Sampai sahaja di kondo yang kini menjadi tempat tinggalnya kereta Axia diparking di tempat disediakan khas kepada penghuni kondo ini.Sejurus itu Harleen melangkah
keluar lalu bergerak ke belakang.Pintu bonet dibuka.Segala barangan basah dan kering dikeluarkan.Semua barangan ini dibeli dan dibayar menggunakan duit sendiri oleh kerana lelaki itu langsung tidak menghulurkan duit walaupun sedikit.Lagipun Ku Gibran sendiri tiada pun menyuruh melakukan semua ini cuma itulah..
Dari kecil sehingga meningkat dewasa Harleen dibesarkan oleh seorang ayah penyayang dan baik.Setiap kali Harleen menemani abah memasak pasti lelaki itu akan selalu berpesan kepadanya apabila sudah berkahwin jangan biarkan dapur kosong.
Rajinkan diri untuk memasak walaupun tidak disuruh dan sehingga kini kata-kata tersebut masih tersimpan elok di dalam kotak fikiran.
Tanpa mengenal erti penat lelah semua yang sudah dikeluarkan baru dibimbit dan dibawa pulang.Butang lif ditekan.Hampir 5 minit menunggu akhirnya pintu besi itu terbuka juga.
TING
Usai berdiri di dalam lif seorang diri tiba-tiba fikiran terawang-awang tentang satu perkara.
Sampai bila dia harus berada di dalam keadaan seperti ini.Di mana Ku Gibran langsung tidak boleh menerima status sebenar mereka.Bukan suaminya sahaja malahan ibu mentuanya sekali.Harleen tidak tahu apa kekurangan dirinya hingga mereka berdua tidak boleh menerima.Adakah kerana dia seorang gadis miskin?
Di dalam keluarga itu hanya Ku Ghazli,Ku Gazwa dan Ku Sarah sahaja boleh menerima kehadirannya.Bagi Harleen itu sangat tidak adil jika diikutkan antara penerimaan keluarga Harleen terhadap Ku Gibran.Memang awalnya abah dan abang susah dan marah kepada mereka berdua namun lama-kelamaan mereka sendiri melayan Ku Gibran dengan baik sekali.Sudah dianggap suaminya sebagai anak sendiri.
Lamunan Harleen terhapus selepas pintu lif terbuka.Tidak menunggu lagi,lorong menuju ke rumah suaminya dilalui oleh gadis ini.
Sejurus itu pintu grill yang terkunci dibuka mengunakan kunci pendua.Percaya atau tidak Ku Gibran sendiri yang memberikan kunci ini kepadanya.Kata Ku Gibran itu kerana mahu memudahkan Harleen jika isterinya pulang awal dari kerja.Seperti biasa percakapan lelaki itu masih kasar.
Sewaktu memberikan kunci itu dilempar sahaja.
Kemudian langkah diaturkan ke arah dapur.
Tiga beg plastik diletakkan di atas meja terlebih dahulu dahulu.Melepaskan lelah tanpa melabuhkan duduk di kerusi.Termengah-mengah dia buatnya apabila terpaksa membimbit plastik tersebut dari bawah hingga ke atas.Walaupun ada saat menggunakan lif tetapi ketika berjalan itu tetap menggunakan tenaga juga.Pada mulanya Harleen berniat mahu berehat dan mengambil nafas baru di sofa namun terbatal selepas teringat akan arahan suaminya.
Memandangkan malam ini mereka mempunyai makan malam di rumah ayahanda jadi tidak perlulah dia kalut mengemas semua barangan ini.Masih banyak waktu yang tersisa sementara menunggu kepulangan Ku Gibran.
Entah-entah sempat satu rumah ini dia dikemaskan.
*************************
Belum sempat pintu rumah dibuka,kedengaran satu dentingan terhasil dari telefon bimbitnya.
Pasti ada pesanan yang masuk.Tangan terus diselukkan ke dalam poket mengambil gajet tersebut.Ingatkan mahu membiarkan sahaja namun perasaan ingin tahu semakin membuak-buak.Padahal boleh sahaja dibaca selepas masuk ke dalam rumah.
Serra❤️
I miss you sayang,malam ni you free tak?Mesej ringkas tersebut dibaca bersama satu senyuman lebar.Ye,mereka berdua sudah kembali seperti dulu lagi.Selepas pemergian Serra agak lama Ku Gibran berfikir sehingga memutuskan untuk menelefon gadis itu.Dia sendiri yang menyambung kembali hubungan tersebut.Memang diakui bahawa perasaan sayang terhadap gadis itu masih tersemat di hati.
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...