• A S L A N • 3️⃣1️⃣

1.2K 93 11
                                        

"Macam ni ceritanya, Capt," Lee memulakan bicara sambil bersandar di kerusi dengan wajah serius. "Masa aku dengan Ansh kejar suspek tadi, entah macam mana kereta dia tiba-tiba hilang dari pemantauan. Tahu-tahu, kereta tu meletup. Bila bomba sampai dan padamkan api, mayat langsung tak jumpa. Kami cuba cari suspek sekitar kawasan tu, tapi hasilnya... Negatif."

Saffaraz mengetap rahang, menahan rasa kecewa. Dia memandang Hud, yang mengutarakan pendapatnya. "Aku syak suspek dah keluar sebelum kereta tu meletup. Tapi kalau dia buat macam tu, tak mungkin dia akan lari jauh. Kau dengan Ansh dah betul-betul cari dekat kawasan situ?"

"Dah," jawab Ansh dengan nada geram. "Kami pun fikir benda sama. Itu yang aku kata, suspek ni licik."

Saffaraz memandang Keane. "Wolf, kawan kau dekat Thailand tak ada beri apa-apa maklumat baru ke?" Riak wajah Saffaraz memancarkan harapan yang tinggi kepada sahabat Keane yang berada di sana. Namun, jawapan lelaki berbaju biru gelap itu hanya gelengan kepala.

"Belum," ujar Keane perlahan. "Susah, Lion. Dia dah bertahun intip Red Cobra, tapi sikit sangat maklumat yang dia dapat. Markas Red Cobra dekat sana pun dia masih tak tahu."

Lee mencelah, "Kalau kita rancang untuk serang hendap dekat pasar gelap tu pun tak guna. Tempat tu penuh penjenayah. Kalau kita serang buta-buta macam tu, memang mati katak kita."

Keane mengangguk. "Betul. Lagipun, kau tahu kan, polis dekat sana pun tak berani nak masuk campur. Mereka takut dengan Red Cobra."

Lee melepaskan keluhan. "Kalau macam tu kenapa kawan kau tak minta bantuan daripada kita semua?"

"Dia kata nak kumpul beberapa maklumat dulu," Keane ada menawarkan bantuan, namun  sahabatnya itu kata tunggu dahulu, kerana dia perlu mengumpul sedikit maklumat sahaja lagi.

Lee menggeleng kepala, jelas kecewa. "Kalau harapkan dia seorang, sampai bila-bila pun kita tak akan dapat maklumat tentang Red Cobra." Dia memutar-mutar pen di tangan.

"Sabar, Hunter," potong Saffaraz, dia cuba meredakan keadaan. "Kita tunggu saja sampai dia minta bantuan dari kita. Sekarang, fokus kita dekat sini."

Semua mata tertumpu ke arahnya.

"Kita perlu cari suspek penembak hendap tu. Kalau kita dapat dia, kita ada peluang untuk jatuhkan Red Cobra."

"Tapi kita sendiri tak tahu ke mana dia pergi," Hud membalas, suaranya sedikit muram. Yang lain hanya diam, memikirkan kebenaran kata-katanya.

Lee akhirnya bersuara, "Setakat nama samaran macam 'Den', macam mana kita nak cari dia? Tak ada apa-apa yang boleh kita pegang sekarang."

Keadaan dalam bilik semakin suram. Keane hanya menunduk, sementara Brian memandang Ansh seolah mencari harapan baru. Namun, realitinya jelas yang mereka benar-benar kehilangan jejak suspek tersebut.

"Macam mana kau boleh terlepas sasaran? Kau tak pernah gagal sebelum ni," Tim menyoal dengan nada dingin, asap rokok berkepul-kepul keluar dari bibirnya. Matanya yang tajam menikam pandangan Den, seolah mahu menggali jawapan terus dari lubuk hati lelaki itu.

Den, seperti biasa, tetap tenang. Dia bersandar pada sofa usang yang sudah kelihatan lusuh. "Aku sendiri tak tahu macam mana boleh tersasar dari target," jawabnya selamba, langsung tidak tergugat dengan kemarahan yang jelas terukir di wajah Tim.

Tim mengetap bibir. Dia memicit puntung rokok pada bekas abu di atas meja sebelum bangkit berdiri. "Drake suruh kita bunuh orang tua tu dulu. Kau sendiri nampak hari tu dia ada dekat tempat kejadian!" Katanya dengan nada keras, suaranya sedikit meninggi.

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang