• A S L A N • 3️⃣2️⃣

1.3K 100 21
                                        

Pintu bilik bacaan Superintenden Aminuddin diketuk. "Masuk," jawabnya, tanpa mengalihkan pandangan dari dokumen di tangan. Sebaik sahaja mendapat izin, kepala Elrah terjengul di celah pintu.

"What's wrong, El?" Soal Superintenden Aminuddin, sedikit terkejut melihat anak daranya membawa secawan kopi ke dalam bilik. Elrah melangkah masuk, meletakkan kopi itu di atas meja kerja ayahnya dengan senyuman kecil.

"Ayah busy tak?" dia menyoal sambil menyentuh jari telunjuk kanan dan kiri, gaya seorang kanak-kanak yang mahu meminta sesuatu. 

Superintenden Aminuddin meletakkan dokumennya ke tepi, menatap wajah anaknya dengan penuh perhatian. "Ayah tak busy. Kenapa, El?" 

Elrah tersengih, lantas menarik kerusi di hadapan meja kerja ayahnya dan melabuhkan duduk. "Boleh tak ayah tolong pinangkan Saffaraz untuk El?" Wajahnya penuh pengharapan.

Hampir pitam Superintenden Aminuddin mendengar permintaan anak tunggalnya. Matanya membesar, hampir tidak percaya. "Are you kidding me, Elrah Rubeena?" Nada suaranya agak meninggi, tetapi Elrah kekal tenang. Tiada tanda gurauan di wajah anaknya. Serius. Dalam diam, Superintenden Aminuddin menelan air liur.

"El tak main-main, ayah," balasnya dengan bersungguh-sungguh. 

Superintenden Aminuddin menggaru kening, cuba memahami apa yang bermain dalam fikiran anaknya. Matanya terpejam sejenak, menarik nafas panjang. "Apa yang buatkan El sampai nekad nak kahwin dengan Saffaraz ni?" suaranya memecahkan keheningan. Sepanjang pemerhatiannya, Saffaraz tidak pernah menunjukkan tanda-tanda dia meminati Elrah.

Semua yang anak buahnya itu lakukan kerana arahan daripadnya, dan dia nampak Saffaraz hanya sekadar menjalankan tugas menjaga Elrah tanpa melibatkan perasaan.

"Sebab susah nak dapat lelaki macam Saffaraz. Dia limited, ayah," jawab Elrah, yakin. 

Superintenden Aminuddin menghela nafas sekali lagi, cuba menahan diri dari menggelengkan kepala.

"Tapi, El... Takkanlah kita sebagai pihak perempuan nak masuk meminang pihak lelaki. Tak pernah dibuat orang," perlahan sahaja suaranya. Walaupun dia berkenan dengan sikap Saffaraz yang menghormati orang tua, idea ini sangat tidak konvensional. Dia bimbang Saffaraz menerima Elrah hanya kerana rasa terpaksa.

"Okey, kalau ayah tak nak masuk meminang, El akan uruskan sendiri. Tapi El nak tanya, ayah setuju tak kalau Saffaraz jadi menantu ayah?" Elrah mencabar, bersiap sedia dengan langkah seterusnya.

Aminuddin menghela nafas lagi. "Ayah suka kalau Saffaraz jadi menantu ayah..." Belum sempat dia menghabiskan ayat, sebuah ciuman hangat hinggap di pipinya.

"Thank you, ayah. That's all I want to hear," Elrah berkata dengan penuh semangat sebelum keluar dari bilik, meninggalkan Superintenden Aminuddin terpinga-pinga.

Aminuddin memicit kepalanya, berdoa agar anaknya tidak melakukan sesuatu yang luar biasa terhadap Saffaraz.

Elrah melangkah masuk ke bilik, membiarkan pintu tertutup perlahan di belakangnya. Dia merebahkan diri di atas katil, tangannya mencapai telefon yang terletak di atas meja sisi katil.

Aplikasi WhatsApp dibuka. Dia mencari nama Saffaraz dalam senarai kenalan, jemarinya mula menaip mesej pendek.

E: Hi, busy ke?

Satu minit berlalu. Dua minit. Hingga ke lima minit. Masih tiada balasan. Helaan nafas kasar terlepas, bibirnya memuncung tanda tidak puas hati.

"Hish! Apa yang susah sangat nak balas mesej aku ni? Bukan kena bayar pun..." Dia merungut sambil sambung menaip.

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang