"Cik El."
Sentuhan lembut di bahunya membuatkan Elrah menggeliat kecil, namun dia masih tenggelam dalam lena. Saffaraz menghela nafas pendek. Wanita ini... lena betul tidurnya sampai tidak sedar dia sudah mengalihkan kepalanya ke atas bantal.
Dia duduk di ruang kosong di sisi isterinya. Bayangkan, mereka tidur di katil bersaiz king, tapi separuh daripadanya kosong. Matanya tertumpu pada helaian rambut Elrah yang terurai di bantal. Perlahan, jari-jarinya menyisir rambut itu, usapan lembut yang sengaja dilakukan untuk mengejutkan isterinya.
"Ermm..." Kelopak mata Elrah bterpejam rapat sebelum terbuka perlahan-lahan. Pandangan pertama yang menyapa iris ialah wajah suaminya yang tersenyum tipis. Bibirnya melengkung kecil, namun sebelum sempat tangannya naik menggosok mata, Saffaraz menahan.
"Tak elok gosok mata." Suaranya bernada teguran ringan. "Apa kata Cik Elrah pergi mandi, ambil wuduk, kita solat Subuh berjemaah?"
Elrah mengerutkan dahi. Tubuhnya masih berat untuk bangun, selimut ditarik merangkumi separuh wajahnya.
"Cik El," panggil Saffaraz lagi, lebih tegas kali ini.
"Kalau you nak I bangun, jangan panggil I 'Cik El'." Suaranya separuh serak, masih dibuai kantuk.
Saffaraz diam sejenak. "Habis, saya nak panggil apa?"
Elrah mengangkat bahu, masih malas membuka mata sepenuhnya. "Tak kisah, tapi I tak nak dengar 'Cik'. I dah jadi isteri you." Sejak semalam dia mahu menegur perkara itu, tapi kesempatan tidak muncul kerana dia lebih sibuk mengusik suaminya.
Selepas menimbang tara, akhirnya Saffaraz membuat keputusan."Kalau saya panggil 'El', boleh?"
Dia mengangguk kecil. "Better dari 'Cik El'."
Elrah akhirnya mengumpul kekuatan untuk bangun, kaki sudah mahu menjejak lantai, tapi tiba-tiba satu idea nakal muncul di kepalanya. Dia berpaling semula ke arah Saffaraz, naik semula ke atas katil, membuatkan lelaki itu mengangkat kening curiga.
"I nak morning kiss," suara Elrah bersahaja menutur permintaan itu.
Berbeza dengan Saffaraz yang membulatkan mata. "Mmm...mor... morning kiss?"
Elrah hampir tergelak melihat reaksi itu, dia mengemam bibir. "Ya, cepatlah. Nanti waktu Subuh habis."
Saffaraz menelan liur. "Cik... maksud saya, El nak saya cium dekat mana?"
Elrah menatap wajah Saffaraz yang mula cuak. Kalau dia minta di bibir, agak-agak suaminya sanggup tak? Dia menggigit bibir menahan ketawa.
"Since today is our first day as husband and wife, I want you to kiss my forehead and both of my cheeks." Tangannya menunjuk ke dahi dan kedua belah pipi.
Saffaraz memejam mata sejenak. 'Ya Allah, dugaan apakah di pagi Subuh ini?'
"The clock is ticking, Mr. Aslan." Elrah menyilang tangan ke dada, sabar menanti.
Menghela nafas panjang, Saffaraz menundukkan wajah, lalu mencium dahi, pipi kanan, dan pipi kiri Elrah dengan gerakan pantas. "Dah. Pergi mandi." Dia segera memalingkan muka, enggan memandang isterinya lebih lama.
Elrah tersenyum puas. Belum sempat Saffaraz melepaskan nafas lega, Elrah tiba-tiba merangkul lehernya dari sisi, sebelah tangan menahan pipi kanannya.
Ciuman hangat mendarat di pipi kirinya.
"Thank you, husband."
Sebelum Saffaraz mampu memberi reaksi, Elrah sudah selamba bangun dan melangkah masuk ke bilik air.
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Aksi📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
