"El!" Jeritan Natasha memecahkan suasana, menghentikan perbincangan antara Elrah dan stafnya.
Sebaik sahaja Natasha muncul di muka pintu, dia tersentak. Matanya membesar apabila menyedari beberapa pekerja berada di bilik sahabatnya itu.
"Err... kau busy ke? Sorry ganggu," katanya sambil tersengih malu. Dia mula berpaling untuk keluar, tetapi langkahnya dihalang oleh Elrah.
"Tasha, tunggu kejap."
Elrah memandang stafnya. "We'll continue later. Let's proceed with what was discussed earlier. If there are no further questions, everyone can carry on with their tasks."
Neeta, salah seorang pekerja yang terlibat dalam perbincangan tadi, sempat menyakat Natasha.
"Cik Tasha, lain macam je energy hari ni. Ada apa-apa berita tergempar ke?" katanya sambil ketawa kecil.
Natasha tersenyum, tangannya menepuk lembut bahu Neeta. "Ada-ada je akak ni."
Setelah semua keluar, Natasha menghampiri Elrah yang sudah bersilang kaki di kerusinya.
"Ha, kau nak apa sampai terjerit-jerit tadi?" Elrah mengangkat kening.
"Kau ada dapat tak kad jemputan reunion batch kita?" Natasha mengeluarkan kad itu dari beg tangannya.
Elrah menjatuhkan kepala ke meja. "Pasal tu ke kau excited sangat?"
"Yelah, dah lama tak jumpa kawan-kawan sekolah kita," Natasha tersengih.
"Aku bukan tak excited, Tasha. Tapi kau dah lupa ke macam mana layanan mereka masa kita masuk sekolah tu dulu?"
Natasha terdiam. Fikiran melayang ke masa lalu ketika dia dan Elrah dihina hanya kerana mereka bukan berasal dari keluarga berada.
Paling pedih, selepas hubungan istimewanya dengan Danial diketahui, kebencian itu semakin membuak. Danial, yang popular kerana rupa paras dan cemerlang dalam pencapaian akademik dan kokorikulum, menjadi sebab dia dan Elrah sering dijadikan sasaran.
"Tasha... Natasha!" Panggilan Elrah mengembalikannya ke realiti.
"Kau dah sampai planet Uranus ke apa?" Sindir Elrah, membuat Natasha menjeling.
"Tapi aku rasa, elok juga kita pergi," sambung Elrah sambil tersenyum sinis. "Aku nak tengok macam mana si Zetty and the gang sekarang."
Mendengar nama itu, Natasha tertawa kecil. Siapa tak kenal Zetty, ratu drama sekolah yang sentiasa cari pasal dengan mereka berdua?
"Sama, aku pun curious. Mesti dia dah berubah... atau masih sama," dia berpadangan dengan Elrah sebelum melepaskan tawa.
"Tapi kau perasan tak? Tarikh reunion ni seminggu lepas kau kahwin dengan Hud. Kau okey ke?" Elrah memandang wajah Natasha yang tiba-tiba berubah.
Natasha melihat semula tarikh di kad itu. Betul, seminggu selepas perkahwinannya.
"Ha'ah lah. Kalau macam tu, aku kena bincang dengan Hud dulu."
"Ha Tasha, jangan lupa minta Hud datang sini bila dia free nanti, aku dah nak start buat baju bakal suami kau dan aku perlukan ukuran badan dia," kata Elrah
Natasha menganggukakn kepala.
Elrah memiringkan kepalanya, memerhatikan perubahan itu. "Eh, kau ni kenapa? Jangan buat hal, tiba-tiba tak jadi nak kahwin pula. Baju kahwin kau dah nak siap, tinggal enam minggu je lagi."
Natasha tersenyum hambar. "Aku tahu... Aku cuma... Perlukan masa. Kau sendiri tahu, El. Nak terima Hud sepenuhnya dalam hidup aku, bukan mudah."
Nada suaranya lembut, namun sarat dengan beban emosi.
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Aksi📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
