"Elan!" Ben menjerit apabila melihat adiknya setapak ke belakang dan jatuh dari dek kapal. Namun, dia masih sempat menarik tangan Elan.
"Hold on, Elan!" jerit Ben, cuba menarik adiknya kembali ke dek kapal. Muka Ben merah, urat-urat di lehernya timbul. "Tolong, abang!" Kata Elan, tangisannya semakin kuat. Laut yang gelap dan menakutkan di bawah mereka menjadi ancaman yang semakin nyata.
"I'm trying," jawab Ben, giginya diketap. Tetapi tangan Saffaraz turut mengenggam erat tangan mereka berdua, memastikan mereka tidak jatuh ke dalam laut.
Brian dan Hud turut membantu, sementara Keane membantu Elrah turun ke bawah. Elrah akhirnya berada dalam pelukan Natasha, yang sudah menunggu di bawah dek.
"Kau okey tak, El?" Suara Natasha penuh kebimbangan. Elrah hanya mengangguk, tak mampu berkata apa-apa. Dia masih terkejut dengan kejadian tadi.
Mereka berdua melihat Elan akhirnya berjaya naik ke atas, namun tubuhnya terhuyung-huyung akibat pukulan yang diterima dari Ben. Tidak lama selepas itu, Elan jatuh pengsan.
"Kenapa kau tumbuk dia, Ben?" Natasha menyoal, terkejut dengan tindakan Ben yang begitu spontan.
"Biarkan la dia, Tasha. Dia memang layak kena dengan aku," jawab Ben dengan nada tegas, tetapi masih memeluk kepala Elan dengan penuh kasih.
Dari situ, Elrah akhirnya menyedari bahawa Ben benar-benar menyayangi adiknya.
Selepas menghantar Elan ke suite, Ben mengajak semua berkumpul untuk berbincang. Namun, sebelum itu, dia melangkah ke ballroom untuk berhadapan dengan para tetamu yang terjejas akibat kekecohan yang berlaku.
"Aku minta maaf... ini salah Aku. Aku tak mampu kawal keadaan," ucap Ben, nada suaranya rendah, tetapi jelas penuh dengan rasa bersalah.
Ada yang menerima permohonan maafnya dengan anggukan kecil, tetapi tidak kurang juga yang berwajah tegang. Beberapa tetamu mulai bersuara lantang, menghamburkan rasa marah kerana nyawa mereka hampir terancam.
Ben hanya tunduk, menerima setiap tohmahan dengan hati terbuka. Namun, Brian dan Keane tidak sanggup membiarkan lelaki itu terus menjadi sasaran.
"Cukup!" Lee bersuara lantang, menapak ke hadapan. "Dia tak bersalah! Kalau semua nak marah, marahlah pada punca sebenar. Dia pun mangsa dalam hal ni."
Keane menyokong Lee, menarik Ben menjauh daripada kumpulan manusia yang seolah-olah hilang perasaan belas itu.
Di ruang istirahat yang lebih privasi, mereka semua duduk di sebuah meja. Suasana sunyi, hanya dengusan nafas yang kedengaran, hinggalah Ben memecah kesunyian.
"I'm sorry, El. Semua ini terjadi sebab aku. Kalau aku beritahu kau awal-awal, mesti benda ni takkan jadi," ucap Ben, wajahnya tunduk memandang lantai.
Elrah menggenggam jemarinya. "It's not your fault, Ben. Please, jangan salahkan diri sendiri."
Ben menggeleng perlahan, baginya semua yang terjadi berpunca daripadanya. Kalau dia larang dan beri amaran pada Elan, mungkin semua ini takkan terjadi.
"Cuba cerita dengan aku, apa sebenarnya yang jadi? Aku tak pernah tahu pun kau ada adik," soal Elrah, memandang Ben dengan penuh kesungguhan. Natasha mengangguk, menyokong pertanyaan itu.
Ben menarik nafas panjang sebelum memulakan cerita, wajahnya penuh dengan emosi. "Aku memang ada seorang adik lelaki, nama dia Elan. Tapi dia... Ada masalah sikit. Dia tak boleh tengok aku rapat dengan orang lain. Dalam kepala dia, sesiapa yang rapat dengan aku cuba nak rampas aku."
Semua yang berada di situ memasang telinga. Perhatian mereka sepenuhnya pada Ben.
"Dari kecil, dia suka berpakaian perempuan, perwatakan dia pun lembut. Mungkin sebab dia dulu tinggal dengan nenek dan bibik aku di Perancis. Nenek aku kemurungan lepas atuk meninggal dunia, jadi mama hantar Elan ke sana untuk temankan nenek. Tapi, pergaulan dia dengan mereka buat dia terpengaruh. Gaya berpakaian, cara bercakap."
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Aksi📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
