I'll protect whats mine
Pistol di halakan pada lelaki misteri itu, biasan cahaya membataskan pandangan mereka kerana tubuhnya berdiri di depan pintu masuk
"macam kenal je suara" Hud berani menapak ke depan.
Lelaki itu juga perlahan lahan mendekati mereka
"Ben?" Ben mengangguk kepala
"kau ke kawan yang Denniz kata kelmarin?"
"ya, aku. Tak sangka kita jumpa buat kali kedua" kata Ben
"jadi kau dalam unit komando VAT 69?" Brian tak percaya kerana semasa di cruise beberapa bulan lepas lelaki ini nampak tak pandai berlawan.
Ben jatuhkah kepala lalu memegang belakang tengkuk
"kalau ada soalan lain aku harap kau orang simpan dulu, jom aku bawa pergi ke Denniz" mereka baru tersedar tujuan utama mereka
"kau lead, kami ikut" ucap Saffaraz
"kalau macam tu jom" mereka bergegas keluar untuk ke lokasi Denniz.
Sampai saja mereka di sebuah bangunan atau boleh di katogerikan pangsapuri lama, Ben memberhentikan kereta
"kau yakin Denniz dekat sini?" sola Saffaraz
"200% aku yakin" wajah Ben sudah tidak kelihatan hanya tinggal mata saja yang nampak
"di sebabkan bangunan ni ada 6 tingkat kita kena berpecah, aku dengan lion akan ke tingkat lima dan enam. Zero, wolf dengan hunter ambil tingkat tiga dan empat. Eagle dengan ghost tingkat satu dengan dua" mereka memasang earpiece lalu bergerak mengikut arahan.
Saffaraz dan Ben mula memanjat tangga, Saffaraz dapat lihat keadaan bangunan yang nampak seperti bangunan berhantu, mana taknya dengan cat yang sudah luntur dan tertanggal tambah lagi dengan dinding yang sudah berlumut.
Siapa saja nak duduk dekat sini
"kau tahu nombor rumah yang mereka duduk?"
"tak sebab tu aku minta kita berpecah" betul juga, soalan dia pun kurang cerdik
"tapi aku rasa mereka mesti duduk bangunan atas sebab pangsapuri ni tak ada lif, orang mesti nak duduk tingkat paling bawah" mereka sampai di tingkat lima, betul kata Ben. Tingkat paling atas memang tak ada penghuni. Tingkat ini bersepah dengan kotak kotak dan juga berhabuk.
Kebanyakkan pintu semua sudah rosak, ada juga rumah yang tak ada pintu
"tingkat 1 clear" mereka dengar suara Hud di earpiece
"tingkat 3 clear" kemudian suara Lee
"tingkat 5 clear" kata Ben. Mereka berdua bergerak untuk naik ke tingkat enam namun sebaik sahaja mereka mendengar bunyi tapak kaki menuruni anak tangga, pantas mereka bersembunyi di balik dinding yang berdekatan dengan tangga.
Sebaik sahaja bunyi tapak kaki itu sampai di tingkat 5, Ben dan Saffaraz keluar dari persembunyian mereka dan menghalakan muncung pistol ke arah lelaki itu.
Lelaki itu mengangkat tangan
"ini aku la" Denniz menenangkan mereka berdua
"kau Denniz" Ben jatuhkan pistol dan menurunkan pistol Saffaraz
"korang dah jumpa Denniz" mereka yang mendengar suara Ben melalui earpiece pantas mendaki anak tangga
"kau okay tak?" soal Ben memeriksa tubuh sahabatnya
"kau nampak aku tak okay ke?" soalan berbalas dengan soalan
"kenapa kau bawa diaorang semua datang sini" bila team Hazard semua sudah berkumpul di sini, Denniz agak terkejut
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Acción📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
