• A S L A N • 6️⃣0️⃣ (unedited)

714 70 7
                                        

I'll protect whats mine

Mata Elrah perlahan lahan terbuka

"alhamdulillah El, kau dah sedar" Elrah menoleh ke sebelah kiri, Natasha sedang memandangnya sambil tersenyum lega

"Tasha, aku dekat mana?" Elrah bangun dan cuba duduk di atas sofa, matanya ralit memerhati sekeliling

"rumah aku" bila dia amati betul betul perabot di dalam rumah ini memang betul rumah Natasha

"aku buat apa dekat sini?" Elrah masih lagi bingung dengan apa yang jadi

"Meen jumpa kau pengsan atas lantai masa dia sampai dekat sana, terus dia call aku" baru lah Elrah ingat apa yang jadi, dia langsung memegang erat lengan Natasha

"Tasha, aku jumpa suami aku tadi dia ada dekat sana tapi entah macam mana bila aku kejar dia, kami berhenti dekat satu lorong tu, tiba tiba ada orang dari belakang tekup mulut aku dengan kain yang bercampir klorofom" cerita Elrah bersungguh sungguh

"kau yakin El sebab masa Meen sampai dia cerita dekat aku, kau sorang je yang terbaring pengsan dekat situ. Dia tak ada nampak Saffaraz pula" jangan jangan Elrah berhalusinasi.

Elrah diam, dia juga tak yakin lelaki yang dia kejar itu Saffaraz kerana dia hanya dapat lihat bibir lelaki itu sahaja

"El" bahu Elrah di tepuk perlahan lalu dia memandang Natasha

"kau tidur rumah aku ya, Hud tak ada, dia ada operasi malam ni" pujuk Natasha.

Elrah jatuhkan kepala tanda setuju

"kau ada bagitahu mama dengan ayah aku ke?" soalnya, risau kalau mereka berdua tahu habis dia kena tadah telinga dengar bebelan puan Farida

"kau nak aku bagitahu ke?" Natasha menaikkan sebelah kening

"jangan la" Elrah separuh merayu

"ya, tak adanya aku bagitahu kalau tak dengan aku sekali kena bebel" Natasha tersenyum

"macam mana Meen boleh datang event, bukan anak dia demam panas ke?" pelik juga dia macam mana Meen boleh muncul

"lepas hantar anak dia pergi klinik, Meen minta suami dia jagakan anak sekejap sebab dia rasa serba salah cancel pergi event tu last minute, sekali dia sampai nuhh kau dah terbaring atas lantai. Mahu tak bersalah dia" Bukan main panik lagi wajah Meen sewaktu Natasha sampai tadi, tak habis habis Meen salahkan diri kerana tidak menemani Elrah ke event tersebut

"korang berdua ke yang bawa aku masuk kereta?" banyak pula soalan si Elrah ni

"habis tu kau sanggup kena angkat dengan jaga nepal dekat situ, mestilah aku dengan Meen yang papah kau" Elrah tersengih sengih

"kau rasa siapa yang buat aku macam tu?" Natasha mengangkat bahu

"aku pun tak pasti El, kalau dia ada niat jahat kenapa dia tak culik kau ke kan atau kalau dia nak samun kau kenapa dia tak ambil beg tangan kau" Natasha mengurut dagu lagaknya seperti seorang detektif

"aku pun terfikir benda yang sama" kalau betul itu Saffaraz, kenapa lelaki itu sanggup buatnya sampai pengsan?

"nanti aku bagitahu Hud tentang ni, kita minta dia cari siapa dalangnya" kata Natasha

"thank Tasha kalau kau dengan Meen tak ada, tak tahu la macam mana keadaan aku sekarang, mungkin kalau orang tak jumpa aku esok baru aku tersedar agaknya" sempat lagi Elrah berjenaka

"merepek la kau ni kau pengsan dekat laluan orang nak pergi tandas kut tak adanya kau terbaring dekat situ sampai esok" ada ada saja si Elrah ini.














A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang