Gadis itu melihat pantulan dirinya di cermin,merasa ada benda yang tidak cukup terus lipstick dicapai dan dicalitkan sedikit di bibir merah bak delima miliknya.Setelah puas dengan penampilan dirinya,tas beg dicapai dan digantungkan di bahu sebelum melangkah keluar dari ruangan bilik tersebut.
Tangga yang menuju ke tingkat bawah dituruni,sambil-sambil itu mulutnya bernyanyi kecil.Sampai sahaja di meja makan.Tas beg
diletakkan di atas kerusi sebelah"Goodmorning abah."Kata Harleen cerai,tubuh abahnya yang sudah dimamah usai dipeluk erat.Lelaki tua ini lah yang menjaganya selama 25 tahun selepas kematian si isteri disaat melahirkan dirinya dan selama 25 tahun itulah dia tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu cuma kasih sayang seorang ayah dan abang sahaja yang dia rasai sampai sekarang.
"Goodmorning anak abah,awal betul bangun.Ada apa-apa yang penting ke?"Soal Encik Ahmad kepada anak bongsunya ini.Bila dilihat balik wajah Harleen sama seperti arwah isterinya sebab itulah jika dia rindukan sosok wanita itu wajah Harleen yang menjadi tatapan seharian.
"Haah..hari ini banyak tempahan bunga sebab tulah adik bangun awal."Terang Harleen sambil mencedokkan nasi goreng yang masih lagi panas.Masakan abah tidak pernah tak sedap,dia yang perempuan pun boleh kalah jika berlawan memasak dengan abah.
Harleen Delisha berumur 25 tahun dan bekerja di sebuah kedai bunga yang terletak di tengah bandar,hidupnya tidak senang seperti orang lain.Ibunya sudah lama meninggal selepas melahirkannya dan dia mempunyai seorang abang yang bekerja sebagai doktor.
"Abah tak makan ke?."Encik Ahmad hanya mengelengkan kepala bagi menjawab soalan dari puteri bongsunya itu.Pagi ini perutnya tidak terasa mahu menyentuh sebarang makanan hanya air kopi panas yang menjadi sarapan pagi.
"Abah dah kenyang,adik makanlah."Harleen hanya menganggukkan kepala lantas menyambung makan.Dalam masa yang sama Encik Ahmad ralit memerhati wajah cantik anaknya.Cara makan,cara bercakap semua sama seperti arwah isterinya.Lebih senang semua kelakuan Harleen meningatkan dia kepada seseoramg yang sudah pergi dan tidak akan mungkin kembali lagi.
Walaupun arwah isterinya sudah lama meninggal dunia,namun dia tetap tidak mahu berkahwin lain kerana kesetiannya hanya untuk arwah isteri sahaja.Padahal jika diikutkan,boleh sahaja dia berkahwin lain selepas isterinya pergi kerana pada waktu itu umurnya masih muda lagi.
"Abang tak balik ke?."Soal Harleen sambil menghirup air milo sekaligus mematikan lamunan Encik Ahmad
"Tak,katanya ramai pesakit dekat hospital sebab tu tak balik semalam.Kalau balik pun sekejap sahaja,adik fahamlah keadaan hospital macam mana.Kadang-kadang dalam sebulan abang tak pernah cuti."Gadis itu hanya menganggukkan kepala.Dia yang berada di rumah ini pun jarang boleh berjumpa dengan abangnya.Kadang-kadang sewaktu dia berkerja abangnya ada balik dan sewaktu dia cuti pulak lelaki itu bekerja.Jam di tangan dilihat sekilas sebelum bangun dan mengambil tas beg.
"Adik pergi dulu ye,dah lambat."Dia bergerak mendekati ke arah Encik Ahmad yang berada di hadapannya.Tangan abah dicapai dan disalam.Tidak lupa juga pipi abahnya dicium.Memandangkan dia anak bongsu jadi dia lebih manja sedikit.Oh silap bukan sedikit tapi banyak
"Hati-hati bawak kereta adik."Pesan Encik Ahmad dengan lembut.
"Iye,adik tahu.Abah pun jangan buat semua kerja rumah,biar balik nanti adik yang kemas.Abah duduk santai je."Sempat pesanan itu ditinggalkan sambil-sambil menyarung kasut di kakinya.Tudung bawal yang terletak di kepalanya dibetulkan.
"Iye abah tahu,memang itu yang selalu adik pesan sebelum pergi kerja."
"Eleh..abah bukan boleh percaya sangat,entah-entah bila adik balik.Semua kerja rumah abah dah buat"Encik Ahmad hanya tergelak mendengar bebelan puterinya itu.Macam makcik.Mana tak buat kerja rumahnya bila dah duduk bersahaja tak ada kerja nak buat.Jadi kemas rumah lah yang menjadi aktivitinya.Basuh baju,lipat kain,memasak.Semua itu dia boleh buat
"Adik pergi dulu..bye abah"Harleen melambaikan tangan sebelum meloloskan masuk ke dalam kereta Axia berwarna putih miliknya.Kereta yang dibeli selepas penat lelah berkerja di kedai bunga tersebut.
*****************************
"Goodmorning bonda."Ucap seorang jejaka
yang mempunyai wajah yang sangat tampan dan itulah punca utama menjadikan dia sebagai kegilaan gadis di luar sana.Lelaki itu melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan.Kelihatan sosok tubuh seorang wanita menghampiri meja tersebut."Goodmorning too along."Sahut wanita itu kepada anak sulungnya.Ku Gibran Aaden
"Mana ayahanda?."Soal Gibran selepas menyedari keberadaan ayahanda tiada di sini.Biasanya lelaki tua itu orang pertama yang bersarapan.Kalau dia lambat sedikit kerana mengambil masa yang lama untuk bersiap
"Ayahanda dah lama pergi kerja,ada meeting penting katanya."Gibran hanya mengangguk kepala lalu menyuap mee goreng yang sudah lama diletakkan di dalam pinggan.Suapan terus diteruskan walaupun menyedari tatapan tajam dari bonda.
"Semalam Gibran balik pukul berapa?."Soalan daripada Ku Fatimah membuatkan suapan Ku Gibran terhenti namun selepas itu dia menyambung kembali.Melihat respon selamba dari anaknya,kening diangkat sebelah bersama renungan tajam.Bukannya dia tidak tahu tentang perangai playboy anak sulungnya.
"Pukul 4"
Satu keluhan lemah terpancul keluar dari mulut wanita itu"Haihhh,sampai bila Gibran nak buat perangai macam ni?Kamu tu dah 25 tahun tapi tetap tak ubah perangai,nanti dah kahwin macam mana?."
"What!?Kahwin?"Jejaka itu sempat ketawa sekilas.Mungkin persoalan dari bondanya itu kelakar.Ye sangat kelakar!mana mungkin dia berkahwin kerana dia tidak pernah serius dengan mana-mana perempuan.Perempuan yang selama ini dia kenal,itu semua hanya hiasan sahaja.
"Gibran taknak kahwin dan Gibran takkan kahwin!."Tegas jejaka itu berkata,tidak pernah terlintas di dalam fikirannya untuk mendirikan rumah tangga.Prinsip kehidupan Ku Gibran ialah hanya untuk kerja,sosial dan berseronok.Cukup itu sahaja!
"No!Gibran kena kahwin,Gibran harus kekalkan generasi di dalam keluarga kita!Adik you yang baru berumur 23 dah kahwin siap dah ada anak.Takkan Gibran taknak kahwin,taknak ada anak."Ujar Ku Fatimah dengan keras dan tegas.Memang anak keduanya sudah berkahwin dengan pilihannya sendiri dan pasangan anak keduanya itu ialah dari orang berada dan sama taraf dengan mereka.
Gibran memutarkan mata ke atas,bosan apabila bercakap tentang topik ini.Asyik-asyik bandingkan dirinya dan adiknya.Ku Gazwa yang baru berumur 23 tahun tapi sudah mempunyai seorang anak perempuan.
"Sebab ni lah Gibran malas nak balik dekat sini,semak lah!."Jejaka itu mengambil blazer yang terletak di kepala kerusi lalu bangkit menuju ke arah pintu.Berura-ura mahu berangkat ke kerja.
"Ku Gibran!Bonda tak habis cakap lagi you dah nak keluar.Apa nak jadi ni?!Kenapa perangai kamu bukan macam adik kamu tu!"Tempikan Ku Fatimah langsung tidak berbekas di hatinya.Hati Ku Gibran ibarat batu yang keras.Ibarat dia menutup kedua belah telinga,tidak mahu bebelan Ku Fatimah masuk ke dalam dirinya.
"Malam ni Gibran tak balik dekat sini,Gibran tidur dekat kondo Gibran."Katanya tanpa mahu mendengar bantahan dari bonda.Lantas dia membolos masuk ke dalam perut kereta Audi R8 miliknya.Tidak lama kemudian kereta itu meluncur keluar dari perkarangan banglo mewah tersebut.
Kuat kedengaran enjin kereta tersebut apabila Ku Gibran tidak habis-habis menekan minyak.Itu bermakna dia sedang marah.
Sakit telinga jika dia masih duduk disitu dan mendengar bebelan dari bondanya.Tidak habis-habis bercakap tentang topik kahwin lepastu suka bandingkan dia dengan Ku Gazwa.Cakap Ku Gazwa baik dan bertanggungjawab.
Di keadaan lain pulak,Ku Fatimah merengus kasar.Itulah sikap sebenar anak sulungnya.Degil,keras kepala,playboy.Dia pun sudah pening memikirkan cara untuk mengubah sikap anaknya itu.Bermacam-macam cara dia sudah lakukan.
Nasihat?hm sudah berbuih mulutnya menasihati anaknya namun tidak berjalan jua.Dia pun malas membebel panjang-panjang,Gibran sudah besar.Boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...