Sepantas kilat dakapan erat mereka dilepaskan tatkala satu bunyi menyapa gegendang telinga.Serentak dua kepala menoleh ke belakang.
Berderau segenap wajah Ku Gibran.Tubuh Serra ditolak daripada terus berada di atas riba.Rasa takut kian menjalar di seluruh tubuh.Ku Gibran menjadi resah.
Setiap pergerakan tubuhnya tidak ubah seperti seorang suami ditangkap kerana curang.
Suasana bertukar hening bahkan menyesak dada.Ku Gibran menatap reaksi isterinya.
Mata redup.Kelopak mata berkelip perlahan.Sinar mata juga kelihatan begitu sayu.
"Leen."Perlahan malah antara dengar tak dengar sahaja seruan tersebut.
Ku Gibran betul-betul terkejut dengan apa yang berlaku.Tidak terfikir bahawa Harleen akan muncul di tingkat ini.
Ingin mendekat tapi entah kenapa langkah kaki terasa sangat sukar walhal jarak mereka berdua bukan jauh mana.Manusia di sebelah Ku Gibran pula mula melorek senyuman kemenangan.
Tidak sabar mahu menonton drama yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Sedari tadi hanya menatap suaminya kini pandangan dialihkan.Buat seketika Harleen tersentak.Debaran menyelimuti dada.
Terpanar dia melihat wajah gadis itu.
Gadis sama yang Harleen temui di mall malah gadis ini jugalah manusia yang datang ke kedainya beberapa bulan yang lepas!
Harleen masih diam.
Otak cuba mencerna semuanya.Selang tiga minat,Harleen cukup yakin bahawa tekaan nya benar.Tidak silap lagi.
Oleh kerana terlalu geram.Fikiran warasnya tidak dapat dikawal lagi.Tindakan drastik Harleen buatkan Ku Gibran sendiri terkedu.
PANG....PANG
Bukan satu sebaliknya dua.Dua tamparan hinggap di wajah Serra.Melihat senyum mengejek Serra ianya makin menambahkan rasa benci.
Rasa benci yang sudah sekian lama Harleen pendam.
"Kurang ajar punya perempuan!Kenapa kau tampar aku?!"Kedua-dua bahu Harleen ditolak kasar.Belum pernah Serra merasai kesakitan seperti sekarang.
Harleen sekadar menjuih bibir.
"Leen!Apa yang kau buat ni?!Tolong hormat tetamu aku!Kau tak pernah kenal Serra dan Serra juga tak pernah kenal kau.Berani kau tampar dia!"Melengking keras Ku Gibran ketika itu.
Pipi kanan Serra diusap lembut.Seolah-olah dengan usapan itu,mampu menghilangkan kemerahan di pipi kekasih hatinya.
"Kalau awak nak saya hormatkan dia.Saya takkan buat selagi dia belum mengaku apa kesalahan yang dia lakukan terhadap kita berdua."Tegas malah langsung tidak tergagap tutur kata Harleen.
"Mengaku kesalahan apa?Boleh tak kau jangan putar belit cerita!Setahu aku tiada sesiapa pun yang tahu aku dah berkahwin termaksud Serra sekali."Terkacip-kacip gigi.Menahan geram.
Tch,kalau sehari tak buat masalah memang tak sah!Harleen ialah satu-satunya manusia yang suka membuat onar.
"Awak tahu tak perempuan yang awak sayang sangat ni datang ke kedai saya beberapa bulan lepas.Dia datang bukan dengan niat kosong tau tapi datang dengan hati busuk,kotor!
Apa yang berlaku pada malam itu semuanya kerana perempuan ini!Dia yang beli bunga dan dia juga yang arahkan saya supaya hantar di satu alamat.."
Jeda sebentar..
Masing-masing diam.Menunggu lanjut kata Harleen.
"Awak masih tak nampak lagi ke Gibran?Punca sebenar perkahwinan kita terjadi ada di depan mata awak.Mata awak buta ke sampai tak boleh lihat permainan perempuan ni..."
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...