bab 8

16.7K 767 11
                                    

Selesai sahaja dia membetulkan awning tudung.Tas beg disambar lalu melangkah keluar.Sambil-sambil itu dia mencari kelibat abah.Tiada.Hm,Mungkin abah sudah turun ke bawah lebih awal kerana menyiapkan sarapan pagi.Encik Ahmad lebih suka memasak sendiri daripada membeli makanan di luar sana.Baginya jika memasak dapat menjimatkan kos kewangan dan lebih enak.Sebaik sahaja anak tangga terakhir dipijak.Serta-merta matanya membulat sebelum menjerit.

"Abang!!!!!"

Tersedak Amir Syafiq yang sedang menguyah mee goreng apabila mendengar jeritan adiknya dari arah belakang.Belum sempat gelas air milo dicapai tubuhnya sudah dipeluk erat.Harleen menghiraukan rontaan abangnya malahan pelukan itu semakin dieratkan.

"Abang!!adik rindu abang."Pelukan itu dikemaskan seperti tidak mahu lepas.Mana tak terkejut bila turun tingkat bawah sahaja dapat melihat susuk tubuh yang dirindui berada di meja makan.Lelaki itu langsung tidak memaklumkan kepada mereka yang dia mahu pulang.Sekurang-kurangnya hantarlah pesanan.

"Uhuk...uhuk..."Dari tadi lagi jejaka itu tersedak.Tangan Harleen yang berada di dadanya ditepuk-tepuk.Meminta untuk dilepaskan.Rasa macam nak mati dah ni!!!!.Perit dada menahan rasa sakit.Tekak juga begitu.Berasa pedih kerana mee goreng buatan Abah sangat pedas.

"Ya Allah adik!!lepaskan abang tu.Mati dia nanti!!"Bukan main terkejut lagi Encik Ahmad melihat kejadian yang berlaku di meja makan.Sorang tak cukup nafas.Sorang lagi peluk macam setahun tak jumpa.Tahulah sudah lama tidak ketemu tapi takkan nak peluk macam taknak lepas.

Segera Harleen melepaskan pelukan bersama yang terpinga-pinga.Tidak menunggu lama,Amir Syafiq terus mengambil gelas air dan diteguk rakus.Dada kanan ditepuk kuat.

"Kau nak aku mati ke adik?"Selepas merasakan dadanya kembali seperti asal.Dia terus menyoal.Amir Syafiq memandang Harleen dengan tatapan tajam.Bukan nak marah sangat pun tapi sengaja berbuat tegas.Cuba menakutkan gadis itu walaupun dia tahu yang Harleen langsung tidak kisah.

Kepala yang berlapiktudung digaru"Hehehehe sorry,adik tak tahu yang abang tengah makan."Dia membuat muka seposen.

"Kalau tak tahu pun.Janganlah jerit macam tu sekali.Tu nasib baik aku yang tengah makan.Kalau abah ada dekat sini.Macam mana?Ishhh kau ni.Memang cari nahas betul."Bebel Amir Syafiq kepada adik perempuannya.Adik yang sangat manja dan mudah menangis bila tersilap mengusik.Dia sendiri yang membesarkan Harleen sepanjang Encik Ahmad sibuk bekerja ketika dahulu.Jarak umur mereka akan 2 tahun sahaja.Tidak jauh mana.Meskipun mereka selalu bergaduh namun hubungan adik beradik langsung tidak terjejas.Malahan pergaduhan itulah yang semakin merapatkan mereka.

"Alah... adik tahulah itu abang.Tengok dari belakang je dah tahu.Sebab itu adik jerit,kalau abah tengah makan memang taklah adik nak jerit."Balas Harleen santai.Usai melabuhkan punggung di sebelah abangnya.Mee goreng yang berada di dalam bekas dicapai dan diletakkan di dalam pinggan.

"Kau ni memang..."

"Dah tak payah gaduh depan rezeki.Inilah perangai kamu berdua.Kalalu tak jumpa cakap rindu.Bila dah jumpa bergaduh pulak,pening betul abah."Tak semena-mena Encik Ahmad menghentikan pergaduhan dua beradik itu.Ini kalau dibiarkan memang sampai esok tak habis.Tapi dalam masa yang sama dia juga turut terhibur dengan kerenah kedua anaknya.Rumah yang selama ini sunyi bertukar menjadi riuh.Hanya 3 orang yang tinggal di dalam rumah namun riuh macam sekampung.

Lagi-lagi suara Harleen.

"Abang ni yang cari pasal dulu,bukan adik."Harleen tetap tidak mahu mengalah.Tetap mencari salah abangnya.Siap menunding jari ke arah Amir Syafiq.

"Nasib kau adik aku.Kalau tak dah lama aku buang dalam tong sampah"Tercetus ketawa Harleen dan Encik Ahmad.Suka betul mereka melihat wajah kemerahan Amir Syafiq.Nampak comel

Mrs Gibran Where stories live. Discover now