Bibir digigit apabila menyedari sudah terlepas cakap.Anak mata dilarikan ke arah lain supaya tidak bertemu dengan anak mata Betty sedangkan gadis ini sudah tahu saat ini kawan baiknya sedang memandang tajam dan pandangan itu mahukan jawapan.
Selagi tiada jawapan selagi itu mulut Betty tidak akan berhenti.Bila difikirkan semula boleh sahaja dia menceritakan hal sebenar cuma tidak tahu mahu mulakan dari mana.
Nanti tak silap-silap ada yang terkena serangan jantung apabila diberitahu yang dia sudah menjadi isteri orang.
"Ma..na ada apa..apa."Tergagap-gapap dia menafikan perkara tersebut.Dalam diam Harleen berdoa supaya ada manusia singgah ke kedainya,tidak kisahlah mahu membeli atau tidak asalkan ada alasan untuk melarikan diri.
Dia mahu berjauhan daripada Betty yang memang sudah tidak sabar mahukan jawapan.
Namun melihat keadaan di luar begitu sunyi membuatkan Harleen pasrah."Tak payah nak tipu aku,muka kau tu bukan muka penipu.Kita dah kenal lama Leen,kau tak pandai menipu.Kalau nak menipu pun mesti kau takkan pandang muka aku macam sekarang.Kau cakap ajelah,aku ni kawan baik kau tau.Takkan kau taknak cerita dekat kau.
Akulah yang ada waktu kau susah dulu.Semua masalah kau share dengan aku.Takkan sekarang tak boleh."Tidak berhasil menggunakan cara kasar dia mencuba cara lembut.Betty yakin lambat-laun Harleen akan bercerita cuma tidak bersedia lagi.Kedengaran satu keluhan dilepaskan.Ini yang lemah ni,Betty merayu seperti anak kecil buatkan dia berasa kesian.
"Hm yelah aku dah kahwin.Cincin yang kau tengok ni memang cincin kahwin"Tidak mahu memanjangkan lagi perbualan akhirnya dia berterus terang jua.Riak wajah setenang air laut cuma kawan baiknya sahaja kelihatan seperti tidak percaya.
Mendengar pengakuan gadis ini automatik reaksi wajah bertukar.Terkaku seperti patung yang dijadikan model pakaian di kedai pakaian.Kelopak tidak berkelip memandang Harleen.Perlahan-lahan tangan naik menutup mulut yang sedari dari tadi ternganga separuh.
"What?!Macam mana kau boleh berkahwin?!Maksud aku bila kau kahwin?Kau kahwin dengan siapa?Jadi selama kau bercuti 5 hari itu sebab kau kahwin ke Leen?"Bertubi-tubi dia menlontarkan soalan.Payah untuk dia percaya namun melihat wajah tenang Harleen yakinlah itu semua tidak bohong.Tak tunggu lama,kerusi ditarik ke hadapan.
Saat ini dia begitu semangat mahu mendengar lebih lanjut.Dia mahu tahu gerangan siapakah yang bertuah menjadi suami Harleen?Macam mana diorang boleh berkahwin.Setahunya Harleen tidak pernah mempunyai teman lelaki.
Tidak tahulah jika gadis ini sudah lama mempunyai hubungan cuma tidak memberitahu sahaja...Sedar-sedar sudah berkahwin.Apa orang cakap...
Mahukan privasi dalam hubungan.
Tidak pernah post di sosmed.Tahu-tahu sudah berpunya.
"Ye,aku dah kahwin minggu lepas dengan Ku Gibran."Lagi terkejut Betty mendengar. Kejutan tersebut sudah seperti peluru askar.
Diam-diam tapi bila datang menyerang membunuh.Hampir sahaja dia pitam disitu tapi tidak jadi.Paling tidak berpuas hati adalah reaksi Harleen saat memberitahu nama suaminya.
Okey...Betty cuba berfikir positif.Ingat di dunia ini bukan seorang sahaja yang menggunakan nama itu.Mungkin Ku Gibran ini lebih baik dari Ku Gibran itu.
"Kau jangan cakap Ku Gibran yang playboy tu.Lelaki yang pernah datang kedai kita kacau kau hari itu.Kau jangan cakap dia ialah suami kau,sebab aku rasa sangat mustahil kau dan dia bersatu.Bukan niat mahu menghina kau Leen tapi lelaki macam dia memang tak pandai perempuan macam kau.Dia lebih pentingkan status seseorang.Kau tengok sendiri lah dia macam mana..Tak tengok family dia lagi."
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...