Jam di dinding dipandang sekejap.Sudah masuk waktu petang.Badan direngangkan sepuasnya.Habis seluruh badan merasa sakit kerana asyik duduk di atas kerusi menyiapkan gubahan seorang diri.Pada pukul 4.00 petang tadi ada Betty meminta izin untuk pulang awal kerana harus menyelesaikan perkara yang penting.Dan Harleen pun bukanlah seorang yang kejam sangat sampaikan tidak memberi izin kepada lelaki itu.Sudahnya semua gubahan diselesaikan olehnya sendiri.
Lagipun hari ini pelanggan tidak ramai mana.Jadi bolehlah dia bersantai sedikit sampai menyiapkan kerja.Selepas 5 minit siap mengemas.Harleen melangkah keluar dan terus mengunci pintu kaca itu dengan kemas sebelum kedai itu ditutup dengan pintu besi.Plastik sampah yang dibawa sekali dibuang ke dalam tong sampah.Baru sahaja beberapa langkah dia ambil menuju ke arah kereta.Secara tiba-tiba lengannya ditarik.Terjerit Harleen kerana terkejut.
"Awak ni dah kenapa?!"Naik seoktaf suara Harleen kepada lelaki bersifat kurang ajar ini.Siapa lagi kalau bukan Ku Gibran.Lengan yang masih berada di dalam genggaman lelaki itu ditarik semula.
Namun Ku Gibran hanya tersenyum sinis,langsung tidak takut dengan tengkingan gadis itu.Bertambah lagi rasa sukanya apabila melihat wajah gadis ini sedang marah.Entahlah baru beberapa minit mereka bertemu,dia sudah angaukan gadis ini.Jarang sekali perangainya seperti ini atau lebih tepat ini bukan perangainya.
"Saja nak jumpa kau,aku nak duit ganti rugi baju aku."
Mendengarkan itu membuatkan Harleen melepaskan keluhan yang lemah"Beberapa kali saya nak cakap yang saya tak ada duit dan baju awak kotor bukan salah saya.Awak yang berjalan sampai main phone"
"Arhh..aku tak kira,aku nak kau ganti baju aku.Baju tu baju yang aku paling sayang tahu tak?"Ku Gibran masih lagi tidak mahu mengalah.Padahal boleh sahaja dia membeli baju baharu.Sengaja mahu besarkan kes.
"Taknak"
"Ooo,kau taknak ye?"Langkah diatur perlahan mendekati gadis itu dan serta merta Harleen mula mengundur ke belakang.Satu tapak demi satu tapak.
"Aw..ak nak bu..at a..pa ni?."Soal Harleen tergagap-gagap selepas melihat Ku Gibran mula menundukkan kepala.Oleh kerana ketinggian mereka agak berbeza jadi terpaksalah Ku Gibran berbuat seperti itu.Tali beg digenggam erat,sudahlah kawasan ini semakin kurang dengan orang.Maklumlah hari mula gelap.Orang ramai mula pulang ke rumah.
"Kalau kau taknak bayar takpa,tapi kau jangan pelik jika hari-hari aku akan akan ganggu kau."Perkataan itu dibisikkan di tepi telinga kanan Harleen yang masih berlapikkan tudung.Haruman yang terhasil dari situ sungguh membuatkan dia angau sekali lagi.Walaupun bertudung gadis ini pandai menjaga kebersihan diri.
Membulat mata Harleen mendengar,Tak!Dia tidak akan benarkan lelaki ini menganggu dirinya hari-hari.Sudahlah lelaki ini seorang playboy yang terkenal.Haru dia jika ada orang melihat Ku Gibran selalu menganggu
dirinya.Pasti gosip baru yang akan keluar.Lagi-lagi imej dia seorang gadis bertudung,pasti peminat lelaki itu akan cop dia sebagai perempuan murah dan ramai orang yang akan mencari kesalahan dirinya.Ye!akan mencari salahnya kerana ramai yang akan backup Ku Gibran maklumlah lelaki ini orang yang terkenal.Sudah biasa dengan perkara seperti ini,walaupun seseorang itu tidak membuat kesalahan tapi masih ramai yang akan mencari salahnya dan menghukum.Manakala walaupun seseorang yang terkenal itu salah pasti akan ada orang membela.
"Awak jangan macam ni,please.Saya janji yang saya akan ganti baju awak tapi tolong jangan kacau saya."Rayu Harleen bersungguh-sungguh.Sungguh dia tidak peduli apa pandangan lelaki ini kepada dirinya sekarang.Yang penting dia harus menjaga nama baiknya dan nama baik kedai.Janganlah disebabkan satu gosip ramai pelanggan yang selalu datang tiba-tiba menghilang dari muka bumi.
Kemudian kepala diangkat semula sambil berpeluk tubuh.Bibir menyerot sedikit.Rayuan gadis itu dibiarkan sepi."Sorry Dear,dah terlambat.Kau dah terlamat untuk memohon maaf dan mulai esok aku akan selalu datang jumpa kau."Kata Ku Gibran selamba.Dia bukanlah mahu sangat gadis ini membayar ganti rugi baju kerjanya tapi dia sengaja mencari alasan untuk menganggu gadis ini hari-hari.Idea ini datang ketika dia sedang membuat kerja.Terus dia menyuruh orang suruhannya mencari di mana tempat kerja gadis ini.
Dia pasti Harleen berkerja di area,kerana melihat dari penampilan gadis itu membuatkan hatinya kuat mengatakan yang gadis ini bekerja di area sini.
"Awak.."Belum sempat Harleen berkata,Ku Gibran laju mencelah.
"Stop!aku taknak dengar apa-apa bantahan yang keluar dari mulut kau dan keputusan aku muktamad.See you later my Dear."Segera lelaki itu berlalu pergi dan membolos masuk ke dalam perut kereta Audi miliknya.Kereta itu diparking sedikit jauh.Mungkin sebab itu Harleen tidak menyedari akan kehadiran lelaki itu.
Selepas kereta itu berlalu pergi,kaki
dihentakkan sedikit kuat.Sungguh dia benci dengan perangai Ku Gibran yang suka memaksa.Kesalnya dengan kejadian yang berlaku hari ini.Kalau dia tahu semua itu mahu berlaku pasti dia akan menyuruh Betty pergi membeli makanan.Kemudian Harleen juga turut melangkah masuk ke dalam kereta,aircond dibuka sehingga tahap yang paling kuat.Walaupun aircond sudah dipasang kuat tapi panas di hati masih belum reda.Sekarang dia rasa seperti mahu menangis.Kepala direbahkan di streng kereta.
Dia bimbang jika Ku Gibran akan betul-betul menganggunya nanti.Arrhhh!!!dia benci lelaki itu.
Tidak lama kemudian handbrake diturunkan.Perlahan-lahan kereta diundurkan ke belakang.Sekarang dia penat dan dia mahu pulang terus.Tiada masa untuk singgah di mana-mana.
******************************
Air syaitan tersebut diteguk rasuk.Kiri dan kanannya dipenuhi dengan perempuan yang akan melayan nafsunya malam ini.Walaupun sudah tahu matlamat sebenar mereka,Ku Gibran masih melayan.Fikirannya masih lagi tertumpu pada pertemuan dengan gadis petang tadi.Harleen Delisha,nama yang sangat cantik macam tuannya.Semua maklumat diri Harleen berada di dalam tangannya.Dia juga tahu yang Harleen berkerja di sebuah kedai bunga."Hai baby."Lamunan Ku Gibran terganggu selepas mendengar satu suara yang amat dia benci saat ini.Dengan riak wajah selamba Serra melabuhkan duduk di sebelah Ku Gibran.Semua perempuan tadi sudah dihalau.Buat semak je!
"Kau nak apa?."Soal Gibran kepada Serra dengan kasar.Arak yang tadi diteguk lagi tapi masih berada di dalam kuantiti yang normal.Tidak boleh terlalu banyak minum kerana sebentar nanti dia mahu memandu kereta.
"You marah dekat I lagi ke?."Suara Serra ketika ini sungguh mengoda bagi sesiapa yang mendengar tapi tidak dengan Ku Gibran.Melihat tiada reaksi dari lelaki itu membuatkan dia semakin berani.Serra bangun lalu duduk di atas peha Ku Gibran.Namun lelaki itu tersenyum sinis,bukannya dia tidak tahu yang Serra mencarinya kembali kerana sugar daddy gadis ini sudah membuangnya.Kantoi dengan bini
"Buat apa kau cari aku?."
"Sebab I rindu You lah."Pipi Ku Gibran dicium sekilas.Tidak dapat tahan lagi segera tubuh Serra yang masih berada di atas pehanya ditolak ke bawah.Terjatuh di lantai yang beralaskan karpet merah.
"Aww"Serra meringis kesakitan.Agak sukar untuk dia bangun semula kerana malam ini dia memakai kasut tumit tinggi.
"Kau ingat aku bodoh?Kau cari aku sebab sumber duit kau dah tak ada kan?Dia buang kau kan?.Kau jangan ingat aku tak tahu semua perkara yang kau buat belakang aku.Hidup kau ini bawah tapak kaki aku je perempuan."Telapak kasut ditepuk-tepuk seperti sedang mengatakan yang dunia Serra berada disitu.Selesai berkata sebotol arak diambil dan dicurahkan ke atas kepala Serra.
Tergucup-gucup gadis itu mengambil nafas.Wajah yang dibasahi dengan air itu diraup kasar.Pandangan orang sekeliling langsung tidak diambil tahu
"Kau jaga Gibran,aku akan buat hidup kau merana."Hanya dia yang mendengar kata-kata itu.Serra nekad yang dia akan membalas dendam kepada Ku Gibran.Disebabkan lelaki itu dia kehilangan kerja.Sekarang dia tiada kerja dan menjadi penganggur tapi itu langsung tidak menghalang untuk membalas dendam.
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...