I'll protect whats mine
flashback
"malam ulang tahun ke 62 Darius, aku dengan Iden buat rancangan untuk bakar rumah milik Darius. Semua yang kami rancang berjalan dengan lancar sebab malam tu memang semua sibuk dari pembantu rumah sampai bodyguard Darius. Mereka semua bertungkus lumus nak siapkan parti untuk ketua mereka, masa mereka leka tu la aku buat kerja aku" masih segar dalam ingatan di mana dia meletakkan minyak petrol di luar bilik kerja Darius yang sedang mengadakan perjumpaan antara kumpulan gangster terkuat di Thailand ini
"aku curah petrol dekat depan pintu bilik kerja Darius. Iden pula yang masa tu menyamar jadi tukang kebun curah petrol dekat sekeliling rumah kecuali tingkap bilik Drake" huru hara terjadi apabila asap mula memasuki ruang bilik kerja Darius dan asap tersebut mula merebak ke sekeliling rumah
"masa tu aku pura pura panik dan masuk dalam bilik Drake bagitahu yang bilik kerja Darius terbakar, kami berdua berlari nak selamatkan Darius dan cuba padamkan api guna alat pemadam api tapi bila kami masuk semua yang ada dalam bilik tu dah tak ada sebab aku dah sekat semua tingkap dalam bilik kerja Darius tu. Mereka di sahkan mati sebab terhidu banyak asap"
"sekejap" Saffaraz menahan Elhan dari menyambung ceritanya
"jadi sekaligus kau bunuh semua ketua mafia yang terkuat dekat Thailand?" Elhan mengangguk
"ya sekaligus, senang tak payah nak tangkap seorang seorang, banyak kerja" jawapan Elhan seperti orang yang tiada perasaan
"masa tu kami nak keluar dari bilik kerja untuk selamatkan diri tapi syiling jatuh atas badan Drake, ikutkan hati aku memang aku nak tinggalkan dia sendiri tapi bila kenangkan jasa dia dekat aku waktu kami remaja, aku selamatkan dia dan sekarang aku menyesal sebab selamatkan dia" luah Elhan, tangannya menggemgam penumbuk
"sekarang kita tak boleh berdiam diri, aku nak kita sama sama hapuskan Drake dan red cobra, tak payah tinggalkan sisa biar mereka lenyap dari muka bumi" Saffaraz dapat lihat dalam mata Elhan tersimpam dendam yang penuh dengan luka
"aku akan tolong kau, lunaskan semua dendam kau" Saffaraz mengenggam tangan Elhan.
Bermula dari situ mereka merancang untuk menjatuhkan empayar red cobra
"aku rasa kita patut bagitahu yang lain yang kau dan aku masih hidup" kata Saffaraz, entah macam mana keadaan Elrah sekarang.
Sudah sampai atau tidak berita kehilangannya pada wanita itu
"nanti aku akan contact Iden sebab nombor dia je yang aku ingat" Saffaraz jatuhkan kepala
"tapi kau tahu kan yang kita tak boleh maklumkan pada Elrah yang kau masih hidup, termasuk keluarga mertua kau" ya Saffaraz tahu kerana misi ini mungkin akan membahayakan Elrah sekeluarga kalau mereka tahu yang Saffaraz masih hidup
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Acción📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
