bab 39

17.4K 813 90
                                    

"Terima kasih Dato kerana sudi berkerjasama dengan syarikat kami.Saya berjanji bahawa syarikat kami akan memberikan kerjasama yang paling terbaik dan kami tidak akan kecewakan harapan Dato."

Selesai juga perjumpaan bersama Dato Syukri.Salah seorang CEO syarikat terkemuka di bandar ini selain daripada syarikat Ku Gibran.Usai itu mereka berdua berjabat tangan.Erat dan kemas.

Satu senyuman terukir.Puas..

Setelah berhempas-pulas menyiapkan kertas kerja bagi dihantarkan kepada lelaki berusia ini,akhirnya mendatangkan hasil jua.Bukan itu sahaja usahanya.

Salah satunya memberi sepenuhnya keyakinan terhadap Dato Syukri supaya lelaki ini boleh percayakan setiap usaha dirinya.

Alasan kenapa dia terlalu inginkan projek ini kerana projek ini sangat mendatangkan untung besar.Selain itu tawaran ini juga menjadi rebutan ramai.

Mana mungkin Ku Gibran akan membiarkan sahaja sementelah lagi semua orang sudah mengenali akan bakat dirinya di dalam bidang ini.

Sudah dari dulu lagi menjadi prinsip hidupnya.Apa yang dia mahu pasti dia akan dapat.

Tidak kira susah macam mana sekalipun!

"Sama-sama Ku Gibran.Bukan awak sahaja yang patut berterima kasih.Saya turut berterima kasih kepada awak kerana sudi bergabung tenaga bersama kami.Memang dari awal lagi harapan saya agar projek ini diuruskan oleh syarikat awak.Maklumlah semua pengarah syarikat lain terkejar-kejarkan awak.Siapa aje yang tidak gembira bila CEO muda terkenal bergabung bahu."Jelas Dato Syukri yang turut berasa puas.Hakikat sebenar bukan lelaki muda ini sahaja berasa puas.

Ini kerana syarikat keluarga Ku Ghazli ialah salah satu syarikat terbesar dan tidak pernah mengecewakan ditambah pula kerusi besar syarikat sekarang dipegang oleh putera sulung Ku Ghazli.

Ku Gibran anggukkan kepala.Hati sudah melompat kegembiraan.Telinganya sudah kalis mendengar setiap pujian.Siapa aje yang tidak kagum jika berurusan dengannya.

Dia bukanlah seorang yang akan mengambil mudah tentang perkara seperti ini.Sebelum memilih mana-mana projek pasti akan diteliti latar belakang syarikat tersebut.

Mana mahu dia bekerjasama bersama syarikat bermasalah.

"Kalau macam tu apa kata kita makan dulu.
Dari tadi lagi kita belum menyentuh apa-apa makanan.Mesti Dato lapar."

Pelawa Ku Gibran ramah.Dua jam masa diambil bagi berbincangkan tentang perkara ini tanpa menyentuh sedikit makanan pun.

Sekadar air mineral dijadikan pembasah kerongkang.

"Eh takpa-takpa.Tak perlu susah-susah sebab saya pun kena balik sekarang ni.Maklumlah sudah ada cucu,haruslah pulang awal."Tolak Dato Syukri lembut.Bukan sengaja mahu menolak tawaran Ku Gibran tetapi baginya makan masakan isteri dan lebih enak berbanding masakan kedai.

Masa juga tidak dibuang begitu sahaja sebaliknya dihabiskan bersama keluarga.

"Hm..kalau itu cakap Dato,saya tak boleh paksa lagi tapi jika hari lain Dato mempunyai masa lapang bolehlah kita berjumpa lagi."

Sebelum Dato Syukri melangkah keluar dari cafe yang Ku Gibran jadikan sebagai tempat berjumpaan mereka.Sempat ucapan terima kasih dilontarkan sebelum pemergian lelaki itu dihantar melalui pandangan mata.

Kini yang tinggal hanyalah Ku Gibran seorang diri.Jam tangan dikerling sekilas.Baru pukul 5.00 petang.Jika dikira-kira memang sekarang dia sudah dibenarkan pulang tanpa perlu kembali ke pejabat tapi cuma malas sahaja.

Pulang pun bukan boleh melakukan sebarang pekerjaan.Semenjak mendirikan rumah tangga,jarang sekali Ku Gibran pulang lewat malam.Tidak seperti dulu lagi.Kini selepas tamat waktu bekerja terus kondo menjadi destinasi utama.Sejauh mana pun dia berlari, wajah Harleen juga menjadi sapaan mata.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now