• A S L A N • 2️⃣1️⃣

1.3K 96 13
                                        

"El, cuba bau perfume ni. Wangi tak?" Natasha menghulurkan sebotol minyak wangi kepada Elrah, senyuman kecil menghiasi wajahnya.

Elrah membawa botol itu dekat ke hidungnya, menghirup aroma lembut dari minyak wangi tersebut. "Wangi, bau dia tak kuat sangat. Aku suka," katanya sambil mengangguk kecil.

"Kan? Aku pun suka bau dia. Aku ambil yang ini lah," Natasha membuat keputusan dengan nada teruja, matanya bersinar-sinar sambil memegang botol itu.

"Jom teman aku bayar dekat kaunter," Natasha memaut lengan Elrah.

Elrah mengetap bibir, matanya melirik ke arah rak aksesori berhampiran. "Bayar pun kena ajak aku ke? Aku nak cuci mata dulu."

Natasha menarik tangan Elrah sambil tersenyum manja. "Ala, Kau ni. Jom lah!" Mereka beriringan menuju ke kaunter.

Namun, sebelum mereka sempat sampai, udara berubah. Dari celahan penghawa dingin, kepulan asap putih menyelinap masuk, dan bunyi jeritan pengunjung mula bergema.

"Pedih!"

"Sakit!"

Mata Elrah memandang sekeliling, mengamati orang ramai yang mulai menggosok mata mereka. Dalam satu detik, dia sedar. 'Sah, ini gas pemedih mata!' desisnya, wajahnya berubah tegang.

Natasha mencengkam lengan Elrah. "Apa yang jadi ni, El?" suaranya berubah panik.

Elrah menarik nafas dalam, cuba bertenang kalau tidak makin cepat gas pemedih mata itu berkesan.

Dengan pantas, dia mencapai dua helai skarf yang tersusun rapi di rak berhampiran. Botol air mineral dalam begnya dibuka, air dingin itu dituangkan ke atas kain hingga basah. "Nah, pakai ini," katanya sambil menyerahkan sehelai skarf kepada Natasha.

Natasha memerhati Elrah dengan kagum, menyedari betapa cekap rakannya itu mengendalikan situasi genting ini.

"Selang dua buah kedai, ada kedai barang renang. Kau pergi cari gogal," ujar Elrah. 

Natasha mengangguk dan mula bertindak.

Sementara itu Elrah ambil beberapa helai skarf lagi untuk membantu yang lain. Air mineralnya sudah habis dan dia membuat kepputusan untuk pergi ke farmasi yang berada di seberang. Dia mencapai dua botol mineral. Keadaan darurat membuatkan dia tidak mempedulikan ketiadaan juruwang.  

Nanti dia akan bayar semula bila datang ke sini lagi.

Ketika keluar, matanya tertangkap sosok wanita hamil yang terduduk lemah di sudut. Dengan langkah pantas, dia menghampiri wanita itu, membuka botol mineral dan membasahkan sehelai skarf lagi. "Pakai ini, kak," katanya lembut sambil membantu wanita itu mengenakan skarf basah.

Matanya mula pedih, tapi dia tetap menggagahkan diri. Suara Natasha muncul di belakangnya. "El, kau okey?" Natasha menyerahkan gogal kepada Elrah,  dan memakaikan satu kepada wanita hamil itu.

"Kau okey tak?" Natasha memadang Elrah dan wanita itu mengangguk perlahan.

"Tolong aku angkat akak ni, kita bawa keluar dia keluar," mereka memapah wanita mengandung tadi untuk di bawa keluar.

Melihat beberapa orang pasukan keselamatan mula masuk dan mengawal keadaan membuatkan mereka berdua merasa sedikit lega. Namun, banyak mana bilangan pasukan keselamatan jika mahu dibandingkan dengan pengunjung di dalam pusat beli belah ini.

Dalam kekalutan itu, Natasha menunjuk ke satu sudut kedai. "El, ada budak dekat sana!"

Elrah memandang. Seorang kanak-kanak perempuan duduk di lantai, menangis sambil menggosok mata. Dia menepuk bahu Natasha. "Kau bawa akak ni keluar, aku uruskan budak tu," nasib baik pagi tadi hatinya terdetik memilih untuk memakai seluar. Kalau pakai skirt seperti selalu, pasti dia sukar bergerak sekarang.

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang