bab 57

24.5K 1.1K 91
                                    

Apabila tersedar dari lena panjang.Perkara pertama yang dapat dilihat adalah satu dinding kosong.Mata melingas memandang keadaan sekeliling.Pergerakan mata terhenti bila tiba di tingkap.Melihat sedikit cahaya dipancarkan,Ku Gibran anggarkan mungkin sudah pukul 9.00 pagi.

Dari berbaring,Ku Gibran bangkit lalu bersandar di kepala katil.Katil yang agak berselerak direnung dalam.Segaris senyuman terlakar di bibir.

Teringat perihal semalam buatkan Ku Gibran tidak keruan.Mana mungkin tidurnya tidak lena jika semalam,dia dan Harleen sama-sama berada di atas katil ini.Bahkan,tubuh kecil itu didakap erat.Ku Gibran dikira sudah cukup bertuah bila mana,Harleen tidak berkata apa-apa.

Tiada ucapan dapat diperkatakan melainkan tersenyum senang.Cukup dengan senyuman ini,sesiapa yang melihatnya pasti dapat menduga perasaan Ku Gibran ketika ini.

Seiringi dengan itu,kehangatan di telapak tangan masih dapat dirasakan walaupun perkara itu sudah terjadi.Di mana,Ku Gibran bertindak bertindak mengusap perut sewaktu isterinya sudah dibuai mimpi.Rasa tidak puas dengan tindakan itu namun Ku Gibran cuba sabarkan hati.Memberi ruang untuk isterinya berehat.

Pada waktu yang sama juga,hati terasa
sedikit pilu dan sayu.Ku Gibran,dihentam rasa bersalah tatkala mengenang kembali dosa-dosa lampau.Kejam-tak kejam,bila hari pertama isterinya menjejakkan kaki di kondo mewahnya.Ku Gibran mengatakan bilik di bahagian dapur adalah bilik untuk Harleen.

Sejujurnya itu bukanlah bilik tetapi stor lama yang digunakan sebagai tempat menyimpan barang.Disitu juga,tiada katil disediakan melainkan satu tikar lama.Pada waktu itu juga,Ku Gibran tahu yang isterinya tidur sekadar beralasakan tikar buruk tersebut
cuma tidak diambil peduli olehnya.

Keluhan dilepas berat.

Bagaimana perkara sedemikian boleh terlintas di fikiran?Adakah gara-gara dendam atau dia sendiri yang masih tidak berpuas hati selagi belum mendapat tahu dalang di sebalik perkahwinan mereka.

Bila dapat tahu,baru kenal erti menyesal.

Selak selimut.Kedua belah kaki dijatuhkan di lantai sebelum bangkit berdiri.Niat mahu membersihkan diri terpaksa dibatalkan kerana dia ingin mencari kelibat isteri terlebih dahulu.

Sehelai t-shirt yang terdampar di lantai dicapai lalu disarungkan.T-shirt kepunyaan Amir.Memandangkan,dia tidak membawa sebarang pakaian jadi dirempat sahaja t-shirt abang iparnya.

Sebaik daun pintu dikuak luas,satu aroma menusuk masuk ke dalam rongga hidung.
Wangi.Buatkan kaki bergerak mencari punca terhasilnya bau itu.

Tumisan kuat kedengaran menyebabkan had pendengaran sedikit terbatas.Harleen terjerit kecil apabila dipeluk secara tiba-tiba bahkan sudip juga terlepas dari pegangan tangan.

Deruan nafas seseorang menampar kulit serta belakang leher.Harleen pejam mata.Meskipun tiada suara tidak kedengaran,Harleen yakin siapakah gerangan tersebut.Sementelah,tangan kekar itu sedang mengusap perutnya.

"Sayang masak apa,hm?"Bibir bawah digigit halus.Menahan suara tatkala bibir Ku Gibran mula bermain di leher jinjangnya.Harleen faham,suaminya sekadar bergurau cuma gurauan itu tidak kena.

"Lepaslah!"Awalnya perlahan namun bila terlalu geram dengan sikap Ku Gibran.
Harleen memberontak kasar sekaligus melepaskan diri.

Sedangkan,Ku Gibran sudah terkedu seribu.
Dia diam.Mungkin aneh melihat perubahan itu atau mungkin juga berkecil hati.Baru semalam dia membelai Harleen.

Tidak peduli dengan perubahan pada riak wajah Ku Gibran,sebaliknya Harleen kembali menyambung memasak.Kalau tidak difikirkan soal lelaki ini,belum tentu dapur akan berasap.

Mrs Gibran Where stories live. Discover now