Dalam pada dia mengatakan benci,hakikat
sebenar masih ada sedikit rasa sayang cuma
takut untuk diluahkan.Apa yang pernah
lelaki itu lakukan masih menjadi memori hitam bagi Harleen.Takut untuk mencintai seseorang yang halal untuk dia cintai gara-gara trauma.Walaupun tika ini,Ku Gibran masih tidak pernah berhenti meraih kepercayaannya.Dalam pada itu juga,Harleen cuba menerima setiap perubahan dalam hubungan mereka.
Setidak-tidaknya,Ku Gibran masih belum
lupa tanggungjawabnya sebagai suami.
Apatah lagi,bila kandungan Harleen sudah sarat.Meskipun sibuk menguruskan hal syarikat.Setakat ini,keperluan harian Harleen tidak pernah berkurang.Bahkan..
Sekiranya,dia perlu menghadiri mesyuarat penting sehingga membuatkan dia terpaksa pulang lewat malam.Harleen akan dihantar
sama ada ke rumah Bonda ataupun rumah
adik iparnya.Mustahil untuk Ku Gibran membiarkan isterinya tinggal di kondo seorang diri.
Ting...
Telefon yang sengaja dia letakkan di
atas riba mula berdenting.Bukan sekali
sebaliknya berkali-kali.Sekaligus membawa
maksud bahawa ada pesanan yang perlu dia balasa segera.Tidak menunggu sesaat pun,gajet canggih tersebut laju dicapai.Dahi Harleen kemudiannya kelihatan
mulaberkerut-kerut.Pun begitu,pesanan
Ku Gibran tetap dibaca.Gibran
-Sayang.Tadi sebelum balik,abang
ada singgah satu kedai ni.Banyak
sangat mainan yang diorang jual.
Dan,abang TERbeli satu anak patung.-Awak beli apa lagi,Gibran?
Dia ni suka sangat membazir.Dalam bilik kita banyak lagi mainan yang belum buka.Gibran
-Abang beli itu.Untuk baby kita juga nanti.Sayang jangan marah tau.Okeylah sayang.Abang dah nak balik ni.Bye❤️
Apa lagi yang boleh dia katakan melainkan sskadar mengelengkankepala.Sudah berbuih mulut dia menasihati suaminya supaya tidak membazir.
Namun,Ku Gibran tetap Ku Gibran.Masih membeli dengan menggunakan alasan anak.
Sementara menunggu kepulangan suaminya,
dia kembali menyambung melipat pakaian sehingga..."Sayang..Abang dah balik."Di sebalik pintu bilik,muncul satu susuk tubuh lelaki.Masih kemas berkemeja.Rambut juga terlihat rapi dijaga.
Di tangan pula,terdapat satu anak patung hamster.Lelaki tersebut datang menghampiri
isterinya."Awak.."Huluran si suami disambut lalu dibawa ke riba.Dekat dengan perut.
Ku Gibran masih senyum.Dahi Harleen dikucup lama sebelum dia baring di atas
katil.Pinggang Harleen dipeluk dari tepi.Seharian berada di pejabat memang sangat memenatkan.Bagaimanapun,segala penat
lelahhilang sebaik tiba di rumah.Berada di rumah dan mempunyai privisi sendiri ianya menambahkan lagi keselesaan.
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...