Suasana di taman tersebut tidaklah sibuk dan riuh seperti waktu petang yang akan menyusul beberapa jam lagi.Orang yang datang berjogging pun tidak ramai mana.Mungkin kerana waktu sebegini masih ramai yang menghabiskan waktu bercuti dengan tidur sepuasnya.Bila sudah masuk minggu berkerja,bangun pagi pun mesti awal.Daun-daun pokok bergoyang ke kiri dan kanan dek kerana tolakan angin.Ada juga beberapa helai daun kering yang mula gugur dan akhrinya terjatuh di tanah.Matahari mula muncul.
Cuaca yang sangat tepat untuk melakukan aktiviti pagi.
Dan tepat pada waktu itu jugalah kereta milik Ku Gibran muncul di sebalik jalan raya.Masuk ke dalam kotak parking.Penghuni di dalam kereta tersebut juga turut sama mula melangkah keluar.Sebaik sahaja pintu dikatup kemas.Bebola mata dapat melihat beberapa buah basikal yang ditunggang oleh sekumpulan lelaki berada di hujung sana.
"Jomlah akak,kita pergi jogging.Yana dah tak sabar ni."Tangan Harleen ditarik-tarik oleh budak kecil itu.Dari dalam kereta lagi Ku Ayana tidak henti-henti mengatakan yang dia tidak sabar untuk berjogging.Untung juga dengan kehadiran Ku Ayana kerana boleh menghilangkan suasana sunyi antara dia dan Ku Gibran.Mahu menunggu Ku Gibran dan Harleen berbual.Hmmm
"Yana sabar lah dulu,kesian akak tu."Tegur Ku Gibran.Dari tadi lagi dia hanya memerhati segala tindakan anak buahnya.Bukan mahu marah tetapi risau jika Harleen tidak selesa dengan Ku Ayana.Bukan semua perempuan menyukai budak-budak.Ada yang kata rimas.Ada yang kata budak-budak ini menyusahkan.Contohnya bekas kekasihnya.Di depan Ku Gibran berlagak baik tapi di belakang macam syaitan bertanduk 10.
Hampir tercetus ketawa Harleen melihat wajah murung Ku Ayana tatkala ditegur sebegitu.Kemudian tubuh bersaiz kecil itu didukung.Ringan sahaja tubuh Ku Ayana dan kerana itulah senang untuk dia mendukung.Kalau berat..Memang patah tulang belakang jawapanya.Berat badan yang sangat sesuai dengan umur Ku Ayana.
"Sebelum kita pergi jogging.Kita kena panaskan badan dulu.Nanti kalau kita tak panaskan badan.Selepas berjogging kaki kita akan rasa sakit."Harleen menerangkan tentang fakta-fakta benar.Jika kita tidak melakukan sebarang aktiviti memanaskan badan sebelum bersukan itu sangatlah berbahaya.Ini kerana urat di dalam badan akan menjadi seolah-olah mendapat satu kejutan besar.Contoh akibat yang bakal ditimpa ialah kaki akan terkejung ataupun terseliuh.
Sekurang-kurangnya kita harus melakukan aktiviti panasan badan.Ringan-ringan sahaja sudah memandai.
Ku Ayana mengangukkan kepala.Sebaik sahaja Harleen menurunkan dirinya terus dia melakukan aktiviti yang seperti Harleen beritahu.Bermula dengan menarik nafas dan lain-lain.
Sama seperti Ku Ayana.Harleen juga turut sama melakukan perkara tersebut.Hanya sekejap kerana malu dengan Ku Gibran dan satu lagi sebelum Ku Gibran datang menjemput.Dia sudah melakukan perkara itu.
"Dah jom,nanti ramai pula orang."Kata Ku Gibran.Kelihatan lelaki itu sudah siap memakai satu topi di kepala.Topi yang selalu digunakan oleh orang ramai ketika berjogging namun sekarang trend memakai topi sudah tersebar luas.Ada yang memakai hanya untuk mengambil gambar.Tidak lupa juga dipakaikan kepada Ku Ayana.Itu kerana mahu menghalang cahaya matahari terkena wajah mereka berdua.
Harleen pula memandang gerak geri lelaki itu,jujur dia katakan sikap Ku Gibran ialah sikap seorang lelaki gemar kepada budak-budak.Melihat cara dia melayan Ku Ayana sahaja sudah dapat membuat kesimpulan sendiri.Tidak pernah bercakap kasar seperti lelaki itu bercakap dengan dirinya.Kebersihan Ku Ayana juga dijaga baik.Melihat satu habuk yang melekat di baju Ku Ayana sahaja sudah boleh membuatkan Ku Gibran membebel seperti emak-emak.
"Kau tak ada topi ke?."Soal Ku Gibran kepada gadis yang tidak berkelip memandang perlakuan dirinya.Diam je dari tadi.Bisu ke apa?ataupun Harleen terpukau dengan gaya dia memakai topi berwarna hitam ini.
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...