Sebelum ini bantal dijadikan sebagai tempat meletakkan kepala namun berbeza dengan malam ini.Lengan Ku Gibran dijadikan tempat bagi Harleen merehatkan diri.
Berjam lamanya lengan gagah Ku Gibran menjadi bantal empuk buat Harleen.Tahu-tahu sahaja gadis ini sudah lena.
Akibat tidak dapat menahan lenguh lagi.Kepala isterinya diangkat perlahan dan diletakkan tempat yang lebih sesuai.
Kemudian tulang bahu Harleen dicium lembut.Selimut ditarik menutupi bahagian terdedah.Rasa tidak puas pula dengan aktiviti semalam.
Dia mahukan lebih lagi namun Ku Gibran juga turut sedar akan kudrat Harleen.Lelaki ini menegakkan badan.Kepala katil dijadikan tempat sandaran.
Pandangan mata tegak melihat ke hadapan sana.
Selang beberapa minit,birai bibir tersinis sendiri.Tawa yang mahu meledak keluar ditahan sekuat hati.
Rupa-rupanya perubahan mendadak diri ini mampu kaburkan pandangan Harleen.Belum cukup sebulan Ku Gibran berubah,dia sudah mendapat habuan yang cukup besar.
Senang betul gadis ini diperbodohkan.
Entah bagaimana rancangan ini tiba-tiba muncul di benak fikiran sewaktu menyiapkan kertas kerja sekaligus menunggu kehadiran Harleen menghantarkan minuman.
Mungkin pada fikiran Ku Gibran.Dia sudah melepaskan peluang di depan mata.Kenapa
perlu mencari yang haram semata-mata ingin melepaskan nafsu sedangkan yang halal sentiasa ada disisinya.Namun bukan mudah untuk mendapatkan perkara paling berharga bagi setiap wanita.Disebabkan itulah Ku Gibran mula mencari idea dan...
Lihatlah sekarang..
Pasti tanggapan Harleen selama ini ialah suaminya sudah mula belajar mencintainya.
Sedangkan pada hakikat sebenar perkara tersebut terlalu sukar untuk dirasai.Sesudah itu kaki dijatuhkan ke lantai.Duvet tebal mula dijauhkan pada tubuh.Ku Gibran mula berdiri apabila sudah menutup sebahagian tubuh menggunakan tuala.
Bilik air menjadi hala tuju.
Tidur lena Harleen terganggu kerana satu bunyi yang berada berhampiran.Oleh itu kelopak mata cuba dibuka perlahan biarpun masih mengantuk.
Dan apabila melihat keadaan diri ketika ini.Bahang di wajah mula terasa.
Semalam juga Harleen menerima setiap sentuhan Ku Gibran dengan rela hati.Tidak dapat dinafikan bahawa sentuhan tersebut sangat lembut.Tidak kasar dan tidak mendesak.
Hari demi hari rasa cinta makin bertambah.Rasa sayang juga tidak berkurang meskipun sedikit.
Klak
Bunyi pintu terbuka menarik tumpuan Harleen.Kelihatan satu susuk tubuh melangkah keluar.Seluruh badan termaksud helaian rambut kelihatan jelas masih basah.
Wajah kembali berbahang saat terpandang lilitan longgar tuala.Meskipun suaminya sudah melihat dan turut merasakan namun perasaan malu masih Harleen dapat rasakan.
"Nah."Lamunan pendek Harleen dikejutkan dengan satu pemberian daripada Ku Gibran.
Beberapa keping wang bernilai RM 100 dipandang keliru.
Melihat wang yang berterabur dek kerana dilempar.Harleeen cukup yakin bahawa nilai wang ini melebihi daripada seribu ringgit.
Bagi lebih memastikan tujuan sebenar Ku Gibran.Pandangan mata diangkat.
Sekali lagi Harleen dikejutkan dengan pandangan Ku Gibran.
Pandangan itu...
Tiada lagi pandangan sayang.Tiada lagi pandangan kasih.Tiada lagi pandangan penuh cinta sebaliknya pandangan lama.
YOU ARE READING
Mrs Gibran
RomanceKu Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti...