Saffaraz memejam mata seketika, cuba mengabaikan pandangan mata yang tidak sengaja tertumpu pada bahagian dada wanita itu yang sedikit terdedah.
Ada perasaan kurang senang menjalar dalam dirinya apabila melihat pemakaian wanita itu, sedangkan mereka tiada apa-apa hubungan istimewa.
"Lama ke abang tunggu? Maaf. El yang lambat abang," Natasha bersuara sambil menunjuk ke arah Elrah yang sudah pun tersenyum serba salah.
"Yelah, I mengaku. Memang I yang lambat. Sorry," Elrah menyambung sambil mengangkat tangan tanda menyerah.
Hud menggeleng kepala sambil tersenyum. "Cantiknya, sayang," puji Hud tiba-tiba, membuatkan wajah Natasha berubah merah padam.
"Thanks to El, sebab buat Tasha nampak cantik malam ni," ucap Natasha. Matanya terarah pada Elrah yang tersenyum melihat kemesraan pasangan sejoli ini.
Lama Hud menilik wajah Natasha sehingga Elrah terpaksa menegur mereka. "Ehem, kalau nak adakan sesi eyes contact. I rasa kejap-kejap lagi kut," usiknya.
Hud dan Natasha tertunduk malu. "Sorry. Jom kita masuk," kata Hud, dia menghulurkan lengannya kepada Natasha. Wanita itu menyambutnya dengan senyuman manis, sebelum pasangan itu berjalan menuju ke ballroom.
Elrah berjalan di belakang bersama Saffaraz. Beberapa kali dia ingin memulakan perbualan bersama inspektor kesayangannya, tetapi peristiwa tengah hari tadi membuatkan dia memilih untuk mengunci mulut dan suasana agak sedikit canggung.
Namun, kehadiran Ben yang melambai dari jauh menyelamatkan situasi. Wajah Elrah kembali ceria, tangannya turut melambai dengan penuh semangat. Sewaktu dia ingin menghampiri Ben, langkahnya terhenti apabila tangan Saffaraz tiba-tiba mengenggam lembut lengannya.
"You shouldn't dress like this," kata Saffaraz sambil menanggalkan kotnya. lalu menyarungkannya pada tubuh Elrah sebelum membutangkan satu persatu dengan gerakan yang teratur.
"And why shouldn't I?" kening Elrah terangkat, nadanya separuh gembira kerana Saffaraz sudah mula bercakap dengannya. Mungkin lelaki itu sudah tidak marah.
"Because right now, every eye in this ballroom is on you, especially the men." jawab Saffaraz dengan nada rendah.
"Sejak bila you jadi posesif ni?" Elrah ketawa kecil, cuba menghilangkan rasa canggung. Selama ini apa saja yang dia pakai, lelaki itu tidak pernah kisah. Tapi malam ini... Saffaraz agak lain.
"I'm not being possessive," balas Saffaraz. "Saya cuma tak nak Cik El dan lelaki lain dapat dosa free. Termasuk saya." Dia berpeluk tubuh sebaik sahaja selesai membutangkan kot pada wanita itu.
Elrah mencari anak mata Saffaraz, sambil tersenyum. "Kalau you tak nak dapat dosa, you kahwinlah dengan I?" pancingnya dengan nada manja.
"No, thank you. Tak berminat," balas Saffaraz pantas, cuba mengelak pandangan Elrah.
"Oh, come on, Mr. Aslan. Are you sure about that? " Elrah meletakkan jari telunjuknya di bawah dagu lelaki itu, cuba memancing reaksi.
Namun Saffaraz menepis tangan Elrah dengan lembut. "Yes."
"Beritahu I sebab apa you tak nak kahwin dengan I?" Elrah bertanya lagi
Saffaraz menarik nafas panjang, melirik ke arah Hud dan Natasha yang sudah berjalan ke bahagian buffet bersama Ben. Dia cuba menghindar, langkahnya baru sahaja diatur, tetapi lengannya ditangkap erat oleh Elrah.
"We're not going anywhere unless you tell me why, Mr Aslan," katanya tegas, tangannya menggenggam lengan lelaki itu tanpa niat untuk melepaskan.
Dari jauh, Ben yang sedang mencari-cari kelibat Elrah akhirnya menemui mereka. Matanya tertancap pada tangan Elrah yang sedang memegang lengan Saffaraz.
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Acción📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
