• A S L A N • 2️⃣3️⃣

1.4K 90 15
                                        

"Apa cerita dengan dua orang lelaki tu?" Saffaraz mendekati ahli Hazard.

"Aku dah dapat footage cctv ni, identiti suspek pun kita dah dapat kenal pasti," Lee menekan tetikus komputer.

Saffaraz melipat tangan di dada sambil memandang skrin, memerhatikan identiti dua lelaki yang mencurigakan.

"Jadi mereka ni ada sejarah pernah masuk lokap sebab kes samun?" Saffaraz mengulang pertanyaan, memandang Lee yang sibuk mengendalikan komputer.

Lee mengangguk sambil menjawab, "Betul. Mereka dah dibebaskan setahun lepas."

"Kerja sendiri atau ada geng?" Tanya Saffaraz lagi.

Lee mengangkat bahu. "Itu aku kena minta Ghost dengan Zero siasat lebih lanjut."

Brian, yang duduk di tepi, memberi isyarat dengan jari membentuk tanda 'peace' kepada Saffaraz.

"Lokasi mereka dah dapat detect?" Soal Saffaraz, matanya tajam menatap Lee.

Lee mengangguk lagi. 

Nasib baik teknologi kini semakin maju. Dengan hanya memasukkan nombor IC ke dalam laman web khas untuk kegunaan kakitangan polis, lokasi individu boleh dikesan dengan mudah melalui cip yang tertanam dalam IC mereka.

"Kalau macam tu, apa tunggu lagi? Ghost, Zero," ujar Saffaraz dengan tegas.

Brian tidak menunggu lama. Dia menyambar helmet milik Lee Han dan terus bergegas keluar.

"Eh, tunggulah aku Ghost," Ansh melompat dengan cekap melintasi meja yang menghalang laluannya, dan mengejar langkah Brian.















"Hmmm... nak lunch apa eh hari ni?" Jari Elrah mengetuk meja kerja dengan perlahan, berfikir sejenak. Bunyi ketukan itu berulang.

"Call Tasha la ajak makan," katanya, tetapi belum sempat dia mencapai telefo. Baru dia tersedar yang Natasha sedang dalam mood berbulan madu.

Dahi di tepuk. "Macam mana aku boleh lupa ni?" Elrah mengeluh sambil menutup mata seketika. Rasa kecewa menyelubungi, matanya merenung ruang kosong di hadapan meja, sementara jari-jemarinya bermain-main di tepi telefon.

Nak ajak Meen? Tapi wanita itu sedang berpuasa ganti. Neeta pula... Hari ini cuti. Dia bukan tak boleh lunch sendiri, tapi entah kenapa hari ini dia perlukan teman.

Seketika, senyuman nakal mula terukir di bibirnya yang bergincu. Mata Elrah bersinar, seakan-akan baru sahaja menemui jawapan yang tepat. Dia tahu siapa yang akan dihubungi.

Dengan penuh semangat, kunci kereta dan beg tangan dicapai. Dia melangkah keluar sebelum waktu makan tengah hari.

"Hud jom keluar ma..." Saffaraz menoleh ke meja kerja Hud untuk mengajak lelaki itu keluar makan tengah hari, tapi dia lupa yang Hud masih dalam cuti kahwin.

Dia menggeleng sendiri sambil mengeluh perlahan. Menyesal pula dia tak ikut Lee dan Keane tadi, kerana mahu makan bersama-sama dengan Hud.

Saffaraz melangkah keluar dari ibu pejabat, namun langkahnya terhenti apabila seseorang menepuk bahunya dari belakang.

"Hai!" Suara ceria Elrah menyapa, tangan diangkat melambai.

Saffaraz mengerutkan kening, wajahnya terkejut. "Cik Elrah, buat apa dekat sini?"

"I datang nak teman you makan tengah hari," jawab Elrah sambil tersenyum lebar.

Saffaraz terkedu seketika, ingatannya berlari ke arah perkahwinan Hud dan Natasha. Dia lupa bahawa Natasha itu merupakan sahabat Elrah.

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang