Hidangan makan malam yang disediakan
oleh Ku Sarah dipandang penuh selera.Ianya sangat banyak untuk mereka habiskan.
Seingat Harleen,suaminya pernah menyoal makanan apa yang Harleen teringin makanan dan tidak sangka pula,semua makanan tersebut sudah sedia terhidang di hadapan mata.Jelas terbukti bahawa makanan ini dimasak khas untuknya.Terima kasih untuk Bonda dan tidak lupa juga kepada Ku Gibran.Gara-gara lelaki itu lah,keinginannya tercapai.
"Terima kasih Bonda sebab sudi masakkan ini semua.Maaf juga kalau Leen sudah susahkan Bonda.Leen nak tolong,Bonda pula yang tak kasi."Menyedari kehadiran wanita itu,ucapan terima kasih meniti di ulas bibir.Hati terasa sangat senang bila mana layanan Bonda melebihi segalanya.
Ku Fatimah sekadar tersenyum.Pinggan yang dibawa untuk mereka gunakan diletakkan terlebih dahulu.Kemudian,Harleen didekati.
Perlahan-lahan pipi diusap.Seperti mengusap anak sendiri.Penuh dengan kasih sayang."Tak perlu berterima kasih dan minta
maaf kepada Bonda.Dah lupa ke kedudukan sebenar Leen dalam keluarga ini?Sama ada Leen ataupun Sarah,sebenarnya Bonda langsung tak anggap kamu berdua sebagai menantu sebaliknya sebagai anak.Walaupun terlambat,Bonda akan cuba cuba curahkan segala kasih sayang seorang ibu kepada kamu berdua.Sekarang,adalah waktu paling sesuai untuk Bonda tebus kesilapan masa lalu.Kalau Leen mengidam apa-apa,beritahu saja Bonda.
Insyallah,Bonda akan usaha selagi boleh."
Ucap Ku Fatimah ikhlas dari hati.Tidak teragak-agak dan ragu-ragu.Wajah ayu Harleen ditatap sayang.Kalau dulu,wajah ini paling dia dibenci bahkan
tidak sudi pandang.Oleh kerana waktu itu,
Ku Fatimah belum dapat menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata.Pada fikiran Ku Fatimah,permata yang bernilai dan dipandang tinggi haruslah berasal dari tempat yang dikenali ramai.Sedangkan,wanita itu tidak tahu sekalipun permata itu dihasilkan oleh bukan calang-calang orang.
Sebenarnya,tiada nilai jika dimiliki.Taraf dan kedudukan bukan lagi menjadi keutamaan
bagi Ku Fatimah.Kebanyakkan anak gadis
yang lahir daripada lubuk emas jauh lebih teruk dari tanggapan.Tidak dapat bayangkan apa akan terjadi kepada Ku Gibran,jika dia tetap berkeras mahu menjodohkan anak lelakinya bersama gadis-gadis seperti itu.Ku Gibran yang sememangnya sudah sesat mungkin akan bertambah sesat.
Satu lagi perkara tidak dapat dilupakan
ialah kebenaran di sebalik perkahwinan anak lelakinya.Bagai dihempas batu selepas anak bongsungnya menceritakan perkara sekaligus dalang sebenar.Paling penting,bukan Harleen perlakunya.Harleen dan Ku Gazwa cuma mangsa keadaan.
"Dengar tu sayang.Abang dah cakap,Bonda pasti akan tunaikan segala permintaan
sayang cuma sayang aje tak percaya.Tapi,
untuk perkara lain.Sayang kena minta dengan abang.Tak boleh minta orang lain."Ku Gibran muncul secara tiba-tiba dari belakang.Bahu isterinya dipaut buatkan Harleen tersentak.Sudah lama Ku Gibran berada di belakang sana.Cuma,Bonda dan Harleen saja yang tidak sedar.Dapat juga,
Ku Gibran curi dengar apa perkara mereka bualkan.Ku Gibran buang senyum seraya melepaskan satu nafas.Lega bila hubungan Harleen dan Bonda sudah mula menampakkan seri.Tetapi...
Apa membuatkan dia terkilan ialah hubungan mereka suami isteri.Seperti ada satu tembok besar menghalang Ku Gibran mendapatkan isterinya.Mungkin pada mereka yang melihat dengan mata kasar,mereka akan sangka hubungan Ku Gibran dan Harleen baik-baik sahaja.Sebaliknya,hanya lelaki itu sahaja yang tahu.
Meskipun begitu,Ku Gibran masih tetap rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk berada di sisi Harleen.Walau apa pun,dia tetap tidak akan berputus asa sehingga Harleen menerima dia kembali.
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...