Pintu dikuak perlahan.Selepas selesai aktiviti bersama Betty,Harleen terus pulang tanpa singgah di mana-mana tempat lagi.Ketika ini sudah terbayang-bayang di fikiran tempat tidurnya.
Enaknya kalau dapat berbaring,lebih-lebih lagi seluruh anggota badan terasa sangat lenguh.
Disebabkan tengah hari tadi,beberapa stok bunga telahpun dihantar.Jadi sehari suntuk mereka berdua mengemas dan menyusun kesemua stok tersebut seperti biasa.
Tidak cukup dengan kepenatan di tempat kerja.Harleen dikejutkan pula dengan sikap suaminya.
Bukannya semakin berkurang lelah di badan tapi semakin bertambah pula.Melihat cara layanan dan sikap Ku Gibran,satu perkara terlintas di benak fikiran iaitu...
Dirinya ini tidak ubah seperti sebuah patung.Dilayan seperti dia tidak mempunyai hati dan perasaan.
Bahkah cinta tulus Harleen juga ibarat satu perkara tidak bermakna bagi lelaki itu.Mungkin pada dasar pemikiran suaminya masih teringat kejadian beberapa bulan yang lepas.
Kejadian yang dianggap terjadi kerana helah Harleen sendiri..
"Baru tahu jalan balik ke rumah ke?Ataupun sekarang kau dah anggap rumah aku ni macam hotel.Boleh keluar masuk sesuka hati."Kira-kira baru hendak menuju ke bilik tidur,satu suara kasar menyapa halwa telinga.Bukan sahaja kasar malahan kedengaran seperti berdengus-dengus.
Tidak perlu menyoal lagi cuma perlu mencari sahaja di mana susuk tubuh tuan empunya badan sahaja.Sehinggakan anak mata mula tertangkap satu bayangan berada di ruang tamu.
Memandangkan reka bentuk ruang tamu rumah ini dilindungi satu dinding besar sekaligus nampak lebih tersorok.
Itu membuatkan Harleen tidak perasan bahawa di ruang tamu tersebut sudah ada penunggu.
Bersama sisa nafas yang sudah seperti kehabisan di udara,Harleen datang menghampiri.Dan ketika ini jugalah tangkal hati rasa nak terlerai dari anggota badan hanya kerana gementar berhadapan Ku Gibran.
Dia sendiri dapat rasakan mood lelaki itu berubah bertukar menjadi angin monsun.
"Maaf awak.Hari ini banyak kerja yang perlu diselesaikan sebab tulah saya balik lebih lewat dari hari biasa."Jawab Harleen.Seperti biasa intonasi suara masih lembut dan tiada tengkingan ataupun bahasa kasar digunakan.
Keputusan juga diambil bahawa tidak akan memberitahu tentang persinggahan di mall yang turut sama disinggah oleh Ku Gibran.
Harleen malas mahu memanjangkan perkara ini sebenarnya.
Birai bibir tersenyum senget.Tangan dibawa ke dada dan dilipat.Dia mendongak melihat wajah yang kurang jelas pada pandangan mata dek kerana Harleen menundukkan separuh wajahnya.
Terkejut juga bila tiba di rumah dan mendapat tahu Harleen masih belum pulang.Awalnya Ku Gibran bercadang mahu mencari isterinya namun terbatal selepas tersedar suatu perkara..
Kenapa dia perlu keluar mencari Harleen sedangkan selama ini tidak pernah sekalipun dia ambil tahu tentang gadis itu.Sudahnya dia hanya menunggu di sofa.
"Tch...Kau tak boleh beri alasan yang lebih bernas ke Leen?Entah-entah apa yang keluar dari mulut kau cuma alasan aje.Kerja penting apa yang ada di kedai murah tu sampai kau boleh terlupa waktu balik?."
Sinis dan langsung tiada perikemanusian soalan tersebut.Tangan disisi sudah digempal kemas.Pandangan tidak lagi dijatuhkan sebaliknya diangkat tinggi.
Wajah lelaki yang sudah menghina tempatnya mencari rezeki ditatap penuh benci.Jika sudah dilahirkan dari lubuk emas memang mudah menghina kedai seperti itu.
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...