• A S L A N • 3️⃣6️⃣

1.3K 102 10
                                        

Saffaraz keluar dari bilik air dan menuju ke beg pakainnya yang diletakkan di hadapan meja solek selepas masuk ke dalam bilik tadi. Namun, beg pakaiannya tiada di situ.

Kepalanya meliar di sekitar bilik sebelum melepaskan nafas lega apabila tiada kelibat Elrah. Entah macam mana dia boleh terlupa untuk membawa pakainnya sekali ke dalam bilik air, sudahnya dia keluar dengan tuala di pinggang.

"Wow, you tengah belanja I ke?" 

Hampir melompat Saffaraz sebaik sahaja Elrah bersuara di belakangnya. Air liur ditelan, tidak berani untuk berpusing menghadap ke arah isterinya.

Elrah hampir ternganga melihat Saffaraz yang hanya bertuala. Belakang badan lelaki itu sungguh tegap. Tak tengok bahagian depan lagi! Kalau Saffaraz pusing, mungkin dia akan pengsan.

Sesiapa, tolong Elrah!

"Cik El ada nampak beg baju saya tak? Saya letak dekat sini tadi?" Saffaraz bertanya tanpa memandangnya.

Elrah tersenyum walaupun Saffaraz tidak melihat. "I dah susun baju you dekat dalam wardrobe, tapi I dah sediakan baju untuk you atas katil tu."

Ekor mata Saffaraz sempat menjeling baju pijama berwarna hitam di atas katil. Setahunya, dia tak bawa baju pijama ke sini.

Ekor mata Saffaraz sempat menjeling baju pijama berwarna hitam. Setahunya, dia tak bawa baju pijama ke sini.

"I ada belikan baju untuk you haritu. I rasa muat. Cuba you pakai."

Saffaraz mengambil set pijama itu untuk dibawa masuk ke dalam walk in closet.

Galak mata Elrah melihat badan Saffaraz. Six-pack lelaki itu sungguh buat imannya tergugat.

"You nak pergi mana?" Elrah bersuara.

"Nak pakai baju," mata Saffaraz melirik ke arah walk in closet yang hanya beberapa langkah sahaja.

"Tak payah masuk dalam sana. Pakai je baju depan I. I ni bukan orang asing, isteri you juga." Elrah bersandar di sliding door sambil berpeluk tubuh. Matanya galak memerhati badan Saffaraz.

Sudah! Apa permainan yang Elrah cuba bermain dengannya? Takkanlah dia nak pakai baju depan isterinya. Gila namanya! Sudahlah, seumur hidupnya ini pertama kali dia berdua-duaan di dalam bilik bersama seorang wanita.

"Cepatlah, you tak sejuk ke?" Elrah menggesa. Dia kata Saffaraz, tapi dia sendiri pakai baju tak cukup kain.

"Saya pakai baju dekat dalamlah, Cik El."

Belum sempat Elrah membantah, sekelip mata sahaja tubuh Saffaraz sudah menghilang.

Elrah ketawa perlahan. Dia saja mengenakan suaminya. Kalau betul-betul Saffaraz pakai baju depannya tadi, tak payah tunggu Saffaraz, dia sendiri dah lari terjun balkoni.

Kakinya melangkah ke arah meja solek. Dia mencapai losyen dan menyapu di lengan dan lehernya. Dia suka bau-bauan berry. Bau tersebut boleh buat dia rasa macam nak makan losyen tu. Hahahaha...

Selepas itu, dia memakai krim malam pada wajah. Baginya, penjagaan muka dan badan sangat penting supaya bakal suami tak menyesal kahwin dengannya. Dia bergurau. Baginya, semua orang berhak mendapat kulit yang mulus dan wajah yang cantik. Penggunaan produk adalah salah satu faktor yang boleh mempengaruhi wajah seseorang.

Kalau dia mahu membeli produk muka atau badan, Elrah akan betul-betul pastikan bahan-bahan yang terkandung dalam produk itu selamat digunakan.

Bunyi pintu closet ditolak, membuatkan Elrah berpaling. Saffaraz sudah lengkap memakai pijama yang dibeli sewaktu mencari barang hantaran bersama Natasha.

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang