Usai memberi salam,langkah kaki diatur sebaik mungkin.Sofa dihampiri.Apa-apa pun dia harus melepaskan lelah terlebih dahulu.
Penat..
Meskipun hanya sekadar beberapa tempat yang sempat disinggah namun sudah cukup penat baginya.Lebih-lebih lagi bila sedang mengandung.
Sejenak...
Tak semena-mena,tawaran Betty terlintas di fikiran.Mengenangkan kembali arahan Amir iaitu Harleen,tidak lagi dibenarkan bekerja sehingga bersalin sangat tidak masuk akal.
Daripada membuang masa,ada baiknya dia bekerja.Sekurang-kurangnya,ada juga duit simpanan.Namun begitu,bukan perkara ini yang sedari tadi asyik mengganggu fikiran melainkan..
Ku Gibran..
Jujur katakan,Harleen terlalu penat melarikan diri apabila setiap kali lelaki itu datang mencarinya.Tidak ubah seperti lelaki yang gila bayang.Hampir setiap tempat yang Harleen singgah,mesti akan diekori dari belakang.
Malahan bukan itu sahaja,suaminya juga gemar mengirim hadiah sama ada dalam bentuk makanan ataupun barangan mahal.Tidak terkira hadiah pemberian Ku Gibran belum sempat dibuka.
Setiap pagi,pandangan Harleen akan disajikan dengan satu susuk.Elok berdiri diluar pagar.Tidak lain tidak bukan pasti setia menunggu bayangan isterinya muncul.
"Eh adik..Bila balik?"Sekelipan,dia kembali kepada realiti.Sedikit terkejut bila disapa secara mengejut.Bertindak menoleh ke belakang.
Terlihat abangnya datang menghampiri.
Segaris senyuman diberikan.Menyambut dengan senang.Usai,Amir melabuhkan duduk di sebelah.Anak mata laju bertindak,diperhati setiap pemakaian si abang.Segak memakai kemeja hitam ditambah pula rambut disikat rapi.Dibandingkan pula dengan ketinggian lelaki itu.Sangat sesuai.
"Baru aje tadi.Abang pulak?Buat apa datang sini.Kak Nasuha mana?"Kepala dijengul sedikit.Mencari Kakak iparnya dan perasaan aneh mula menerpa bila bayangan wanita itu tidak kelihatan.
Selepas dua bulan pemergian Abah.Amir membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.Tidak mendapat sebarang bantahan daripadanya selepas mengetahui bakal isteri lelaki itu.
Doktor Nasuha merangakap Doktor Bedah yang bertanggungjawab dalam pembedahan kepada Harleen dan juga abah.
Majlis perkahwinan mereka juga diadakan secara kecil-kecilan sahaja walaupun masing-masing bekerja sebagai seorang Doktor.Selain itu,Amir dan Harleen kini tinggal berasingan.
Rezeki pengantin baru.Dapat membeli sebuah rumah yang berdekatan dengan tempat kerja mereka.Ada juga Kakak iparnya menawar supaya Harleen tinggal bersama mereka namun ditolak secara baik-baik.
"Kak Nasuha ada emergency case.Ini,abang balik sekejap aje.Nak ambil baju lama sebab hospital ada ajurkan kempen menderma kepada mangsa tanah runtuh jadi abang bercadang mahu derma semua baju yang lama tak pakai.Kalau dibiarkan lama lagi,habis buruk nanti."Terang Amir seraya menjuih bibir ke arah dua beg kertas di hujung sana.
"Jadi sekarang,abang kena pergi hospital semula ke?"Amir angguk sebelum dahi berkerut.Aneh pula melihat respon si adik.
Air wajah berbias kesedihan.Kedudukan mereka sengaja Harleen rapatkan.
"Sunyi betul rumah kita sekarang.Tak macam dulu lagi."Kerutan dahi menghilang sebaik saja faham nada suara itu.Sayu serta juga lirih.
Tersungging senyum di bibir sebelum bertindak menarik rapat bahu Harleen.
"Adik rindu abah."Sekali lagi Harleen berkata.
"Abang pun sama."Dan Amir juga membalas jujur.Meskipun pemergian abah sudah melebihi tiga bulan.Rasa rindu tetap terasa di sudut hati.
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...