"Betul kau tak nak beritahu aku kau kerja bawah siapa?" Soal Saffaraz sekali lagi, nadanya masih terkawal meskipun matanya tajam memandang suspek.
"Aku lagi rela mati daripada tolong polis bodoh macam kau semua ni! Tuih!" Lelaki itu meludah ke lantai, riak sombong jelas terpancar di wajahnya.
Saffaraz menggeleng perlahan. "Aku dah bagi kau peluang. Tapi kalau kau tak nak... Zero, bawa masuk lagi seorang."
Tidak sampai beberapa saat, Ansh muncul bersama seorang lagi suspek. Tanpa berlengah, Saffaraz menarik lelaki itu, memaut lehernya, dan mengacukan pistol ke arah kepala suspek.
"Kalau kau kata kami bodoh, kau lagi bodoh. Sebab kau libatkan adik kau sendiri dalam kerja kotor ni," sindir Saffaraz.
Mata suspek terbeliak, tubuhnya mula meronta di atas kerusi. "Kau jangan sentuh adik aku, setan!" jeritnya, cuba menyerang, tetapi Ansh pantas menahan lelaki itu.
"Cakap sekarang, atau ucapkan selamat tinggal pada adik kesayangan kau ni," ugut Saffaraz dengan dingin.
"Jangan beritahu dia, bang! Tak apa, aku rela korbankan diri," lelaki yang berada dengan Saffaraz bersuara. Ansh mencebik kecil, memutar bola matanya.
"Baik. Aku bagitahu!" Akhirnya suspek di kerusi mengalah. "Yang arahkan aku untuk cederakan perempuan tu Zetty. Dia pereka fesyen tersohor. Dia dengki dengan pencapaian Elrah, jadi dia suruh aku bunuh perempuan tu."
Saffaraz melepaskan suspek itu setelah mendengar pengakuannya dan memberi arahan kepada anggota lain untuk membawa kedua-duanya ke lokap.
Saffaraz melangkah keluar, berhadapan dengan Superintenden Aminuddin.
"Tuan kenal ke pereka fesyen yang suspek sebutkan tadi?"
Superintenden Aminuddin menggeleng. "Tak pernah pula El sebut nama ni. Tak apa, nanti saya tanya dia sendiri." Dia menepuk bahu Saffaraz. "Terima kasih sebab dah bantu selesaikan masalah Elrah."
"Sama-sama, tuan. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu orang yang memerlukan."
Superintenden Aminuddin tersenyum. "Kalau macam tu saya balik dulu, kita jumpa pagi nanti." Memandangkan jarum jam sudah menjangkau ke angka dua pagi, jadi mereka akan berjumpa semula pada pukul lapan pagi nanti.
Pagi itu, Lee mendapat maklumat tentang Zetty dan mereka terus menuju ke kondominium mewah milik wanita itu. Namun, mereka terlambat apabila Zetty telah melarikan diri.
"Tukar rancangan. Kita kesan dia ikut cip pada kad identitinya," kata Saffaraz. Mereka kembali ke IPD untuk menjejak lokasi semasa Zetty.
Namun, usaha itu gagal. Lokasi pada sistem berubah-ubah dengan pantas, sekejap di negara lain, sekejap kembali ke tempat lain pula, seperti mempermainkan mereka.
"Lion, aku rasa dia bukan calang-calang orang kalau boleh sorokkan lokasi macam ni," ujar Lee.
"Aku rasa dua orang suspek yang kita tangkap tu hanya jalankan kerja bawah arahannya sahaja. Ada lagi orang lain yang kita belum kenal pasti identiti mereka," Brian menyuarakan pendapatnya.
"Aku pun rasa benda yang sama," Hud menyampuk, bersetuju dengan Brian.
Saffaraz termenung seketika sebelum berkata, "Aku akan arahkan dua orang anggota untuk pantau pergerakan Cik Elrah." Dia yakin ini baru permulaan. Zetty mungkin mempunyai rancangan untuk mencederakan Elrah, dan kemungkinan itu tidak boleh diabaikan.
Tiba-tiba Hud bersuara, "Aku baru teringat, hari Khamis ni aku cuti."
"Tak puas lagi ke cuti kahwin haritu?" usik Saffaraz, baru naik cuti kahwin. Dah minta cuti lagi.
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Acción📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
