Menjelang Maghrib barulah Elrah terjaga. Haba daripada heating pad di perutnya masih terasa. Dia mengalihnya ke tepi, lalu menyelak selimut perlahan-lahan. Ruang bilik yang disinari cahaya jingga menyambut pandangannya.
Laungan azan berkumandang dari arah surau berhampiran, menyatu dengan bunyi ombak yang kedengaran seolah-olah betul-betul di belakang dinding rumah ini.
Elrah mengerut dahi keci'l. Di mana Saffaraz?'
Sempat juga matanya meneliti seisi bilik. Semua dekorasi bertemakan putih, dinding bercat dengan warna putih, perabot juga kebanyakkannya bewarna putih. Ianya kelihatan baru dan masih berbau cat.
Dia sampai di ruang tamu,kakinya menuju ke pintu gelangsar lalu pintu itu di tolak, angin bertiup masuk membuatkan rambut Elrah terikat beralun, rumah ini betul betul berhadapan dengan pantai. Mana Saffaraz jumpa rumah ni?
Sepasang tangan memeluk pinggangnya buatkan Elrah terkejut, namun bila bau minyak wangi menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya buatkan Elrah kembali tenang
"El suka tak dengan rumah ni?" Saffaraz bersuara, dagunya di rehatkan pada bahu Elrah
"Suka, mana you jumpa rumah ni?" tangannya naik mengusap lembut pipi jejaka itu
"Ini rumah keluarga saya" jawapan Saffaraz buatkan Elrah terkedu
"Rumah keluarga you?" soal Elrah
"Ermmm...cuma saya ubah suai rumah ni dan masukkan perabot baru," tenang Saffaraz menjawab.
Elrah terdiam. Cuba membaca wajah lelaki di sisinya, namun saat dia mahu berpaling sepenuhnya, tangan Saffaraz naik ke pipinya. Dengan lembut, wajah Elrah dipusing kembali menghadap laut
"Cantik, kan... langit waktu Maghrib?" bisik Saffaraz lagi.
Elrah mengangguk, membiarkan detik itu berlalu tanpa suara. Cahaya keemasan membasahi laut dan awan.
"Dulu, saya suka duduk tepi pantai tengok matahari terbenam," cerita Saffaraz. "Tapi umi selalu bising sebab saya balik betul-betul masa azan Maghrib." Mata Saffaraz terpejam, melepaskan kerinduan yang sarat mengunung.
"Abi memang tegas orangnya tapi bila dah dengar umi membebel, dia akan tenangkan umi dan suruh saya cepat-cepat pergi ambil wuduk."
"Sebab abi lah yang bawa saya tengok matahari terbenam dekat pantai, jadi saya dah terbiasa."
Saffaraz ketawa kecil bila mengingat kembali kenangan lama di mana umi menyalahkan abi kerana mengajarnya melihat matahari terbenam sampai waktu maghrib. Abi pula hanya tadahkan telinga kerana tahu kesalahannya.
"Macam mana... abi dengan umi meninggal?" tanya Elrah perlahan, berhati-hati. Dia tahu soalan itu sensitif. "Kalau you tak nak jawab pun tak apa, I faham."
Saffaraz terdiam seketika, nafas dihela perlahan. "Mereka meninggal masa nak ambil saya dari sekolah. Umur saya sembilan tahun waktu tu. Pemandu lori yang rempuh mereka waktu tu... dia microsleep."
Elrah menggeleng perlahan. Hatinya dihempap rasa simpati. "I'm sorry... I tak patut tanya."
Saffaraz memusingkan tubuh Elrah menghadapnya. Mata itu sudah mula merah, namun senyumannya masih ada. "Tak perlu minta maaf. Saya memang nak cerita pada Elrah... bila kita sampai sini."
ANDA SEDANG MEMBACA
A S L A N (COMPLETE) UNEDITED VERSION
Acción📢 akan ada sedikit perubahan jalan cerita dan proses edit semula akan mengambil masa yang agak lama jadi di minta agar para pembaca sabar menunggu. Elrah Rubeena | Insp. Saffaraz Aslan Saffaraz Aslan ialah seorang pegawai polis dalam unit Jabatan S...
