Bersertakan riak wajah sedingin ais lelaki berkemeja putih serta turut memakai blazer berwarna hitam melangkah masuk ke lobby syarikat.Tiada senyuman terukir ataupun ucapan selamat pagi diucapkan oleh Ku Gibran kepada semua pekerjanya.Rasanya semua orang sudah tahu akan sikap lelaki ini.Tegas,mempunyai pendirian tetap dan bibir itu sangat sukar mengukirkan senyuman.
Sangat berlawan akan sikap Ku Gazwa dan Ku Ghazli.Mereka berdua bagai langit dan bumi jika mahu dibandingkan dengan Ku Gibran.
Namun sikap tegas Ku Gibran itu membuatkan syarikat mereka digeruni ramai.Terlalu ramai mahu mengambil kesempatan ke atas mereka namun Ku Gibran sendiri tidak akan membiarkan perkara tersebut terjadi.Akan dicari manusia yang cuba merosakkan nama syarikat.
"Linda,macam mana jadual saya untuk hari ini?."Sejurus tiba di bahagian khas Ku Gibran bertanya kepada Linda iaitu pembantunya.
Selepas Serra dibuang dari syarikat ini dia mengambil kembali Linda sebagai pembantu.
Sebenarnya dari dulu lagi Linda sudah menjadi pembantunya namun disebabkan Serra ialah kekasihnya jadi jawatan tersebut diberikan kepada Serra.Jika mengikut hasil kerja Linda jauh lebih baik daripada Serra.Gadis itu tahu apa aje.Datang kerja main phone,satu kerja pun langsung tidak dilaksanakan tapi oleh kerana ketika dahulu Serra ialah kekasihnya jadi Ku Gibran diamkan sahaja.
"Hari ini boss ada satu meeting tentang pembinaan yang sudah hampir siap.Boss hanya perlu terangkan apa yang patut dilakukan untuk mengakhiri projek tersebut dan meeting itu berlangsung pada pukul 10 pagi.Itu sahaja untuk hari ini jadi untuk hari ini boss tidak terlalu sibuk"
Terang Linda sambil membelek-belek buku yang berada di tangannya.Kegunaan buku tersebut adalah mengisi jadual harian lelaki ini.Untuk hari ini Ku Gibran tidak sesibuk seperti selalu.Mungkin selepas ini Ku Gibran akan kembali sibuk kerana setahunya syarikat mereka akan menerima satu projek besar.
"Hm."Hanya dua patah perkataan dibalas sebelum menuju ke dalam ruangan khasnya.
Blazer dirungkai dari badan dan diletakkan di sofa.Rambut hitam diraup ke belakang.Nampak sahaja wajahnya begitu tenang namun di dalam ini dia seorang sahaja tahu.Banyak perkara sedang difikirkan.Semuanya bercampur aduk sehingga naik pening.Dari berdiri menghadap cermin kaca sehinggalah dilabuhkan punggung di kerusi empuk tersebut.
"Apa aku nak buat dengan perempuan tu?"
Gayanya seperti sedang.Tidak didengari oleh sesiapa kerana memang soalan tersebut diajukan kepada diri sendiri.Jenuh dia berfikir apa lagi tindakan yang mahu dilakukan supaya gadis itu menangis tidak henti-henti.Kalau boleh Ku Gibran tidak mahu memukul isterinya setiap hari namun jujur katakan setiap kali melihat wajah itu api kemarahan mencacak naik.Tidak tahu kenapa.
Perasaan bercampur bercampur di dalam ini.Sama ada perasaan benci dan perasaan.......Arhh tidak perlu diperkatakan.
Sehari tidak melihat gadis itu menangis Ku Gibran akan merasakan hidupnya tidak tenang.Terlalu gelisah,dia mahu melihat Harleen berada di telapak kakinya.Mengemis seperti seseorang yang terdesak mahukan duit.
Untuk tidak mahu mengusutkan fikiran satu fail bersaiz kertas A4 dicapai.Fail yang perlu ditanda tangan sebelum dibawa masuk ke dalam meeting.Dibaca terlebih dahulu kerana bimbang jika ada kesilapan.
KRING...KRING
Tergendala seketika kerja tatkala telefon bimbitnya berbunyi.Menyelesaikan kerja terlebih dahulu sebelum mencapai telefon yang masih meminta diangkat itu.Dahi berkerut melihat sebaris nama terpampang di screen itu.Punat hijau ditekan.
"Hello bonda,kenapa bonda call along pagi-pagi ni?"Ringkas dia menyoal seraya memeriksa fail kedua.
"Hello anak bonda.Takda apa-apa pun.Bonda saja aje nak call Along.Gibran sihat?Macam mana tinggal dengan perempuan tu?.Dia ada buat perkara tak elok tak?Dia abaikan along tak?Mana tahu selepas tinggal asing perangai dia berubah.Bukan boleh percaya sangat dengan perempuan macam tu.Luar nampak tertutup tapi dalam...."
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...