• A S L A N • 4️⃣9️⃣

922 70 5
                                        

"Tak guna!"

Drake menendang sebuah kerusi hingga terpelanting ke dinding. Nafasnya turun naik, dada bergelora dengan amarah yang sukar dibendung. Baru beberapa minit lalu, dia menerima berita—Tim sudah tumpas di tangan Hazard.

Tangannya mencapai telefon di atas meja. Pantas jari menekan satu nombor yang sudah dihafal.

"Helo, Denniz."

"Aku rasa... aku nak balik Malaysia." Suaranya dingin, tetapi sarat dengan dendam yang membuak.

"Kau gila ke? Dekat sini pun kau tak selamat, apatah lagi kalau kau balik!" suara Denniz naik. Nada risau jelas kedengaran.

"Aku nak balas dendam atas kematian Tim." Mata Drake merenung kosong ke luar tingkap. Malam terasa pekat, senada dengan niatnya.

"Kau jangan jadi bodoh, Drake. Duduk je diam-diam dekat Thailand. Biar aku yang selesaikan semuanya dekat sini," tegas Denniz. Dia tahu benar perangai lelaki itu, apabila amarah menguasai, orang di sekelilingnya akan lenyap.

D

enniz mula cemas. Kehadiran Drake hanya akan menggagalkan segalanya. Dia tidak mahu lelaki itu kembali, apatah lagi jika dendam itu menyebabkan orang yang dia sayang menjadi mangsa.

"Kau janji dengan aku, Denniz. Kau akan balas perbuatan mereka." Nada Drake berubah mendesak, seolah-olah nyawanya bergantung pada janji itu.

Denniz pejam mata. Nafas ditarik perlahan, berat. Janji ini... bukan untuk ditunaikan.

"Aku janji." Ucapannya kedengaran tenang, namun jiwanya berkecamuk.

"Aku serahkan semua pada kau, Denniz."


N

ada Drake sudah melembut, penuh kepercayaan. Hanya Denniz satu-satunya yang dia ada sekarang. Suka atau tidak, kepercayaan perlu diberi.

Denniz mendongak ke siling. Berat rasa di dada. Dalam diam, dia tahu… satu hari nanti, janji itu bakal menjadi racun yang akan memusnahkan segalanya.








Elrah berdiri di sebalik pintu kaca, memerhati langit yang kelam dan titisan hujan yang mula mencurah. Bunyi renyai hujan mengisi ruang rumah yang tenang, dan di wajahnya, terbit senyuman nakal.

'Saffaraz tengah mandi... jadi... apa kata...'

Pintu kaca ditolak perlahan. Elrah melangkah ke luar, membiarkan hujan membasahi tubuhnya. Kakinya menyentuh pasir yang lembap, udara sejuk menyapa kulit. Dia mendongak, mata terpejam rapat merasai satu perasaan bebas saat titis-titis hujan menyentuh wajah dan rambutnya.

"Ya Allah, El!"

Suara Saffaraz menjerit cemas dari dalam rumah. Dia baru keluar dari bilik air dengan tuala di bahu, dan wajahnya jelas panik.

"El buat apa ni?! Jom masuk! Nanti demam!"

Nada suaminya seperti seorang ayah memarahi anak. Elrah hanya ketawa melihat Saffaraz sudah bercekak pinggang. Dia mengabaikan arahan dan mendepangkan tangan menikmati hujan.

"You jomlah join I! Dah lama I tak mandi hujan!" jerit Elrah, suaranya bersaing dengan bunyi hujan lebat yang memukul bumi.

"No! Kalau El demam nanti, siapa nak jaga?" balas Saffaraz tegas. Dia berdiri tegak di depan pintu kaca, wajahnya penuh kerisauan.

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang