• A S L A N • 4️⃣5️⃣

1.2K 86 17
                                        

Natasha tidak dapat menahan rasa gembira sebaik kelibat Elrah muncul dari arah tempat letak kereta, dia sudah berlari ke arah sahabatnya sambil menjerit kegirangan.

"Arghhh... El! Rindunya aku dekat kau!"

Tanpa segan silu, Natasha terus memeluk tubuh langsing Elrah dengan erat, seolah-olah sepuluh tahun mereka terpisah.

Saffaraz yang berada di sisi Elrah tidak dihiraukan langsung seperti lelaki itu tidak wujud.

Dengan itu Saffaraz membawa langkah masuk ke dalam gelanggang.

"Uhuk... uhuk... Tasha... kita baru jumpa hari ni, jangan buat ni jadi pertemuan terakhir kita," Elrah bersuara semput, cuba menarik nafas dalam pelukan ketat sahabatnya.

"Hehehe... sorry! Aku excited sangat. Kau okey? Maaf, aku tak sempat lawat kau dekat hospital lepas kau sedar. Pet shop penuh, Fatin dengan Fizi pun dah macam nak pengsan uruskan kedai."

Elrah hanya menggeleng sambil tersenyum, mereka berjalan beriringan menuju ke bangku tepi gelanggang.

"Tak apa, aku faham," jawabnya bersahaja.

Natasha tertawa kecil. "Kau macam mana? Luka tembakan tu masih sakit?"

Elrah sempat merenung jauh sebelum menjawab dengan nada tenang, "Dah okey. Lagipun bukan kali pertama aku kena." Wajahnya mempamerkan riak angkuh.

"Serius aku rasa nak lempang bila tengok muka sombong kau tu." Natasha mencebirkan bibir.

"Selamat malam, puan El." 

Suara Brian mematikan perbualan mereka, lelaki itu menyapa dengan senyuman manis sambil mengambil botol air dari beg sukan.

Elrah menoleh ke arah suara itu. "Selamat malam...Brian kan?"

"Betul! Tak sangka puan ingat nama saya." Brian tersipu.

Tiba-tiba, satu tamparan ringan mendarat di belakang kepala Brian.

"Oi, ini Puan Elrah tau. Kau jangan nak menggatal," Ansh menegur.

"Eh mana ada! Aku cuma Puan El je," Brian cepat membela diri.

"Betul, dia tegur saya je," Elrah masuk campur, membela Brian sambil tersenyum nipis.

"Kalau dia ganggu puan, bagitahu saya. Biar saya ajar budak tak cukup umur ni," ancam Ansh, separuh bergurau.

"Oi, aku dah 25 tahun la!" Marahnya sambil bercekak pinggang.

Natasha tertawa lucu melihat gaya dua jejaka ini "Korang berdua ni pandai melawak rupanya."

Serentak kepala mereka menoleh ke arah Natasha. 

Brian tertawa kecil sebelum menjawab. "Kami memang macam ni, puan. Duduk serumah, kerja pun sama. Hari-hari tengok muka dia. Sampai naik mual saya," kata Brian bersahaja.

Elrah dan Natasha ketawa sakan mendengar pertelingkahan antara mereka berdua selepas itu.

Saffaraz yang dari tadi memerhatikan mereka berempat, mula berteriak memanggil Ansh dan Brian.

"Kau dah warm up ke Lion?" tanya Ansh kepada Saffaraz, yang hanya mengangguk tenang. Namun wajah itu tegang.

"Aku nak Lee dengan Keane. Hud, kau ambil budak berdua ni." Saffaraz mula mengeluarkan aura ketuanya.

Hud hanya mengangguk, dia tak kisah kerana mereka semua mempunyai skill dalam sukan bola keranjang.

Dia sempat menangkap reaksi Saffaraz sewaktu Brian berbual dengan Elrah. Wajah lelaki itu sedikit berubah, garis tegang muncul di rahangnya, mata tajamnya sesekali melirik ke arah mereka berdua. Cemburu. Jelas sekali. 

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang