ke bawah.”

“Pergh... aku yang duduk rumah ni bertahun pun tak perasan ada laluan rahsia.” Ansh terlopong kagum sambil menggeleng tidak percaya.

“Seriuslah... Tapi kenapa rumah kau ada laluan bawah tanah? Apa tujuan sebenarnya, Brian?” soal Lee.

Brian bersandar ke dinding. “Rumah ni ayah aku yang design. Dia dulu anggota GGK, ramai musuh. Katanya, kalau rumah kami kena serang, laluan ni boleh jadi tempat perlindungan keluarga.”

Yang lain mengangguk perlahan, masing-masing kagum dengan kebijaksanaan ayah Brian.

"Bijak betul idea ayah kau ni...kagum aku," puji Keane, tangannya menepuk perlahan bahu Brian.

Brian apa lagi...

Tersenyum bangga bila dipuji walau bukan dirinya yang mendapat pujian.

Hud yang sejak tadi diam, akhirnya bersuara, “Jadi kau nak gunakan tempat ni untuk perjumpaan kita dengan Denniz?”

“Ya. Tak ada tempat lain yang lebih selamat dari sini. Brian pun dah setuju untuk pinjamkan ruangan bawah tanah ni.”

Saffaraz memerhati sekeliling. Ruang bawah tanah itu kini bersih dari sarang labah-labah dan debu. Di satu sudut, terpapar papan putih yang dipenuhi dengan wajah suspek ahli Red Cobra. Beberapa fail bertanda 'SULIT' tersusun di atas meja besi panjang.

“Lagi satu, senang nak kumpul maklumat. Tak adalah rumah Brian bersepah dengan kertas nanti," sambung Saffaraz, dia menjeling jam di pergelangan tangan.

“Aku gerak dulu. Esok malam kita jumpa Denniz dekat sini.”

Belum sempat yang lain bersuara, Saffaraz sudah melangkah pergi dengan mendaki anak tangga untuk ke ruangan atas.

“Dia tinggalkan kita macam tu je?” Brian bercekak pinggang, mulutnya mencebik.

Ansh ketawa kecil sambil merangkul bahu Brian. “Orang dah ada isteri, bro.”

“Hud pun ada isteri, tapi rileks je,” balas Brian dengan nada separuh menyindir.

Hud tersengih, menggosok belakang tengkuknya. “Aku pun kena balik ni.”

“Pergilah balik. Memang korang berdua je yang dah ada isteri,” usik Lee sambil menepuk belakang Hud.

“Kalau Denniz dah reply mesej, aku roger. Jumpa nanti!”

Sebaik Hud menghilang, empat sahabat yang tinggal mula naik ke tingkat atas.

“Jadi... kita nak makan apa malam ni?” soal Ansh.

“Mamak la, apa lagi?” jawab Keane.


On! Aku pun teringin tandori cheese,” balas Lee, sambil menggosok perut.

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang