I'll protect whats mine
Drake megenggam penumbuk
"tak guna bukan ke kau dah mati" laungnya kuat, timbul urat di mukanya kerana menahan marah
"kau ingat senang senang kau boleh bunuh aku" Elhan menaikkan jari telunjuknya lalu di goyangkan ke kiri dan kanan
"tak semudah itu Drake" Drake meluru ke arah Elhan namun pantas Elhan mengelak.
Drake mengenggam penumbuk, dia meraba pistol di belakangnya namun...
"kau cari ni" Yonn menunjukkan pistol milik Drake
"tak guna kau Yonn, berani kau khianat aku!" Yonn senyum senget
"kau lupa siapa aku Drake" Drake mengamati wajah Yonn.
Wajah itu seperti pernah berada dalam kotak memorinya namun dia tak ingat
"tak apa biar aku ingatkan kau" Yonn berpeluk tubuh
"kau ingat masa umur kau 15 tahun, ada seorang budak nerd nama Yan" sebaik sahaja nama itu meniti di bibir Yonn barulah Drake satu persatu muncul memorinya muncul.
Yan merupakan seorang pelajar pintar dan nerd. Dia dan kawan kawannya dahulu kerap membuli Yan kerana sikapnya yang polos dan tidak tahu melawan sampailah satu hari mereka sudah tidak nampak kelibat Yan di sekolah, kata rakan sekelasnya Yan sudah berpindah ke sekolah lain kerana tidak tahan di buli oleh Drake dan kawan kawannya
"jadi kau budak nerd tu?" hampir tidak percaya Drake dengan penampilan Yan sekarang, cermin mata besar lelaki itu sudah hilang, wajah Yan yang berjerawat sudah bersih dan kulit muka lelaki itu semakin licin
"aku nak ucapkan terima kasih pada kau sebab kau dan kawan kawan kau, aku berubah jadi aku yang sekarang dan atas bantuan Denniz aku berjaya masuk dalam red cobra" merah mata Drake menahan amarah kerana semuanya sudah di atur dengan sempurna oleh Denniz.
Drake mahu melawan namun mana mungkin dirinya seorang berlawan dengan lapan orang lelaki yang mengelilinginya
"sudah la Drake hentikan semua ni, kau tahu yang kau dah kalah" ucap Denniz atau Elhan
"kenapa Denniz, aku dah anggap kau macam abang aku sendiri" kendur suara Drake mungkin kerana dia tahu yang tiada apa yang dia mampu buat
"sebab ayah kau, aku terpisah dengan keluarga aku. Aku jadi dendam dengan ayah kau" ucap Elhan
"kau tahu betapa kejamnya Darius latih aku supaya aku jadi sebahagian dari red cobra, kau nampak macam mana terseksanya aku dengan semua yang Darius buat" luah Elhan
"jadi sebab tu kau bunuh Darius" mata Drake menikam mata Elhan
"jadi kau dah tahu?" walaupun terkejut dengan kenyataan Drake namun Elhan masih cuba untuk kekal tenang
"aku tahu semua rancangan kau malam tu, aku ingat kau bunuh ayah sebab kau nak jadi ketua dalam red cobra tapi aku tak sangka kau beri pada aku" luah Drake
"aku ingat malam tu kau nak biarkan aku mati tapi kau datang selamatkan aku, aku ingat kau sayangkan aku sebagai seorang adik" jujur dia sayangkan hubungannya dengan Denniz namun apakan daya mereka berdua musuh tiada istilah berbaik dalam permusuhan
"jadi sebelum aku mati" Drake menarik keluar sebilah pisau lalu menikam perut Elhan
"Elhan!" jerit Saffaraz dan Ben mereka.
Iden melepaskan tembakan tepat pada kepala Drake lalu tubuh itu rebah.
Saffaraz berlari menyambut tubuh Elhan
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Aksi📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
