• A S L A N • 3️⃣0️⃣

1.4K 94 10
                                        

Keesokan paginya, suasana di dek kapal sibuk dengan bunyi beg beroda yang diseret dan derapan kasut. Kapal akan berlabuh dalam masa 20 minit, Namun Elrah dan beberapa rakan yang lain sempat merakam momen terakhir bersama. Cahaya matahari pagi yang lembut memancar di wajah mereka saat sebuah kamera Polaroid mengabadikan kenangan itu.

"El!" Suara seorang lelaki memanggil dari belakang. Elrah menoleh, melihat Ben berdiri di sisi Elan. Ben menepuk bahu adiknya.

"Cakaplah, Elan," desak Ben perlahan.

Elan mengangkat wajahnya perlahan-lahan, sorotan matanya sarat dengan rasa bersalah. Dia menarik nafas panjang sebelum bersuara, nadanya berat dengan penyesalan. "I... Minta maaf, El. I tak patut buat you sampai macam tu. Kenapa you tak dakwa saja I?"

Elrah memandang Elan, senyum kecil terukir di bibirnya. Senyuman itu bukan sekadar tanda kemaafan, tetapi juga tanda bahawa dia benar-benar ikhlas memaafkan lelaki itu. "It's okay, Elan. Past is past. I tahu you tak sengaja buat macam tu. I maafkan you."

Elan tergamam, seolah tidak percaya pada kebaikan wanita di hadapannya. "You baik sangat, El. Patutlah abang I..."

Belum sempat Elan menghabiskan ayat, Ben pantas menutup mulut adiknya dengan tangan. "Enough, Elan," tegas Ben, wajahnya tiba-tiba memerah. Entah kerana marah atau malu, tiada siapa yang tahu.

Elrah tertawa kecil melihat gelagat mereka. "Thank you, Ben. You pun kawan yang baik."

Ben tersenyum tipis. 

"Aku harap kita akan berjumpa lagi. Jangan lupa kami kalau balik Malaysia," ucap Elrah

Natasha yang berdiri di sebelah Elrah menarik bahu wanita itu dalam pelukan hangat. "Betul tu. Beritahu saja, aku dengan El sampai."

Ben tersenyum seraya mengangguk.

Elrah mengangguk, rasa syukur menghangatkan hatinya. Dia tahu walaupun mereka berpisah hari ini, persahabatan mereka akan kekal terpahat dalam ingatan, sama seperti gambar Polaroid yang kini berada di tangannya.

Selepas itu, pengumuman dari kapten kapal bergema di seluruh dek, memaklumkan kapal telah tiba di destinasi. Selepas bersalaman dengan Saffaraz dan Hud, Ben dan Alan melangkah pergi.

"Dah, jom," kata Hud sambil menggenggam tangan Natasha, memimpin langkah mereka menuju keluar. Elrah dan Saffaraz mengikut dari belakang, suasana antara mereka sunyi. 

Namun, langkah Elrah terhenti. Dari jauh, dia lihat kelibat Superintenden Aminuddin berdiri dengan wajah tegang, tangannya bersilang di dada. Rasa gelisah menyelinap ke dalam dada Elrah, dan dia cepat-cepat mencari wajah Saffaraz, seolah-olah mengharapkan penjelasan.

"Macam mana ayah I boleh tahu? You ke yang beritahu?" bisiknya.

Saffaraz hanya mengangkat bahu, wajahnya tidak menunjukkan sebarang emosi. Melihat reaksi itu, Elrah mendengus kecil.

"Cik El, jangan salahkan orang lain kalau diri sendiri yang salah," sindir Saffaraz perlahan. Nada suaranya cukup untuk membuat Elrah mengetap bibir.

Semakin dekat mereka dengan Superintenden Aminuddin, semakin kuat debaran di dada Elrah. Dia menelan air liur, cuba menenangkan dirinya. Sebaik sahaja sampai, Elrah menghulurkan tangan untuk bersalaman, nasib baik ayahnya menyambut. Namun, ekspresi lelaki tua itu tidak berubah.

"El, ke mana kamu?" Superintenden Aminuddin bersuara, matanya tajam merenung anak gadisnya.

"Ayah, El..." Elrah tergagap, berusaha mencari alasan, tetapi gagal. Akhirnya, hanya kata maaf yang mampu keluar. "Maafkan El, ayah."

A S L A N  (COMPLETE) UNEDITED VERSION Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang