I'll protect whats mine
Bunyi loceng rumah mengejutkan Elrah yang masih terkejut dengan penemuan sebentar tadi, dia turun ke ruang tamu.
Sebaik sahaja pintu di buka wajah Ben dan Natasha muncul di muka pintu
"Assalamualaikum, boleh kitaorang masuk" wajah Elrah menunjukkan riak bingung namun dia tetap membawa masuk tetamunya ke dalam rumah
"duduk la aku buat air sekejap, kau berdua nak minum air apa?" Natasha a.k.a mak buyung sudah tersenyum senang, ini mesti nak suruh dia buat jus
"aku apa apa pun okay" jawab Ben
"kalau macam tu aku nak air anggur la macam kau buat haritu, sedap" ibu jari di naikkan, Elrah menaikkan mata ke atas
"sekejap" Elrah berlalu ke dapur untuk membuat air sesuai permintaan Natasha.
Tak sampai beberapa minit dia datang bersama dulang yang berisi air dan gelas serta kek cawan yang dia beli semalam
"jemput la minum" pelawa Elrah selepas menuangkan air ke dalam gelas
"macam mana kau berdua boleh datang sekali ni?" soalan Elrah di balas dengan pandangan dari dua pasang mata, masing masing belum membuka mulut
"aku yang ajak Tasha teman aku datang sini" akhirnya Ben menjawab
"kitaorang datang sini bukan saja saja" sambung Ben
"aku tahu" balas Elrah bersahaja
"kau tak ada soalan nak tanya aku?" banyak Ben, banyak soalan aku nak tanya pada kau
"Tasha?" Ben memandang Natasha
"aku biarkan El yang soal kau sebab aku tahu apa yang bermain dalam kepala aku sama dengan El" Natasha memberi peluang pada sahabatnya
"siapa sebenarnya kau Ben? Macam mana kau boleh ada dengan Saffaraz dan team dia malam tu?" masing masing menanti jawapan dari Ben yang sudah dapat mengagak soalan itu akan menjadi pemula bagi soalan seterusnya
"I told you a few month ago I was a ceo at Prancis right?" mereka berdua jatuhkan kepala
"aku tipu, sebenarnya aku bukan ceo tapi aku seorang anggota polis" sudahhh nak pitam Elrah sini polis sana polis memang hidup dia di kelilingi dengan anggota berbaju biru agaknya
"aku terpaksa sorokkan identiti aku tapi percaya lah aku tak ada niat nak menipu kau dan Natasha. Unit aku memang buatkan aku susah nak dedahkan identiti aku pada orang awam" Elrah sebagai anak seorang anggota polis faham apa yang Ben cuba sampaikan
"aku faham tapi macam mana pula dengan Elan masa kita semua dekat cruise beberapa bulan lepas, itu rancangan atau..." Ben menggeleng
"aku sumpah itu bukan rancangan. Elan dah tersasar jauh masa tu tapi syukur lah dia dah berubah dan memang mak ayah aku pindah ke perancis bawa dia dan aku tapi lepas habis belajar aku balik semula ke Malaysia dan cuba daftarkan diri sebagai anggota polis, tak sangka rezeki aku" gila kalau di cruise itu rancangannya memang kena tindakan tatatertib atau tak silap terus di buang kerana sudah mencetuskan huru hara
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Acción📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
