bab 14

15.2K 616 7
                                    

Berkerut-kerut dahi Encik Ahmad.Sebaik sahaja tiba di ruang tamu,pemandangan disajikan dengan perubahan aneh puteri bongsunya itu.Dari awal lagi dia perasan akan perubahan drastik Harleen.Buktinya,ketika mereka sedang makan bersama Harleen tersengih seorang diri.Bila nama Harleen diseru,gadis itu tidak menoleh langsung malahan menyahut pun tidak.Ingatkan bila dia masuk ke dalam bilik semula untuk menunaikan solat dan kembali semula bolehlah melihat perubahan yang baharu tapi hampa.Sama seperti tadi,Harleen sedang tersenyum seorang diri.

Kepala digaru-garu,sebelum langkah diatur perlahan.Mendekati ke arah anaknya yang sedang duduk di atas sofa seorang diri.Pada waktu ini hanya dia dan Harleen sahaja berada di ruangan ini.Anak sulungnya pula masih berada di dalam bilik.Barangkali sedang tidur.

"Adik."Seru Encik Ahmad selepas melabuhkan duduk di sebelah Harleen.Masih tiada sahutan.2 kali dia menyeru tapi masih sama.Harleen ni buat-buat tak perasan atau memang tak perasan.Dia yang selalu menonton Tv pun akan tersedar bila mana ada seseorang duduk di sebelahnya.

Kemudian bahu Harleen disentuh perlahan tetapi apa yang membuatkan dia terkejut ialah reaksi Harleen.Tidak boleh mengambarkan reaksi gadis itu macam mana.Walhal dia hanya menyentuh bahu sahaja bukan menyergah secara mengejut.

"Abah,terkejut adik.Kenapa sergah adik macam tu?"Soal Harleen seraya memegang dada.Diurut perlahan.Terkejut bukan main lagi apabila abah menyentuh bahunya.

"Adik tu yang dah kenapa?Dari tadi lagi abah perasan adik tersenyum sorang-sorang bila abah panggil tak menyahut pulak padahal duduk bersebelahan aje"Suara lelaki tua itu seperti tidak berpuas hati akan tuduhan Harleen kepadanya.Dia pula yang dipersalahkan,padahal sudah terang lagi memang Harleen tidak perasan akan kehadiran dirinya.

Terkatup terus bibir selepas abah menyedari perubahan dirinya.Kepala digaru-garu.Muka tidak bersalah ditayangkan.Ini nasib abah sahaja yang ada kalau abang sulungnya ada sekali.Memang bengkak telinga mendengar bebelan daripada lelaki itu.

"Heheheh,takda apa-apa lah."Nafi Harleen sambil tersengih-sengih malu.Ada sebab kenap dia menjadi seperti ini.Ini semua kerana angkara Ku Gibran.Entah macam mana fikirannya teringat akan lelaki itu.Wajah,senyuman Ku Gibran seolah-olah menjadi memori indah di dalam kotak pemikiran.Tapi tidak mahulah dia memberitahu abah sebab dan kenapa dia menjadi seperti ini.Nanti habis disoal.

Tergeleng-geleng kepala Encik Ahmad melihat perangai anaknya itu.Sama seperti arwah isterinya.Tidak boleh tinggal langsung nanti mesti masa dihabiskan dengan duduk termenung.Selain itu Harleen juga mewarisi sikap manja dan mudah menangis seperti arwah.Secara tak langsung hati kecilnya terasa pilu.Teramat rindu kepada seseorang yang tidak akan kembali lagi.

Jika lelaki lain pasti akan mencari isteri baru selepas kematian isteri pertama tetapi tidak baginya.Pintu hati sudah tertutup rapat untuk wanita lain.Walau apa pun orang di sekeliling bercakap buruk tentang dirinya.Dia akan tetap setia kepada arwah.Tiada sesiapun boleh mengantikan bidadari syurganya.

"Tadi cakap Leen suka termenung tapi sekarang abah pulak yang termenung"Perlian Encik Ahmad kepadanya dikembalikan semula.Patutlah soalan Harleen tidak dijawab.Bila pandang kanan,baru dia tahu yang abah sedang termenung.Tapi melihat renungan abah,Harleen dapat merasakan perasaan sayu di hati.

Namun Encik Ahmad hanya tersenyum nipis

"Takda apa-pun,cuma abah rindukan ibu kamu aje.Kalau dia ada dekat sini pasti kami berdua sedang bergelak ketawa.Dah bertahun-tahun abah tak dengar suara ketawa ibu.Kali terakhir abah dengar ialah sejam sebelum ibu melahirkan Leen.Ibu pernah berpesan kepada abah supaya menjaga Leen dengan baik,bagi didikan agama yang secukupnya dan ketika itu abah hanya mengeyakan sahaja.Sebab sebelum ini ibu selalu memperingatkan abah akan pesanan itu.Tapi siapa sangka pesanan itulah kata-kata terakhir ibu sebelum dia tinggalkan kita untuk selamanya."

Mrs Gibran Where stories live. Discover now