bab 45

19.7K 896 120
                                    

Laci almari ditarik perlahan.Tudung sarung berwarna hitam menjadi pilihan Harleen.
Selepas 2 jam barulah Harleen dapat memboloskan diri daripada terus berada di dalam ruangan bilik Ku Gibran.

Dan selama 2 jam itulah juga,tubuhnya tidak henti-henti menerima sentuhan suami sendiri.

Sakit?

Penat?

Lelah?

Tidap perlu dipersoalkan lagi.Tipulah jika tubuh badannya tidak sakit,tidak penat,tidak lelah namun pada masa yang sama juga Harleen mengerti.

Sekuat manapun jeritan.Sekuat manapun dia menolak kemahuan Ku Gibran.Keadaan tetap sama.

Sesudah itu langkah diatur menghampiri meja solek bersama membawa tudung sarung tadi.Sebelum disarungkan tudung tersebut,keadaan diri sendiri terlebih dahulu dipandang.

Wajah yang dahulunya sentiasa dihiasi senyuman sudah berubah sekelip mata bahkan ingin menarik sedikit senyuman sahaja Harleen sudah tidak mampu.

Pucat tidak berdarah bibir Harleen ketika itu.Jika sebelum ini adalah juga kesan lipstick berhias cantik disitu.Pandangan mata begitu redup sekali.

Tiada emosi...Tiada senyuman..Seri di wajah juga tidak kelihatan....

Jauh berbeza dengan pasangan suami isteri di luar sana selepas bersama.Pasti di wajah mereka kelihatan sangat berseri-seri.

Selepas mengetahui niat sebenar Ku Gibran.
Harleen seolah-olah tersedar dari lena panjang yang turut disertai dengan satu mimpi.

Seketika kemudian,kolar baju ditarik lebih bawah seiring dengan air mata merembes keluar.Di sekitar leher dan dada,jelas kelihatan mempunyai kesan malam semalam.

Banyak!

Terlalu banyak bahkan warna juga masih baru dan terang.Semakin kuat Harleen mencengkam kolar baju.Sungguh dia bencikan tanda itu.Setiap kali terpandangkan tanda itu setiap kali itu jugalah kejadian semalam berputar kembali.

Itu belum masuk sewaktu dia sedang membersihkan diri.Hampir-hampir sahaja kulitnya terluka kerana Harleen bertindak menyental seluruh tubuh dengan sangat kuat.

Seperti berharap agar sisa kotoran di badan menghilang.

"Sampai hati awak Gibran."Ujar Harleen dalam esakan perlahan.Usai selesai menyarungkan tudung tiba-tiba dia terbatuk.

Badan separuh menunduk.Fikirnya cuma sekejap tetapi semakin lama semakin kuat.Tidak henti-henti.

Dada kanan ditumbuk perlahan.Dahi berkerut menahan sakit.Botol air yang sememangnya disediakan dari awal dicapai.Kemudian diteguk rakus sehingga batuk semakin reda.

"Kenapa dengan aku ni?."Soalan dibiar tiada jawapan.Pada pemerhatian dari minggu lepas lagi Harleen dapat rasakan perubahan diri.

Kerap batuk.Sakit di kepala juga selalu datang menyerang cuma dia sahaja berfikir bahawa itu adalah perkara normal.

Oleh kerana tidak mahu melengahkan masa.Langkah diayun keluar.Sebelum tiba di ruang tamu langkah kaki terhenti.

Mengenangkan hakikat bahawa bukan dia sorang sahaja berada di dalam rumah ini buatkan fikiran semakin bercelaru.

Nafas dihela perlahan...Langkah diteruskan kembali.

"Kau nak pergi mana tu?"Buat kali kedua langkah kaki terhenti.Suara garau dan cukup kasar menyoal dari belakang.

"Dah tak reti nak mintak izin suami ke?"Darah semakin menyirap mendengar sambungan kata Ku Gibran.Pandai gunakan gelaran tersebut bila keadaan begini.

"Saya nak mintak izin balik ke rumah abah,boleh?"Untuk tidak mahu menaikkan api amarah suaminya..Harleen datang mendekat dan bertanya.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now