• A S L A N • 2️⃣6️⃣

1.2K 82 34
                                        

Elrah dan Natasha berjalan perlahan, menikmati keindahan kapal mewah yang mula bergerak merentasi lautan. Angin laut menyapa lembut, mengibarkan helaian rambut mereka.

"Apa kata kau kahwin nanti, buat atas kapal macam ni. Romantik, kan?" Natasha memulakan bicara.

Elrah mengerutkan dahi, sewaktu mendengar ucapan sahabatnya. "Apa pula aku? Kau lah yang buat!"

Natasha membuat wajah bosan, sambil merenungnya. "Aku dah kahwin, El. Takkan nak kahwin banyak kali pula."

"Kau tahu kan, bersanding tu boleh ulang banyak kali. Tengok artis, sambut anniversary pun bersanding semula. Tak salah pun," usik Elrah, cuba menghidupkan suasana.

Natasha hanya mengangkat bahu, tetapi bibirnya merekah senyuman apabila Hud menghampirinya. 

"Sayang, jom kita tengok apa yang mereka buat dekat sana," Hud menghulurkan tangan, dan Natasha menyambut tanpa ragu.

"El, kau jalanlah dengan 'inspektor kesayangan' kau tu," usik Natasha sambil mengenyitkan mata, sebelum berlalu pergi bersama Hud.

Elrah menoleh ke arah Saffaraz, yang berdiri beberapa langkah darinya. Wajah lelaki itu serius seperti biasa, rahangnya mengetap seolah-olah sedang memendam sesuatu. Elrah tahu, jika dia tidak memulakan perbualan, mereka hanya akan berdiri sahaja di situ. 

"You nak pergi mana? Jomlah, I teman," katanya, cuba memecahkan kebekuan.

Namun, wajah Saffaraz kekal tegang. Matanya tajam menikam pandangan Elrah, sebelum dia berkata dengan nada dingin. "Saya nak cakap sesuatu dengan Cik Elrah."

Elrah mengerutkan kening, sedikit hairan. "Apa dia? Cakaplah."

"Kenapa Cik El tipu Tuan Aminuddin?" Soal Saffaraz tiba-tiba, nadanya penuh dengan ketegasan.

Dada Elrah berdegup kencang, dia mengenggam hujung bajunya sehingga buku-buku jarinya memutih. Tatapan Saffaraz yang menusuk seperti belati, membuatkan dia mula kecut perut.

'Macam mana lelaki ini boleh tahu?'

"I tak tipu. I cuma... Tak beritahu hal sebenar," suaranya sedikit bergetar.

"Sama je la. Cik El tahu tak kalau Tuan tahu yang Cik El sekarang tengah bersuka ria atas kapal ni, mesti dia risau. Cik El tak takut ke penipuan Cik El ni akan makan diri?" Suara Saffaraz semakin tegas dengan nada yang sedikit tinggi.

"Kalau la Cik El dapat rasa perasaan anak yatim macam saya ni, mesti Cik takkan sanggup tipu tuan dan puan. Mereka berdua sayangkan cik, tapi Cik El seolah-olah tak sayangkan nyawa sendiri ."

Elrah menunduk, rasa bersalah menyelubungi dirinya. Pandangan tajam Saffaraz membuatkan dia sukar untuk mempertahankan diri.

'Maafkan El, ayah, mama,' bisik hatinya penuh penyesalan.

"I..." Dia hilang kata.

"Buat masa sekarang ni, saya tak boleh tengok muka Cik El. Cik pergi la mana-mana. Hilangkan diri dari pandangan mata saya," ucap Saffaraz sebelum berpaling.

Kali ini Elrah tidak membantah. Langkahnya berat, dia membawa diri ke suite miliknya dan Natasha. Dia yakin Natasha masih bersiar-siar bersama Hud. Nasib baik kad akses ada padanya, tetapi belum sempat kad tersebut menyentuh permukaan pintu, mulut Elrah ditutup dengan  tangan seseorang.

"Ikut aku kalau kau nak selamat," suara garau itu bergema di telinganya.

Namun, Elrah tidak akur. Dengan segala kudrat dan teknik yang dipelajari, lututnya bergerak pantas, menghentam bahagian sulit lelaki itu. Lelaki itu mengerang, tubuhnya tertunduk menahan kesakitan. Elrah pantas berlari keluar dari kawasan suite, bunyi tapak kasutnya bergema di sepanjang koridor.

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang