Selesai makan malam,mereka semua memilih untuk berkumpul di ruang tamu.Ku Fatimah sangat terkejut bila lauk yang dimasak habis licin.Langsung tidak meninggalkan sisi.Tentu saja dihabiskan oleh Harleen.Menantunya itu lebih gemar meratah lauk hinggakan naik risau Ku Gibran dibuatnya.
Berkali-kali Ku Gibran menyuruh Harleen berhenti makan.Tetapi,Harleen tetap sama.
Sudahnya,Ku Gibran sekadar membiarkan.Ku Fatimah juga begitu.Sekadar diam
dan lebih gemar memerhati.Setiap wanita mengandung mempunyai emosi yang tersendiri.Ada yang tidak selera makan
dan ada juga yang terlebih manja.Bagi Harleen pula,lain.Lebih tepat,wanita itu bijak dalam mengawal emosi.Lihat sahaja sewaktu Harleen mengidam.Ibu muda itu lebih memilih untuk mendiamkan diri.
Ku Fatimah buang senyum buat kesekian kalinya.Anak mata tertancap ke satu arah.
Gembira dia melihat cara layanan Ku Sarah terhadap kakak iparnya.Walaupun,lebih muda.Sikap bahkan pemikiran Ku Sarah jauh lebih matang dari usianya.Malu jika dibandingkan dengan sikap lamanya."Bonda termenungkan apa tu?"Suara halus
seseorang mengembalikan wanita itu kepada situasi sebenar.Pandangan dikalihkan ke sebelah kanan.Pun begitu,riak wajahnya masih tidak berubah.Tersenyum manis."Takde apa-apa pun.Cuma,Bonda mula terbayangkan wajah cucu Bonda yang akan lahir tak lama lagi."Pandangan jatuh ke arah perut Harleen.Sengaja dia tidak memberitahu perkara sebenar.Elok disimpan untuk dirinya saja.
Harleen pada mula hanya sekadar mahu bertanya terus menjadi semangat.Senyuman makin lebar.Tika itu,dia merasakan yang dia sudah mempunyai teman untuk berkongsi cerita.Ditambah pula,orang itu ialah ibu mentuanya sendiri.
"Leen pun tak sabar nak tunggu baby
keluar.Nak rasa pengalaman jaga anak
sendiri.Maklumlah,selama ni Leen tak pernah merasa jaga bayi yang baru lahir."Keterujaan bakal menjadi seorang ibu tidak dapat dia terangkan melalui lisan.Pengalaman paling mencabar baginya."Akak dah tahu jantina bayi?"Ku Gazwa
yang berada di hadapanya menyoal.
Seketika,Harleen mengelengkan kepala."Belum lagi.Kebetulan,esok memang akak kena pergi check up dekat klinik.Jadi,akak ingat nak tanya jantina baby sekali.Dan esok juga,akak rancang nak beli barang-barang baby."Sengaja dia membuat keputusan untuk
tidak ambil tahu soal jantina bayi pada fasa pertengahan kandungan.Sedangkan,wanita lain tidak sabar ingin mengetahui jantina anak mereka."Sayang,belum beli lagi barang baby?"Sedari tadi,hanya mereka yang berada disitu.Susuk tubuh Ku Gibran mula kelihatan.Lelaki itu baru sahaja melangkah keluar dari dapur.
Kemudian,pinggan yang berisi buah-buahan segar dihidangkan kepada Harleen.Tidak mengambil tempat di sofa sebaliknya dia duduk bersila di lantai.Bersebelahan dengan kaki Harleen.
"Hm..Belum lagi."Pendek jawapan diberikan sebelum anak mata terbuntang luas.Kepala ditundukkan ke bawah.Hati tiba-tiba terasa hangat.Denyutan jantung jelas kedengaran
di telinga.Tindakan Ku Gibran di mana
sedang mengurut kakinya benar-benar buat Harleen terasa nyaman.Fikirnya,posisi tersebut diambil kerana sekadar ingin berada di sampingnya.
Ternyata,silap.Bila suaminya menghulur
satu hirisan epal segar,Harleen menyambut dengan baik."Kenapa belum beli lagi barang-barang
baby?Bonda rasa kandungan Leen sudah berada pertengahan bulan.Sebenarnya,bila kandungan sudah masuk empat bulan.Segala barangan penting sudah disediakan.Lebih awal,lebih bagus.Tak banyak pun,cukup
untuk kamu dan anak saja.Kalau apa-apa terjadi kepada kamu,sekurang-kurangnya suami kamu tak kalut."Panjang lebar Ku Fatimah menasihati Harleen.Nampak dari gaya,Harleen tidak tahu-menahu soal ini.Yelah,ini pengalaman pertama menjadi ibu.Sementelah,tiada sesiapa di sisi ibu muda itu.Yang tinggal hanya seorang abang.Itu pun sudah mempunyai isteri dan sibuk bekerja.
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...