I'll protect whats mine
"pasar gelap dah hangus, tinggal Drake saja yang kita perlu selesaikan" kata Saffaraz, matanya melihat satu demi satu rakan rakannya.
Tak sangka strategi yang mereka atur berjaya, sudah semestinya Drake sedang mencari dalangnya dan dia sudah berada di depan mata lelaki itu sewaktu di pasar gelap tadi.
Drake hanya memandangnya sekilas sebelum berlalu pergi, dia bersama Elhan memerhati dari jauh kelakuan Drake yang memarahi anak buahnya.
Tapi itu baru sikit akan ada lagi episod kejatuhan Drake Darius dan akan dia pastikan lelaki itu jatuh tersungkur dan tidak mampu berdiri semula
"kita kena jalankan misi secepat mungkin, kita kena gunakan peluang yang ada sekarang untuk jatuhkan dia sebab aku tahu dia tengah tak tentu arah cari dalang yang bakar pasar gelap tu" Elhan kenal benar dengan Drake, lelaki itu pasti takkan duduk diam kerana sumber utama dia mendapatkan kemewahan sudah hangus terbakar
"kami ikut rancangan kau berdua" Hud bersuara untuk yang lain
"betul bila bila masa sahaja, anggota kita dah sedia" yang lain mengangguk kepala
"aku ada rancangan tapi agak berisiko" apa sahaja rancangan Elhan yang tidak bahaya
"apa dia?" Keane menyoal baginya tiada masalah kerana setiap operasi yang mereka sertai mempunyai risiko, mereka sebagai anggota polis sudah bersiap sedia dengan apa jua cabaran
"rancangan dia macam ni..." Elhan berbincang strateginya bersama yang lain
"Saffaraz!" Elrah terjaga dari tidur, wajahnya basah dengan peluh akibat mimpi yang di alami tadi.
Sudah beberapa hari dia alami mimpi yang sama
"El, kenapa ni?" terpisat pisat Natasha bangun
"tak ada apa la Tasha aku mimpi hantu" Elrah terpaksa berbohong kerana tak mahu menceritakan mimpu yang dia alami
"tapi tadi aku dengar macam kau sebut nama seseorang" melihat Natasha yang separuh sedar, dia menggunakan peluang itu
"aku sebut nama hantu tu la, aku mimpi langsuir kejar aku" hampir sahaja dia ketawa namun di tahan
"kau ni jangan la mimpi benda yang bukan bukan, dah la kau mimpi dekat rumah aku. Risau pula aku nak tidur sorang sorang nanti bila Hud ada operasi" Natasha pantang dengar perkataan hantu pasti dia akan ketakutan
"mainan tidur je ni, kau jangan lah risau. Rumah kau tak ada apa apa, dah jom tidur" baru sahaja Elrah mahu merebahkan badan, tangan Natasha memegang erat legannya
"aku rasa nak terkecing la El, jom teman aku pergi tandas" tandas dekat dalam bilik pun nak berteman
"tandas tu dekat sebelah katil je Natasha Erlina, takkan aku nak teman kau sampai ke dalam tandas" Natasha angguk, wajahnya menayang riak simpati
"melampau la woi takkan dengan Hud pun kau macam ni" Natasha mengangguk polos.
Elrah menepis tangan Natasha "uishh makin teruk tahap penakut kau" dulu rasanya tak ada lah wanita itu setakut ini
"sejak mengandung ni entah kenapa aku makin penakut, lagi lagi bila dengar kau mimpi hantu" sudah siapa suruh kau bangkitkan pasal hantu El, terpaksa la dia teman mak buyung ini
"yela jom aku teman kau" Natasha tersenyum persis kanak kanak mendapat gula gula, dia masuk ke dalam tandas di temani Elrah
"kau pusing belakang, jangan pandang aku" pesan Natasha
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Aksi📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
